Tuesday 22 October 2024

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical dan juga Electronic, cumanya fundamental itu diaplikasikan kepada teknologi internet, wireless, mobile, computer network, satellite, fiber optic, 5G and beyond dan hal berkaitan telekomunikasi. Menarik program ni bagi aku. Aku nampak aplikasi dan keperluannya sangat tinggi. Nampak di depan mata. Contoh kita tahu zaman sekarang pakai phone, nak internet laju, nak bervideo call, nak hantar gambar, video, nak memory space yang besar, pentingnya cybersecurity... So, keperluan mempunyai internet laju kan penting, then aku nampak lah tujuan aku study benda-benda ni. Compare dengan elektrik aku tak berapa nampak ahahahha.. Bukannya kita hari-hari pergi stesen janakuasa.


Structure study di universiti-universiti di dalam Australia adalah berlainan. Kalau University of Sydney sedang bercuti semester, student2 UNSW baru nak mula term. Kalau kami di UNSW sedang exam, student di University of Queensland baru mula semester. Begitulah. Ianya berbeza. Tak sama. Walaupun universiti ini terletak dalam satu negara, Australia. 

UNSW mengamalkan sistem term, bukan semester. Satu term ada 3 bulan. Kalau semester, mungkin 6 bulan. Di UNSW, satu term ada 10 minggu learning, satu minggu study week, 2 minggu exam week, cuti term 2 minggu kemudian sambung term baru. Kecuali pada summer term, cuti lebih panjang, hampir 2 bulan cuti. Bermaksud, korang kena hadap belajar/pergi kelas/hadap topik yg korang suka/ tak suka tu selama 10 minggu sahaja sebab satu term ada 10 minggu learning kan.. Compare dengan korang kena hadap selama 13 minggu atau 6 bulan. Agak-agak, yang mana korang suka? Kalau aku, aku suka sistem term seperti di UNSW ni lagi sebabnya, sekejap jer nak kene hadap. Hadap lama-lama subject tu, cemuih juga. Baik habiskan cepat, and move forward. Jadi UNSW can provides wider range courses to students, sebab setiap term berlainan subject. So, bila banyak term, banyaklah subject pilihan. Tapi, disadvantage kat student self-funded di mana mereka tenat nak bayar yuran sebab term rotation terlalu pantas untuk mengejar wang bayar yuran.

Kalau korang dapat tawaran sambung belajar di USNW, tengok berapa jam credit korang perlu habiskan. Macam aku, aku kena habiskan 96 UOC (Unit of Credit). Tak kisahlah nak susun subject (credit) tu macam mana, lulus ke gagal ke, yang penting, kena cukupkan 96 tu. Kita boleh study ambil 3 subject sahaja dalam satu term, itu maximum. Bermaksud 3 subject kali dengan 6 UOC so total satu term 18 UOC. Biasanya subject aku 6 UOC untuk satu subject. Minimum hanya dua subject per term. Jadual kelas kita berlainan setiap term. Ikut subject yang kita ambil pada term tersebut. Ada subject yang ada tutuorial, ada lab. Kena check module structure. Ada tertera di website university. Kat sini, semua website sangat useful, semua up to date. Nak apa-apa, semuanya online sahaja.

So, pengajian master aku dua tahun. Tahun 2022 dan tahun 2023. Dalam satu tahun ada tiga term. Jadinya, Dalam tahun 2022, ada term 1, term 2 dan term 3. Kemudian, masuk tahun 2023, ada term 1, term 2, term 3. Aku mula masuk UNSW pada term 1 tahun 2022. Jadi, aku habis pada term 3 tahun 2023. Kawan aku, Pooja, dia masuk UNSW pada term 3 tahun 2019, jadi dia habis awal satu term dari aku which is term 2 tahun 2022 dia habis dah. Kami berkenalan masa aku mula masuk belajar which is term 1 tahun 2022. Lagi sorang kawan aku, Suki, dia mula masuk UNSW pada term 2 tahun 2022, jadi dia akan habis lewat satu term dari aku which is term 1 tahun 2024. Structure nya begitu. Tak sama masa aku degree di UTHM dulu. 

Setiap student masuk in different intake. Macam kes aku dan kawan-kawan aku tu, kiranya kami boleh pilih subject yang sama untuk berada dalam kelas sama-sama pada term yang sama masa kami tengah ada. Eh, paham ke tak ni. Contoh, aku boleh sama kelas semasa berada sama-sama dengan Pooja. Selepas dia habis, tak dapat sama dah lah kan. Dah dia grad awal sebab masuk awal. So, masa aku habis dan grad, Suki masih ada satu lagi term.

Walaubagaimanapun, ada jer subject yang aku pilih untuk taknak sama dengan Pooja dan Suki. Ini bukan zaman budak kecik semua nak sama dengan kawan. Dah tua ni dah matang, ada subject yang aku minat, tapi diorang tak minat. Ada subject yang aku tak boleh bawak, takkan nak ikut sama diorang kan. So, walau ada kawan, kadang aku kena juga on my own.

"Blog post ini panjang, kalau korang tak larat, korang sambung baca nanti ok."


Aku nak rate subject guna star. Paling recommended = lima star ⭐⭐⭐⭐⭐

Paling jangan amik/susah/tak best = satu star ⭐


TERM 1 2022

Aku ambil subject:

  • GSOE9758 Network Systems Architecture ⭐⭐⭐⭐⭐
  • GSOE9810 Quality in Engineering ⭐⭐⭐⭐⭐
  • TELE9753 Advanced Wireless Communication ⭐

Ini adalah term pertama aku. Masa ni border Australia masih belum buka. Baru nak reda dari covid. Kelas aku semua online. Aku tak pergi campus. Aku pergi pun awal-awal haritu masa buat student card. Term pertama aku adalah term di mana aku baru nak mula terima hakikat yang aku kena pergi sambung belajar. Aku kena ambil master. Aku tengah nak sesuaikan diri dan terima takdir yang aku kini sedang menuntut ilmu. Aku tak cerita secara officially di instagram. Aku takut aku tak boleh  buat. Aku niat hanya nak mencuba dulu boleh  buat ke tidak. Jadi, aku ambil subject yang senang-senang. Aku pun tak tahu sebenarnya subject ni senang ke susah. Sebab aku sorang-sorang jer sambung belajar ni. Takde kenal sesiapa. Aku try and error. Aku juga refer kat Course Overview term lepas lepas untuk tengok berapa percent exam, berapa percent mid term test, berapa per cent project. Aku pilih subject ni berdasarkan jadual kelas aku yang tak clash dengan kelas husband aku jugak. Waktu ini husband aku tengah study Certificate III Cookery di kolej swasta. Aku ada kelas, dia pun ada kelas. Aku ada assignment, dia pun ada assignment. Aku ada exam, dia tak ada exam. Hahha.

GSOE9758 Network Systems Architecture ⭐⭐⭐⭐⭐

Subject ni best gila. Rugi kalau korang tak ambil. Lecturer, Prof Vijay best. Assistant Lecturer, Minzhao pun best. Dua-dua good combo. Really encourage us. First kelas terus rasa motivated. Tambah lagi orang macam aku ni yang cranky kena pergi belajar.






Subjek yang aku ambil di UNSW

Kat sini aku list kan subjek yang aku ambil di UNSW.

Tapi kat UNSW ni panggil subjek tu "course".

Manakala jurusan yang kita ambil tu dipanggil "program".


So, course aku (program) Master of Engineering Science (8338) 

Plan : Telecommunications.

Subjek yang aku ambil (course) seperti berikut:


Term 1 2022

GSOE 9758 Network Systems Architecture

GSOE 9810 Quality in Engineering


Comment:

Untuk term pertama, aku ambil dua subjek jer. Waktu ni aku memberontak. Aku taknak sambung study, tapi aku kena berkorban dan terpaksa sambung study jugak. Aku tak ready dan takut. Aku ni tak lah pandai. Aku takut takleh bawak. So, aku ambil dua subjek jer. Actually, aku ambil tiga in total. Tapi sebab subjek tu terlalu heavy mathematic, so aku drop before cut off date. 

Subjek tu ialah TELE9753 Advanced Wireless Communication

Maximum satu term boleh ambil tiga. Minimum, boleh ambil dua. Then, bila aku drop subjek advanced wireless ni, jadinya tinggal dua jer lah..

Lagi satu, time ni aku fikir, kalau aku tak dapat buat gak study heavily ni, aku nak stop jer study. Kalau aku stop, taklah rugi banyak duit yuran kene bayar tiga subjek. Ada dua subjek jer lost kalau aku stop.

By the end of term, aku rasa aku boleh sambung study lagi. Aku tak kejar markah yang tinggi eventhough aku ada rasa nak tebus balik kesilapan masa degree dulu. Instead, aku hanya buat segembira yang boleh. Semampu yang aku mampu buat sahaja. Takde apa yang menekan. Aku buat takat yang aku boleh kasi komitmen sahaja. and I'm happy with that. 

I found that, I happy learning. tapi tak happy bila kene seat exam.



Term 2 2022

TELE 4652 Mobile & Satellite Communication System

TELE 9755 Microwave Circuits, Theory and Techniques

TELE 9781 Special Topics in Telecommunications


Comment:

Disebabkan result aku term 1 pass, so aku rasa aku boleh teruskan term kedua. Aku bersedia untuk ambil tiga subjek. Aku ambil subjek ni sebab ngam dengan jadual kelas suami aku yang juga tengah study di kolej.

Aku dah mula kena pergi campus selepas covid restriction dah lift up. Hanya ke campus untuk lab mobile & satellite. Aku takde kawan pun. Bila sampai lab, aku dipartner kan dengan Yiyang. Baik budaknya. Lelaki yang rajin buat kerja. Masalah kitorang hanyalah language barrier. Walaupun dia ambil master di UNSW, tapi dia tak pandai berbahasa Inggeris. Agak selow lah bila kami berdua nak communicate. Tapi kerja jalan dengan lancar.

Subjek special topic tu time term aku, dapat tentang Cloud Engineering and Storage. Bagus course ni. Yang kelakar nya satu kelas ada 10 orang jer. Hahaha. Kadang subjek ni ada di offer. Kadang tak ada. So, kena selalu check subjek ni di offer term bila. Dan kena tahu tajuk apa. Ada term tajuk Antenna. Ada term, tajuk Cloud Engineering. Beruntung aku dapat tajuk Cloud Engineering.

Aku hampir terkandas dalam subjek microwave. Tapi prof beri peluang kedua untuk aku ambil exam lagi sekali sebab aku cakap aku tak yakin leh lulus. Subjek ni heavy mathematics, kena kira impedance antena, resistance bagai. Siap kena lukis Smith Chart lagi. Suami aku carikan buku graph smith chart, belikan jangka lukis. Alhamdulillah suami aku sedia segala benda untuk aku study.

Overall, aku melepasi stage ini. Done term two in my first year.


Term 3 2022

GSOE 9010 Engineering PG Coursework Research Skills

GSOE9830 Economic Decision Analysis in Engineering

TELE 9752 Network Operations and Control


Comment:

Nak masuk term ketiga ni, aku mula nangis-nangis balik. Mula aku rasa overwhelmed. Aku rasa makin susah dan makin mencabar. Aku jadi resah gelisah sebab aku sukar buat keputusan untuk pilih subjek mana. Kawan aku Pooja dan Suki ajak aku satu kelas sekali dalam subjek TELE9756 - Advanced Networking. Aku cakap aku takleh subjek macam tu. Heavy gila mathematic nya. Tapi diorang cakap its ok. We do together. Nanti exam kita study sama-sama. Aku cakap aku takleh gak. Aku takut. Aku tau kelemahan aku kat mana. Kebolehan aku takat mana. Lagipun subjek tu habis kelas lewat gila. Boleh jadi seharian duk kampus. Lemau aku. Taknak. Tetap jugak taknak. Aku degil. Aku rela terkontang kanting sengsorang daripada ikut diorang ambil subjek math berat gila.

Aku gi ambil ELEC4602 Microelectronic Design & Technology. Aku pikir aku ada experience kerja kat Intel, so aku boleh lah design microE. Lagi satu, aku pikir, rugi term 3 ni tak ambil apa-apa subjek yang ada lab, sebab term 1 aku tak ambil subjek yang ada lab. Nanti jenuh aku kena sumbat semua subjek ada lab sampai hujung pengajian. Jenuh aku nanti. Dengan projek thesis nyer nanti. Selepas sekali lab microE, punyalah susah gila. 

Aku drop subjeck MicroE ni dan ambil subjek Economic Decision sebagai ganti. Main tangkap muat ajer aku ni. Term 3 memang term yang paling payah nak pilih subjek. Memang aku check term 3 yang lepas-lepas pun memang payah nak pilih subjek. term 3 ni paling tak menarik dan subjek semua susah. Subjek Economic Decision ni aku pass with cukup makan ajer. Aku ambil subjek ni sebab online class. Aku dan suami masih kena adjust jadual gak supaya boleh gilir jaga anak.

Subjek Research Skill tu paling aku menyampah sebab banyak kerja berkumpulan dan banyak assignment renek-renek tapi markah sikit. Korang tau lah kan kalau kerja berkumpulan ni macam mana. Mesti ada sorang bossy, sorang pemalas, sorang ikut ajer. So, aku ni kategori ikut ajer even hati aku menyampah. Terpaksa rela demi nak lulus.

Subjek Network Operation pulak, Pooja dah nasihatkan aku tak advice ambil sebab subjek ni kena guna Python programming. Aku ni dahla satu apa taktau python. Aku goyang gak nak ambil. Tapi disebabkan Prof Vijay yang ajar, aku ambil gak sebab dia sangat supportive. Masalah subjek ni ialah ada assignment berkumpulan yang kena pakai Python. Aku have no choice, aku terpaksa gak ambil subjek ni. Kalau tak, apa lagi pilihan yang aku ada. Dah la aku tolak subjek Advanced Networking sekali Pooja and Suki. Tolak juga subjek MicroE. Apa lagi yang aku ada, yang tinggal. Terpaksa lah ambil subjek Network Operation ni walaupun aku sangat gugup dan goyang. It so scary you know, nak kena buat python.

Term 3 ni aku unhappy. Aku rasa penatnya study. Menyumpah aku meneruskan perjuangan. 



Term 1 2023

PHTN 4661 Optical Circuits and Fibres

TELE 4653 Digital Modulation & Coding

TELE 9757 Quantum Communications


Comment:

Term 3 yang lalu, dalam aku menyumpah, aku berjaya pass juga. Alhamdulillah. Aku rasa nyawa di hujung tanduk, tapi masih lagi boleh bertahan. 

Nak masuk tahun baru iaitu tahun kedua term 1 ni, aku kembali satu kelas semula dengan Suki. Pooja dah tamatkan pengajiannya masa term 3 yang lalu. Kini tinggal aku dan Suki. Kami satu kelas dalam ketiga-tiga subjek pada term kalini.

Term 1 ni last online class dan juga exam online. LAST.. lepas ni semua exam physical di exam hall. 

Disebabkan term yang lalu aku tolak semua subjek yang ada lab, makanya term ni tak boleh tolak lagi. Aku kena ambil subjek yang ada lab iaitu Optical Circuit. Kelas agak bosan dan lecturer pelat sikit speaking English.

Term lalu aku banyak gila nangis. Rasa overwhelmed. Tapi aku pass juga. Term kalini, aku kurang sense. Maksudnya, aku tak dapat merasa how bad is bad. How good is good. Aku rasa plain. Benda yang sepatutnya aku risau, aku tak risau. Benda sepatutnya aku look seriously, aku wat tak tau.

Aku penat sangat rasa. Aku frust dengan PTE aku juga. Sepatutnya aku fikir study, tapi aku fikir PTE. Aku rasa letih otak. Dan aku dah lama tak balik Malaysia. Dah 4 tahun tak balik Malaysia. Last balik Malaysia tahun 2019. Ni dah tahun 2023. Aku rasa macam hilang sesuatu.

Aku book tiket balik Malaysia dalam keadaan yang aku tak sangka aku dah book tiket. Aku tak jangka yang aku akan balik ke Malaysia selepas habis term ni. Masa cuti term.

That's why aku hilang deria rasa term ni. Benda yang patut aku risau, aku tak risau. Sebab aku hidup terawang-awang. Angau nak balik Malaysia. Lama tak balik. Lama tak peluk cium mak ayah. 4 tahun beb. Bukan setahun dua.

Macam subjek microwave yang lalu, dan subjek economic decision yang lepas, aku tak dapat buat, tapi aku contact lecturer aku. Tapi term ni aku kurang deria rasa. Aku pikir nak balik Malaysia jer. Nak habiskan term ni cepat. Elok habis exam subjek Digital Modulation, aku terus siap balik Malaysia.

Aku menyesal ambil subjek Quantum. Lecturer tu scam nyer aku.


Term 2 2023

ELEC 9771 Project Report A

MANF 9472 Production Planning & Control

PHTN 4662 Photonic Networks


Comment:

Aku sampai Sydney lewat seminggu pengajian bermula. Bermaksud, hujung week 1 term bermula, baru aku fly ke Sydney from Malaysia. 

Untuk Project Report A, kena cari supervisor for thesis. Aku cari time tu dalam cuti term. Aku dah cari awal dah sebelum cuti bermula. Tapi kebanyakan supervisor dah full. So time cuti aku dapat supervisor. Takde ahli group pulak tu. Semua kawan-kawan aku tak sampai ke tahap ni lagi.Diorang baru start study. Tah macam mana aku sengaja mesej Yiyang. Rupanya dia pun takde ahli group. Aku mintak izin Dr Habibi, Project Coordinator, boleh tak nak group dua orang jer. Sebab aku tak cukup nak form 4 orang. Dia kata boleh jer sebab memang tak cukup orang. Kan aku start study time covid. Logic lah tak cukup orang.

Term kedua ni pun aku tak happy. Sangat sangat unhappy. Term ketiga haritu aku unhappy and overwhelmed kan. Rupanya term ni lagilah aku tak happy. Aku nangis nangis nangis dan nangis. Teruk aku kena dengan sv aku. Dia asyik marah aku jer. Bertambah lah aku tak happy.

Selepas aku balik dari Malaysia, aku rindukan segalanya tentang Malaysia. Aku jadi berat untuk move forward. Aku asyik teringat kenangan dan kegembiraan aku masa cuti term di Malaysia. Bila aku homesick, aku jadi susah nak move forward untuk term ni.

Macam mana aku gagahkan jugak untuk term ni? Aku fikir aku hanya ada satu lagi term jer yang tinggal. Iaitu term ketiga dan segalanya selesai. Aku fikir sikit sahaja lagi aku akan tamat pengajian.

Term ni aku partner lab sekali lagi dengan Suki.


Term 3 2023

ELEC 9772 Project Report B

TELE 4651 Wireless Communication Technology


Comment: 

Term 3 adalah term yang paling aku gembira. Aku senyum. Aku gembira. Term ni adalah term last aku. Apa nak jadi, lantaklah. Sebab term ni aku akan habis. Term ni pihak university cut credit aku sebab aku pernah study Diploma Project Management tahun 2018-2019 dulu. Bermaksud, aku dah ambil subjek terlebih. Subjek Quantum tu terlebih. PIhak uni kata, aku tinggal dua subjek jer lagi. Itu yang term ni aku ambil dua subjek jer. Sebab itu jer yang aku kena ambil.

Akulah orang paling bahagia dalam dunia ni. Suki pelik tengok aku kenapa aku happy dan sangat ok term ni. Hati aku berbunga-bunga. Aku happy gila pergi campus. Aku hayati setiap langkah aku masuk campus. Sebab ini last term aku. 

Aku kena dengan sv, gasak. Aku nangis, pastu aku move forward. Kena marah lagi, lantak. Aku nangis, pastu aku gi healing.

Subjek Wireless heavy mathematic jugak wei. Tak kisah. Lantak. aku kan dah nak habis study. Subjek ni jer pun yang aku kena hadap. Lantaklah susah pun. Usaha jer lah. Allah dan bantu banyak by potong credit aku.

Suki dah pesan. Subjek Wireless ni susah. Lab nyer banyak kerja. Kena prepare pre-lab. Kena tanya soalan banyak time lab. Lantak...... You know, turn out.. lab demonstrator tu baik dengan aku. Suka kat aku. Yang susah pun dia bantu. Subjek ni banyak mathematic, probability bagai. Tapi Prof tu pandai handle student. "follow me, guys......" dia ulang bila kena kira-kira mathematic. 

Subjek Wireless yer memang susah mathematic nya. Tapi prof sangat membantu dan encourage. "sorry, guys... this is too mathematics. Im sorry...." Sampai macam tu sekali dia "bawak" student untuk hadap kesusahan subjek ni. 

Tapi, jangan diharap begini kat sv thesis aku. Dia menyumpah aku fail. Dia bebal dengan aku. Dia punya marah kat aku. AKu tak boleh lari. AKu kena hadap dia jugak. Lantak..... asalkan aku habiskan pengajian aku.

Final exam subjek wireless jatuh pada hari pertama minggu exam. Jadinya, aku TERRRRRhabis study awal. November aku dah takde apa nak dibuat dah dengan universiti. Hanya menungu result. NOvember 2023 aku selesai. Sedangkan dalam surat aku tamat pada 31 Jan 2024. December -January kan cuti semester. Final exam aku pulak jatuh pada November 2023. So, November 2023 aku dah setel.


Alhamdulillah.

Dalam setiap kesulitan, disusuli kemudahan.

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...