Semalam, rumah aku dihadiri tetamu yang merupakan pembaca blog aku.
Semasa di Malaysia, suaminya mendapat tawaran pekerjaan di Australia pada awal tahun 2024. Oleh kerana dia tak tahu bagaimana nak mula segala proses, dia pun buat research di internet. Dia search in google dan jumpa blog aku.
Inilah salah satu my target audience in my blog. Kalau korang cari kat tiktok, takde nyer korang jumpa in detail segala step or ape nak kena buat. Memanglah zaman sekarang orang dah tak baca blog. Orang dah tak menulis blog. Orang layan reel and tt jer. Tapi kalau melibatkan proses, step, in detail, ini jer satu -satunya blog yang bercerita tentang penghijrahan. Macam yang aku selalu cakap, aku masih menulis blog sebab aku nak catat pengalaman aku. Pengalaman aku tu pulak, sedikit sebanyak dapat jadi bahan rujukan buat sesiapa yang mahu berhijrah ke Australia.
Lepas translate document, buat skill assesment, lodge visa, and.... granted! Dia pun contact aku nak jumpa. Kebetulan masa tu aku tengah busy buat preparation birthday party Wafiya, alang-alang aku pun jemput lah dia datang ke birthday party. Terkejut dia, baru sampai Sydney seminggu dah dapat hadir ke birthday party hahaha. dan dia terkejut yang ramai orang Malaysia kat sini.
Ok pembaca blog aku ni namanya Softy. Aku realize yang masa birthday party tu, aku tak dapat sembang panjang dengan dia. Jemputan aku ramai. Aku rasa guilty. Last week, Softy text lagi sekali untuk berjumpa. Aku dengan berbesar hati sudi menerima kunjungan Softy.
Softy hadir bersama suami dan anak-anak. Barulah dapat borak panjang, riuh menyembang. Bercerita tentang how awkward nya diorang masa baru sampai ke Sydney. Tak reti nak isi minyak hahaha. Kekok weh. Blur. Australia, isi minyak dulu... kemudian baru bayar.
Haa... begitulah aku dan suami masa balik Malaysia tahun lepas. Suami aku turun kereta dan terus angkat nozzle untuk isi minyak. Sedar-sedar, kat pembesar suara tu, "bang... bayar dulu bang...". Pecah perut ketawa. Malu semua kat situ tengok. Mana datang ni orang Malaysia tak reti isi minyak. Bende ni terjadi sebab kitorang waktu tu dah 4 tahun tak balik. Kami macam "newbie" bila sampai ke Malaysia.
Kemudian, kami borak pasal saman. Terkejut suami Softy kena saman, mahal sungguh. Diorang kena saman terlebih masa parking. $98. Baru sampai Sydney, dah kene saman hahaha.
Kemudian, kami borak pasal gunting rambut. Mahal gila. Terkejut baq ang. Gunting rambut $35.
Kemudian, kami borak pasal harga makanan. Satu pinggan sekarang di Sydney $18. Hahaha.. memang tahan perut, kurang makan di luar. Nak apa-apa, masak...
Semua ni lucu buat yang baru sampai ke Sydney. Kehidupan berubah. Lifestyle berubah. Kalau dulu, senang dapat makan di Malaysia, kat sini kene masak sendiri. Duduk sini pasti akan jadi pandai memasak. Kalau dulu, gunting rambut murah, kat sini tiba-tiba jadi pandai gunting rambut sendiri. Kalau dulu, boleh parking sesuka hati, kat sini, nak parking pun pikir 2-3 kali.
Part yang paling best, Softy sudi berkongsi bagaimana pengalaman diorang sekeluarga berhijrah ke Australia kerana mendapat tawaran pekerjaan.
First sekali lepas dapat job offer, Softy research kat google, dan jumpa blog aku. Takde yang lain dah. Blog aku paling atas. Cukup lengkap semua ada. Cerita pasal document preparation, cerita pasal - lepas dapat visa nak buat apa, cerita pasal sekolah anak. Semua aku ada cerita dalam blog.
Terima kasih Softy kerana sudi memanjangkan ukhwah ini. Dari hanya pembaca blog, sekarang dah jadi kawan di Sydney ni. Aku suka macam ni. Tak macam sorang tu, dah granted visa, hagham nak mesej aku cakap terima kasih. Idak nak bagitau bila visa dah granted. Boleh cakap lupa, dah granted. Tahu-tahu terus tanya rumah sewa aku. Dibuatnya aku macam kaunter pertanyaan. Ingatkan selama ni mahu jadi kawan, berkongsi pengalaman, setelah semua ku ajarkan. Rupanya tidak... "ukhwah' tu hanya time aku ajar macam mana nak datang Australia. "ukhwah" tu hanya time aku recommend kan agent kat dia. Lepas visa dia granted, terus hilang "ukhwah" nya tu.
Tak enak. Kita ada budi bahasa. Bukan aku mintak dia canang aku ke ape. Cukup sekadar ucap terima kasih selepas kongsi segala macam di blog. Macam Softy ni, sentiasa mesej aku, keep update kat aku. Now, dah datang jumpa aku ha... Kita boleh berkawan. Berkenalan.
It's okay. Tak luak ilmu yang aku kongsi. Malah, aku dapat ramai kenalan baru. Contoh macam Softy. Dalam dunia blogging aku (dunia penghijrahan ke Australia) hanya dia dan sorang lagi tu jer jadi kacang. Yang lain semua okay. Its okay, It will never stop me from sharing my experience. Tujuan aku ber blog memang nak catat perjalanan aku. Kalau korang rasa bermanfaat, ambillah. Gunalah. Manfaatkan. Kalau tak reti nak ucap terima kasih, doakan aku saja dari jauh. Bersyukurlah dan berterima kasihlah pada Allah yang mengaturkan segalaNya.
__
Berbalik kisah Softy tadi, satu benda aku nak share, yang aku rasa dan juga apa yang dia lalui, kalau korang nak berhijrah ke luar negara, jangan cerita kat kawan /orang luar. Akan buat korang down. Simpan saja cerita tu kat mak ayah jer cukup. Biar sampai masanya diorang tengok korang dah sampai dah. Dah touch down dah.
Bukan buleh cerita kat orang, yang kita ni mahu berhijrah ke luar negara. Kang segala benda dia cakap, dia jer yang betul. Buat sakit hati. Mereka tak perlu tahu yang kita mahu berhijrah. Diamkan saja.
Satu aku kagum dengan rezeki orang lain. Suami softy bukan punya degree mahupun master ataupun Phd. Suaminya hanya lulusan politeknik. Punya diploma, tapi dapat tawaran pekerjaan di Australia. Company sponsor visa 482. Satu aku kagum, walaupun lulusan politeknik, dia berani seat IELTS. Korang akan faham maksud aku kalau korang melaluinya. Zaman kita study dulu, zaman tak boleh nak poyo cakap English, mesti kene condemn punya. Bila speaking kene condemn, nak seat exam IELTS lagilah. Mana nak kutip confident nyer...
Ada aku kenal sorang kenalan, lulusan ILP (Institut Latihan Perindustrian), ada sijil jer, juga dapat tawaran pekerjaan di Australia. Berani seat IELTS. Walaupun gagal berkali-kali tapi berani ambil lagi. 12 kali seat PTE. 6 kali seat IELTS. Kerja dah ada, dah dapat. Tapi English jer yang jadi masalah. Satu kaki dah cecah, dah melangkah, tapi English menyekat masuk ke Australia.
Kita bukan zaman budak-budak sekarang pandai speaking tengok youtube. Kita berada di zaman English tu allergic. Tambah lagi kalau lulusan sijil dan diploma, kita faham dan sedia maklum yang English kita biasa-biasa sahaja.
_
Aku suka pertemuan yang begini. It allows me untuk berkenalan pula dengan orang lain. Biasanya orang kenal aku dan tahu kisah aku dari blog. Tapi aku tak kenal pembaca-pembaca aku. Bila Softy approach camni, giliran aku pula berkenalan dengan pembaca blog aku.
Aku seronok dengar cerita orang lain. Itulah hikmahnya menulis blog. Dengan menulis blog, kita dapat kenal ramai orang. Kita dapat bertukar cerita. Kita dapat jumpa orang. Dari situ, kita dapat rasa betapa kerdilnya kita. Selama ni aku menulis sorang-sorang, cerita hal aku. konon hebat sangat dah rasa. Tapi bila berpeluang kenal dengan orang lain, aku terasa kerdil, dapat merendahkan diri, dapat mengkagumi orang lain. Mengkagumi kebesaran Allah mengatur hidup orang lain dengan begitu cantik. Di mana lulusan politeknik, lulusan sijil/diploma pun dapat peluang berhijrah ke luar negara. Siap company sponsor visa lagi. Kita yang ada degree dan master ni, nak dapat kerja pun susah. Datang berhijrah pun jenuh sendiri gerak. Tiada yang mustahil okay. Semua ada rezeki masing-masing yang telah diaturkan Allah.
So, dapatlah aku menyelami cara bagaimana suami Softy buat skill assessment. Sebenarnya bukan Softy sahaja yang datang ke rumah. Sebelum ni, ada ramai lagi. Cuma kali ni aku ada mood nak menaip dan berkongsi. Bila aku kumpul-kumpulkan blog readers aku yang berjaya sampai ke Sydney, aku rasa macam dah boleh buat database dalam excell file dah. Ada yang dah dapat PR dah pun. Bermacam-macam bidang. Yang tak terjangkau akal fikiran pun ada. Amazing. Kita kadang tak boleh hidup dalam dunia kita sahaja. Kena kenal-kenal orang dan ambil ibrah dari setiap perkongsian pengalaman. Sebab kadang kita rasa kita dah terlalu susah melarat, rupanya ada lagi yang lebih susah dari kita tuhan uji. kadang kita rasa kita dah hebat sangat dah, ada degree, master, phd, tapi rupanya ada lagi yang lebih hebat. Itu maksud aku.
_
Dalam 30 minit sebelum Softy balik, aku dapat call dari seseorang pula. Random. Dia tanya aku ada di rumah tak. Laju aku cakap ada jer ni. Mari mari. Langkah kanan. Memang ada juadah untuk dia. Yang ni pula namanya OG, pemegang Working Holiday Visa. Lusa dia dah nak berangkat pulang ke Malaysia kerana visa tamat. Jadi harini dia datang ke rumah aku. Kami dah saling berhubung dah masa dia awal sampai ke Australia, tapi nature of pemegang WHV ni kene bergerak ke merata tempat. Sydney-melbourne-Adelaide-Perth-Gold Coast. kali ni baru dapat peluang jumpa. Syukur OG contact aku sebab kalau tunggu aku balik Malaysia untuk jumpa, agak impossible juga. Alhamdulillah. terima kasih OG sudi jumpa penulis blog diyanasahariman ni.
Tengah duk borak, Tini call aku. Haa sape lagi tetamu nak datang? Oh rupanya Tini nak hantar ketam. See.. Bahagia hari aku di rumah. Aku bersyukur, manisnya kehidupan di luarnegara Allah bagi. Aku rasa macam rumah mak ayah di kampung dah. Ada jer tetamu datang berkunjung, beri macam-macam. Syukur Alhamdulillah.
So, harini dapatlah aku learn about hidup orang lain pula.. Working Holiday Visa. sponsor visa. Harini terasa ingin berkongsi dan menulis.
Moga Allah sentiasa jaga aku untuk jadi orang baik.