Kami sekeluarga 2 adults with 2 kids ( 10 years and 4 years). Wafiq 4 years playful sikit. Banyak ragam. Wafiya dah besar, 10 years no problem dah. Kalau boring, dia baca buku.
Percutian kami di musim luruh, maghrib sekitar jam 6.20pm. So itinerary ni sesuai untuk musim yang siangnya pendek. Ini penting sebab siapa berani amik risiko berada di atas jalan gelap-gelap?Tambah lagi dari Malaysia, belum biasa jalan raya sini. Kami pun still ok lagi kalau jam 6 petang di jalanraya walaupun dah biasa jalan di Australia di musim sejuk yang siangnya pendek. Tapi trip kali ni aku mementingkan perlunya berada siap dah di tempat bermalam seawal 5 petang. Sebab nak relax, amik udara, tengok suasana dan tempat bermalam.
Kami naik caravan. Sangat flexible lokasi bermalam. Ada hari kami freedom camping. Ada hari kami pergi campsite berbayar untuk mandi dan basuh baju. Agak-agak terlambat sampai destinasi, kami berhenti jer kat mana-mana untuk bermalam. So flexible.
Kami tinggal di Sydney, Australia. So, more or less, kami dapat bayangkan sesuatu tempat tu macam mana. Dah familiar. Sama. That's why itinerary ni hanya cover Central Otago. Which is our maiin focus is Queenstown and surrounded area. Kami tak ke Christchurch, sebab kami rasa sama jer macam Australia. Kami juga tak ke Milford Sound, sebab, kalau dari Queenstown dah makan masa 4 jam memandu untuk ke Milford Sound. Untuk patah balik ke Queenstown juga makan masa 4 jam memandu. Trip kali ni antara main focus aku ialah, taknak berada di atas jalan, lama-lama. Aku nak lebih masa berada di sesuatu tempat untuk lihat keindahan ciptaan tuhan.
Dan juga, yang penting, aku taknak touch n go. Dah sampai-amik gambar-beredar. Takmau gitu. Aku nak duduk lama-lama lepak santai bila dah sampai destinasi. So, Milford Sound kitorang tak pergi. and... no regret. Sebab kami berasa sangat puas trip kali ni.
Kalau korang concern money juga, save bajet. Boleh ikut itinerary aku. Kami tak memandu jauh-jauh - petrol dah jimat.
Jadi, kalau korang ciri-ciri macam kami, sangat sesuai untuk ikut itinerary aku.
Itinerary ni dah diubah ikut situasi sebenar. Sebelum pergi, itinerary aku lain. Disebabkan cuaca hari Isnin hujan seharian dan windy, kami ubah itinerary.
Inilah dia nyer...:
dah balik dari NZ, tengok gambar ni sedih pula. Rezeki tak terjangka |
Day 1 (8 April 2025) Selasa
12:00pm : sampai Queenstown airport
1:00 pm : pick up caravan Jucy
2:00 pm : shopping groceries di Pak N Save
4:00 pm : beli Pedro Roast Lamb $70 take away only
4.15 pm : pergi Kmart beli selipar $1
5:00 pm : ronda-ronda Queenstown sambil cari port freedom camping
5:30 pm : sampai Kingston Lake Camp (freedom camping)
Day 2 (9 April 2025) Rabu
10:00 am : bertolak ke Queenstown
11:00 am : singgah ke Jacks Point Playground
12:30 pm : check in Hampshire Holiday Parks Queenstown (sebab susah parking kat Skyline Luge)
12:40 pm : Skyline Luge (tiket kami 4 beranak NZD $250 for 5 rides)
3:30 pm : lepak cafe kat Skyline Luge
4:30 pm : strolling and walking Queenstown
4:48 pm : kami beli tiket TSS Earnslaw kat RealNZ office
5:30 pm : makan kat Erik's Fish and Chips
6:15 pm : playground time kat Queenstown Park
6:30 pm : kembali semula ke Hampshire Holiday Park untuk bermalam (NZD $88 untuk 4 beranak)
Day 3 (10 April 2025) Khamis
9:00 am : naik TSS Earnslaw (parking kat Hampshire Holiday Park)
1:00 pm : tamat trip with TSS Earnslaw
1:20 pm : bertolak ke Arrowtown
3:17 pm : check in Hampshire Holiday Park Arrowtown
Day 4 (11 April 2025) Jumaat
9.30 am : Arrowtown Chinese Settlement, Police Hut, Bush Creek Recreation Reserve
11:00 am : bertolak ke Wanaka
12:35 pm : sampai Wanaka Tree and playground
3:00 pm : bertolak ke Lake Pukaki
6:00 pm : sampai di Lake Pukaki freedom camping
Day 5 (12 April 2025) Sabtu
9:00 am : High Country Salmon
10:30 am : bertolak ke Mt Cook/Aoraki
12:30 pm : sampai Tasman Glacier
4:00 pm : Hooker Valley
5:30 pm : bertolak ke Tekapo
6:30 pm : sampai Lake Tekapo untuk bermalam
Day 6 (13 April 2025) Ahad
10:00 am : Church of the Good Shepherd
12:00 pm : Three Creeks Vintage Garage
1:30 pm : Playground and Four Square Lake Tekapo
3:00 pm : Lepak makan kebab kat Lakes Edge and playground
4:45 pm : bertolak balik semula menghala ke Queenstown
6:00 pm : singgah bermalam di Omarama Top 10 Holiday Park
Day 7 (14 April 2025) Isnin
10:00 am : sambung perjalanan bertolak balik menghala ke Queenstown
11.45 am : singgah Goldfield Mining Centre
1:00 pm : makan di Komunal Cafe
5:40 am : shopping souvenir di DF Souvenir
6:30 pm : check in 2 malam di Driftaway Queenstown
Day 8 (15 April 2025) Selasa
10:00 am : bertolak ke Glenorchy
11:23 am : sampai Glenorchy
2:00 pm : Paradise
3:00 pm : bertolak balik ke Driftaway Queenstown
4:00 pm : singgah Shotover Jet
5:00 pm : balik semula ke Driftaway Queenstown
5:45 pm : Frankton Willow Tree (jalan kaki sahaja)
Day 9 (16 April 2025) Rabu
10:00 am : check out dan gerak ke plane spotting
11:00 am : plane spotting
1:00 pm : shopping kat The Warehouse
1:42 pm : Komunal Cafe again
3:30 pm : return Jucy the caravan
4:00 pm : sampai Queenstown airport
8:45 pm : fly back to Sydney
kenangan manis di New Zealand bersama suami dan anak-anak tersayang |
No comments:
Post a Comment