Saturday, 8 February 2025

Kawan-kawan di Sydney

Salam pembuka tahun baru.

Masuk tahun ketujuh kami berada di luar negara.

And I realized that, the more longer we stay abroad, the relationship with friends grow bigger too.

Selalu i mentioned appreciation towards my family yang merestui penghijrahan kami sekelaurga.

Kali ni, nak mention pula kawan-kawan yang ada di sini, yang menerima kami seadanya, yang memecah kesunyian tatkala rindu terhadap keluarga, yang membantu tanpa mengharap balasan. Terima kasih kawan-kawan yang treat kami seperti keluarga sendiri.

Hidup ini bukan tentang kita sahaja. Bukan apa yang kita sahaja berikan. Hidup ini berkisar apa yang telah insan-insan lain berikan. Mereka juga patut dihargai selayaknya.

Alhamdulillah.

Sebenarnya aku teringin nak raise up juga satu perkara yang orang di Malaysia tak pernah tahu akan hal ini.

Baik aku ceritakan, untuk pendedahan orang Malaysia di Malaysia, bagaimana "rupa" sebuah persahabatan di luar negara.

Di luar negara, kita tiada keluarga. Kita hanya ada kawan sahaja.

Jadi, dah jadi trend, setiap kali hujung minggu kita suka jemput kawan-kawan datang makan.

Masalahnya bila hidup di zaman sosial ni, lepas makan, kita suka up dekat story. Orang lain yang tak dijemput, ternampak...dah satu masalah pulak. Terasa.............................

Jemmm....

Dah jadi tak cantik. Keruh. Jadi dah tak harmoni. 

Kalau dulu zaman takde media sosial, kita mungkin bole sorok. Zaman sekarang ni, mana nak sorok guys?

Tambah satu masalah pulak lagi bilamana, si B adalah orang baru sampai dan juga merupakan kenalan si A. Disebabkan si B ni baru sampai, belum ada kawan lagi, si A kenalkan dekat si C. Kawan punya kawan dan berkawan, ujung-ujung si C buat makan-makan, hanya jemput si B sahaja. si A tak dijemput.

Keruhhhhh lagi..............................

Tu sebab aku selalu nasihatkan kat certain orang yang tak ramai kawan, biar remain macam ni. Biar tak ramai kawan. Kalau dah berkawan, ginilah jadinya.

Lagi nak contoh.

si D kenalkan si E dengan si F. si E nak buat birthday party, dia tanya si D, nak jemput tak ek si F....si D pun cakap, ok what.. why not? jemputlah si F. Boleh berkenalan lagi dan panjangkan tali persaahabatan. Si D pun menyokong untuk E menjemput F. Walaupun pada asalnya si E ragu-ragu untuk jemput F.
So, si DEF berkumpul di majlis birthday party si E.

Pastu....
apa jadi?

Ujung-ujung, si F buat makan-makan hanya menjemput si E. Terkejut si D.

Pulak dah... hurm.. takde masalah sengaja menambah masalah.

Ada satu time, di mana, contoh kes di atas, E dijemput oleh F. E mesej D tanya pukul berapa nak pergi rumah F? D terpinga-pinga.. haaa tak dijemput pun?

Ada juga kes, tak mesej pun. Tau-tau nampak kat story. pastu diam tak kata apa. 

Aku pernah didatangi seorang kawan yang baru menetap di Sydney. Dia call aku, kami berbual di phone sejam jugaklah. Dia mengadu yang dia gaduh dengan sorang kawan. Sebab kawan tu terasa yang dia buat makan-makan tak jemput kawan tu.

Itu orang baru sampai tu, dah mengadu. Bayangkan kat orang yang dah lama duduk di luar negara. Macam mana hadap. Dah lali dengan semua ini.

Kalau ditanya aku, aku pernah buat birthday party Wafiya. Oleh kerana kawan aku terlalu ramai, aku terpaksa tapis. Dah la nak buat majlis, kudratnya ada dua sahaja, aku dengan laki aku. Itupun jemputan dah 200 orang. Memang terpaksa aku tapis. Walaupun berkali-kali aku mintak maaf kat story, mana mampu weh nak jemput lagi or tambah lagi. Yang mana dijemput tu pun aku tak sempat santuni dengan baik. 

Dan aku pun tak lari dari kene hadap juga kawan tak jemput aku. Tapi situasi aku lain. Aku dah lama duduk sini, dah ada ramai kawan. Tiap minggu aku gantung kuali. Sampai husband and anak aku raise issue, tiap minggu asyik pergi rumah kawan, makan-makan. Sampai kami tak berpeluang nak selit to explore nature in Sydney. Bila aku find out satu majlis tak dijemput, aku rasa okay. Lega. 

Kalau orang lain, cemana hadap?

Tipulah seorang manusia biasa tak lari dari kecil hati. Akan ada pastinya berkecil hati. Pastu satu hari kita terpaksa layan perasaan kecik hati.Satu hari kita termasuk dalam jurang perasaan negatif. Satu hari kita buang masa untuk nak charge positif balik. 

Buang masa tau dak.

Aku rasa perkara ni makin menjadi-jadi di kalangan orang Malaysia di sini. Baik kawan dengan Bangla weh lagi bagus. Aku rasa situasi ni tak sihat.

Apa tujuan kita berhijrah ke luar negara kalau kesan negatif begini yang kita dapat?

Aku rasa environment ni tak healthy. Meng-negatifkan orang lain.

Ya, kita boleh nasihat, Life ni simple, tak jemput, tak apa. Pergi yang mana dijemput saja. Usah ambil hati. Tapi benda ni buang karan baq ang. Nak mencas kan positif balik. Kita boleh move forward, tapi kesannya adalah mengeruhkan hubungan seseorang.

So, nasihat aku, remain where you are. Kalau tak ramai kawan, its okay. Dont feel pressure. You are lucky if not having many friends.

Dan aku dapat pengajaran. Kalau kenal orang baru sampai ke luar negara, biar dia sendiri cari kawan dia sendiri. Biar dia explore life in oversea macam mana. Tak usah kita pergi kenalkan dia dengan orang lain. Kelak nanti jadi macam kes si E dan F. 

Beri laluan orang baru, explore life dia sendiri. Biar dia sendiri cari kawan. Tak perlu kita perkenalkan. Tuhan menguji keikhlasan kita. Nanti kita dengan angkuhnya merasakan "dulu kau datang sini tak ada kawan. Aku yang kenalkan kau dengan si F...."

Angkuh.

Baik kita elakkan. 

Kan setiap perkara itu Allah telah aturkan. Kita cuma perantaraan sahaja. 

Tak usah merasakan kita ini hebat yang memperkenalkan dia dengan si dia.

Baiklah dia mencari kawan dia sendiri. Untuk mengelakkan rasa angkuh meresap ke diri kita.

Kalau boleh elak perkara negatif, baik kita elakkan.



No comments:

Post a Comment

Bila Ramai Kawan, Belajar Bersyukur

I am lucky to have many friends in Sydney. Duduk luar negara, jauh dari keluarga, tapi senang buat kawan. Sebab aku tulis blog. Some found m...