I am lucky to have many friends in Sydney.
Duduk luar negara, jauh dari keluarga, tapi senang buat kawan.
Sebab aku tulis blog. Some found me through blog, through fb post and ig.
Bila ramai kawan di luar negara, aku rasa macam aku dah boleh setup satu database. Aku ada data, orang ni visa apa. Orang tu visa apa. Orang ni datang ke Australia bagaimana. Orang ni visa dah nak habis, di hujung tanduk. Semua tu dah banyak dalam kepala aku.
Bila aku ada collections of data, i mean their stories, aku rasa cukup perencah dan rasa dalam kehidupan.
Lebih banyak aku bergaul, lebih banyak cerita aku dapat.
Lebih pelbagai circle aku berkawan, lebih tinggi rasa empati aku terhadap kawan yang lain.
Let me introduce once again about myself.
Aku berhijrah ke Australia WITHOUT secure job, WITHOUT any scholarship or sponsorship dari sesiapa. Aku berhijrah ke Australia sendiri sendiri sahaja. Aku enrol some college, aku dapat student visa, aku dapat tinggal di sini secara sah. So, duit untuk aku bayar yuran, bayar visa, bayar insurance, itu semua duit sendiri. Tiada siapa yang sponsor. Bila dah sampai sini, kita nak makan apa? macam mana nak sara diri? So, suami akulah yang pergi keluar mencari rezeki.
Masa tu, tak ramai buat macam aku buat. Tak ramai didedahkan dengan cara begini. Tak ramai tahu cara aku buat ni.
Ramai yang datang sebab suami dapat kerja di Australia, isteri ikut. Ramai yang datang sini sebab dapat pinjaman MARA, dapat tajaan JPA untuk sambung belajar. Ramai yang datang sini juga disebabkan berkahwin dengan suami rakyat Australia.
Tak ramai buat macam aku. Kalau aku kira masa tu, memang tak ada yang buat macam aku buat.
Selepas covid, selepas border buka, ramai dah didedahkan dengan cara aku buat ni. So, adalah aku berkenalan dengan 3-4 young family yang datang sini self funded macam aku.
Dalam masa yang sama, selepas border buka, ramai juga yang Permanent Resident berhijrah ke Australia. Dan paling ramai ialah yang company sponsor visa. Yang ni paling ramai. Company offer job, sponsor visa dan diorang datang ke sini.
As time goes by, golongan student yang self funded macam aku ni, selepas setahun atau dua tahun, visa mereka dah nak habis. Nak dijadikan cerita, tahun ni student visa makin diperketatkan. Pathway aku dulu lebih mudah. Bila visa expired pun, aku ada banyak lagi talian hayat. Tapi golongan kengkawan yang visa dah nak habis ni, amat struggle. Time ni lah insurance dah dinaikkan, harga visa pun mahal. Nak granted pun sangat berisiko. Aku nampak semua tu. Aku faham. Diorang datang kat aku cerita dan mengadu, ya aku faham. Memang situasi sekarang amat struggle. Tak sama macam aku dulu. Aku sangat faham.
Nak ditambah lagi masalah bilamana ketika ni anak dah besar, anak kena masuk sekolah, yuran $10k per year. Dalam masa yang sama, visa dah nak habis. Insurance mau kena bayar $5-6k.. Harga visa lagi. Harga yuran diorang juga nak kena bayar. Semua tu duit sendiri tau. Self funded. Duit hasil kerja tak ketahuan hala. Macam-macam job buat.
At the same time, golongan yang sebelah sini pulak, I mean, golongan kengkawan yang dah PR ataupun yang company sponsor ni, diorang sampai kt telinga aku, tax tinggi, excursion sekolah macam-macam nak kena bayar, uniform sekolah mahal. Benda ni sampai kat telinga aku beb. Benda ni sampai kat telinga aku.....aku jadi sedih. Aku jadi terkilan. Aku jadi.... eh entahlah.... Why dont u look at another people? Sedih.. terkilan..entah tak tau macam mana nak explain.
Aku berada di tengah-tengah... aku ni bergaul dengan semua level visa.
Di sebelah kananku, ada kawan aku yang visa dah nak habis. Untuk renew, beribu dollar diperlukan untuk renew visa, bayar insurance, bayar yuran sendiri, bayar yuran untuk enrol anak sekolah lagi.
Di sebelah kiriku, ada kawan yang dah PR, dah dapat job, dah ada kerja tetap, raise up issue harga uniform sekolah? raise up issue nak kena bayar excursion sekolah? oh come on... go and pergi tengok kawan aku yang sebelah kanan ni. Baru kau tahu erti bersyukur. You are the lucky one, man..
Tambah pulak di depanku, ada kawan yang di sponsor company tapi taknak renew visa dan taknak sponsor for PR. Itu lagilah. Nak kena balik Malaysia dalam keadaan hati dah sayang Sydney. Cari kerja lain, tak dapat. Cari kerja lain, company taknak sebab taknak sponsor visa. Cari kerja casual, penat. Itu memang jawabnya kena balik Malaysia jer.
Kawan kat belah kanan, visa dah nak habis, perlu bayar beribu dollar untuk stay sini lagi.
Kawan di depanku, visa dah nak habis, takde company lain yang mahu sponsor. Kena balik.
Kawan hat yang belah kanan aku ni, dah ada PR, dah ada job, raise up pasal excursion?
Ya Allah ya tuhan... Kenapalah aku berada di tengah-tengah yang nampak kesemuanya ini. Kenapa tidak mereka yang nampak semua ini. Aku sedih dengan sikap manusia.
Bila kita berkawan dengan pelbagai jenis visa, kita lebih jadi empati. Empati kat orang yang struggle. Berhati-hati menutur kata. Berhati-hati kelaur ayat tak sepatutnya.
Jangan datang kat aku complain pasal yuran sekolah mahal. Sebab aku dah keluar duit banyak since 2020 lagi. $10k per year tahun 2020, 2021, 2022. Ni datang kat aku, kena bayar $7k per year. Kau rasa, aku nak jawab apa? perlu response apa? Orang yang baru pertama kali kena bayar $7k per year, datang kat aku complain kat aku yang bayar $10k per year. Kau rasa? naik hijau aku jadinya.
Pernah berlaku, followers dari Malaysia, dm aku kat ig. Mesej sebab, dia nak datang Australia sebab suami dapat offer kerja di Sydney. Complain pasal banyak dokumen nak kena uruskan.
Ya Allah ya tuhan.... aku ni usahkan pasal dokumen, kerja pun susah nak dapat. Orang yang dah dapat offer kerja, complain kat aku pasal dokumen? Oh Allah... berilah aku kekuatan nak hadap orang-orang yang macam ni.
Diorang tak tahu. Diorang hidup dalam dunia diorang. Diorang tak tengok struggle orang lain macam mana.
Tak semua duduknya seperti aku. Aku berkawan dengan semua jenis visa. Korang ingat, yang datang Australia ni tahu semua pasal visa. Takde mawunyer...
Lagi-lagi yang datang company sponsor, mana diorang tahu visa-visa lain. Diorang tahu kerja diorang, visa diorang, try nak dapatkan PR. itu ajer. Takdenyer diorang tahu tentang orang lain yang visa dihujung tanduk mana nk korek duit bayar yuran, visa insurance semua bagai.
Ada satu lagi golongan student yang ditaja, diorang ni biasanya student undergrad, muda-muda lagi belaka, diorang pun dah gen lain. Hidup diorang berkisar tentang unis life, study, exam, kawan-kawan study. Lagilah tak tahu apa bab visa ni. Usah ditanya macam mana nak pR ke ape ke. memang diorang tak tau apa-apa. Tunggu sikit lagi 10 tahun akan datang, dah bekerja, dah kawin n ada anak, baru diorang menggagau cari cara macam mana nak PR.
Aku faham. Semua orang pun ada struggle masing-masing. Mungkin yang bekerja ni, diorang ada komitmen besar di Malaysia. Yang lebih penting dari kengkawan yang visa di hujung tanduk ni.
Tapi... tolonglah berhati-hati menutur kata. Letak empati dalam berkata.
Jangan datang mai komplen kat aku nak kena bayar excursion sedangkan u dah ada job, dah ada PR. Orang lain yang visa dihujung tanduk lagi banyak nak kena bayar.
Jangan mai komplen kat aku, bising pasal duit nak amik IELTS/PTE. Aku dah 10 kali amik PTE, berapa duit dah aku bayar untuk exam.
Jangan main komplen kat aku, nak kena bayar yuran sekolah anak $7k per year sedangkan aku dah bayar $10k pr year since 2020 lagi.
Jangan mai komplen kat aku pasal visa itu ini, ramai yang dah kena balik sebab no visa options.
Tolong... tolong tengok orang level bawah sama. Tolong tengok kiri kanan sama. Jangan merasakan kita ni di atas, kita punya masalah sahaja. Tengok orang lain sama.
Bersyukurlah guys.
Bersyukur, kita ada PR, sedangkan orang lain bergolok gadai, untuk kena renew visa, renew lagi dan lagi.
Bersyukur kita amik PTE satu kali sahaja, sedngkan orang lain dah 10 kali amik PTE, beribu dah duit dikeluarkan untuk dapat score yang dikehendaki.
Bersyukur kita ada visa options yang lain, sedangkan ramai yang tersontot, kena akur sebab dah tak ada visa option yang lain lagi dah.
Tak selamanya kita susah. Tak selamanya kita senang. Hidup seperti roda. Adakalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Support each other. Kalau tak mampu, diam adalah lebih baik.
Bergaullah dengan semua level, agar kita sentiasa be humble. Lebih rasa empati dan berhati-hati mengeluarkan kata.