Nampak bila aku update story yang aku pergi interview,
orang ingat aku tengah actively seeking for a job.
Orang ingat aku baru pergi SATU interview.
Bila diorang tanya, macam mana interview haritu?
Ah, sudah.Aku bingung, yang mana satu? Dalam seminggu kadang 3 interview. Kadang takde langsung.
Orang ingat aku cari kerja bagai nak rak. Cari kerja bagai nak mati.
Orang tak tahu yang aku cari kerja hanya bila aku lapang.
Yer, memang aku baru habis study.
Tapi lupakah kalian akan kisahku? Kenapa aku study?
Scroll balik cerita lalu.
Wajib ke cari kerja selepas tamat study?
Kalau aku decide to just stay at home with my family instead of morning rush go to work everyday,
salahh ke?
Yes, aku baru habis study.
Tapi.. dengan bekerja, bukan juga penyelesai masalah.
Lagi bertambah hal yang perlu difikirkan.
Lagi serabut.
Lagi aku cranky nanti.
Sebab apa aku kata pergi bekerja, bertambah hal yang perlu difikirkan?
Kalau aku pergi kerja, anak-anak siapa nak jaga?
Kalau hantar anak ke childcare, siap duit sehari $180 kena bayar untuk anak dijaga di childcare.
Kawan-kawan di sini cakap, dont send ur kids to childcare, they will always get sick.
Tapi kawan-kawan belah sana sibuk tanya, dah dapat kerja dah?
Childcare fee - Masalah utama!
Lepas aku habis pantang, aku sambung master. Anak aku membesar - mengengsot bawah meja study, tengok tv sorang-sorang. Aku ada kelas online, ada exam, kena masuk lab. Aku rasa bersalah yang amat sangat. Memang anak depan mata, tapi aku rasa tak berkualiti dalam mengasuh anak seharian.
Jadi, biarlah sekarang ni aku ganti balik masa. Masa yang lalu, tak dapat diulang lagi dah. Wafiq pun dah 3 tahun. Apa yang aku ada ialah masa akan datang. Biarlah waktu yang aku belum bekerja ni, aku spend untuk anak-anak.
Hantar dan ambil Wafiya from school.
Memang hal ni nampak boleh diatur. Tapi siapa boleh jamin? Let say kalau aku hantar ke "before and after school care", itu semua pun perlukan bayaran. Duit lagi keluar, selepas childcare.
Kalau cuti sekolah, siapa nak jaga Wafiya di rumah? Cuti sekolah - dua minggu. Setiap term ada cuti sekolah. Siapa nak jaga anak aku? Let say hantar ke Vacation care, duit lagi keluar. AKu tengok haritu, yuran vacation care, sehari $80. Duit lagi keluar. Dari duit sebanyak itu kena bayar, baiklah aku tak bekerja dan duit tu kami pergi bercuti sekeluarga.
Semua ni aku ukur dan ambil kira.
Tapi orang sibuk tanya, bila kerja? macam mana cari kerja dah ke?
aduh sayang. diam boleh tak?
Aku tahu apa perlu aku buat.
Sekarang sampai satu tahap, malas dah nak update kat story.
Niat asal nak cerita bagaimana pengalaman mencari kerja. Tapi orang tak ambil itu sebagai pembelajaran proses hidup aku dari satu fasa ke satu fasa.
Orang ambil kira hanya, "dah kerja dah? macam mana inerview haritu?"
Penat.
Kita nak share asam garam pergi interview jumpa macam-macam orang dan perangai company. Tapi orang yang tengok story taknak absorb in another way.
What matter me the most ialah memang aku nak duduk di rumah.
PTE aku belum sattle lagi. Kalau aku busy kerja, macam mana aku nak buat PTE? Bila hidup aku akan selesai di luar negara? Yuran sekolah masih kena bayar. Kerja susah nak dapat without PR. Nak PR, PTE aku belum sattle lagi. Korang risau sangat bila aku nak kerja?
Aku masih nak balik Malaysia cuti panjang, sebulan mungkin. Kalau aku kerja, sape nak bagi cuti sebulan,?? dengan baru bekerja tak sampai setahun. Nak cuti sebulan balik Malaysia. Company mana yang mau bagi aku cuti sebulan untuk aku balik Malaysia?
Rileks.
Sampai rezekinya, pasti aku akan bekerja.
Walau ada masalah yang aku list kan tadi, jika memang takdir aku kena bekerja, semua tu pasti dapat arrange.
Biar aku nikmati "masa" yang aku ada sekarang.
Memang tak mewah duit. AKu cuma hanya ada "masa" sekarang.
No comments:
Post a Comment