Saturday, 11 November 2023

Berhijrah ke Luar Negara : Sepatah Dua Kata : Part 2

Sejak border dah dibuka, aku terima banyak mesej from Malaysian yang bakal masuk Australia. Semuanya pemegang student visa, job sponsored visa 482 dan Working Holiday Visa. 

Aku pernah jadi "orang baru" satu ketika dahulu. Aku pernah jadi "newbie" berhijrah from Malaysia to Australia. Aku selalu share di instagram dan blog setiap titik perjalanan penghijrahan aku. Well, actually blog ni dah aktif ditulis sejak aku kuat travel lagi which is sebelum migrate.

Aku pernah dihentam oleh seorang kakak langsi from Brisbane. Entah datang dari mana, mari follow ig aku, pastu rajin benor dia reply setiap story aku dengan benda-benda yang annoying. Bukannya reply story aku beri kata-kata semangat ke doa ke or any positive words. Tapi reply story benda yang sounds like nak tunjuk dia terpaling senior duduk di Australia. Bila aku pi klinik, claim insuran, dia kalut cerita dia punya Medicare la. Bila aku pi sekolah pick up Wafiya, dia kalut cerita sekolah dia lah. What for?

Kalut ngat aih... 

Aku tak seeking dia punya advice pun. Aku tak follow ig dia pun. Aku tak kenal pun dia siapa. Tak berminat nak ambil tahu pun. Tak berminat nak berkenalan dengan orang cakap banyak nih. Banyak sangat masa dia tengok story aku baru upload beberapa minit, dia terpaling awal reply. Ko dah takde keje ke kak? Suka mari ig orang macam nak ajak gaduh. Kadang-kadang aku malas bukak mesej dia. Biar dia reply story aku banyak-banyak without seen.

Kalau dia nak cerita sistem Medicare ke, sistem sekolah anak dia ke, about her migration journey ke, use your ig lah kak. Tak perlu memekak kt story ig kita. 

"Story saya adalah cerita saya, jalan cerita saya, pengalaman saya.. Biar saya cerita pengalaman yang saya lalui... "

Takkan lah saya nak masukkan jalan cerita akak kat story saya? Takkan lah saya nak cerita pasal medicare levy akak tu kat story saya? Sedangkan saya ni temporary resident, pembeli insuran. Saya tiada pengalaman kena bayar levy medicare. Saya cuma ada pengalaman beli insuran 4 ribu, saya pegi klinik, saya balik saya claim insuran, saya dapat balik duit claim. Itu ajer. Kalau saya pakai medicare, saya kena bayar medicare levy, itu saya akan cerita pada satu hari nanti. In the meantime now saya cerita jer dulu apa yang saya lalui.

Kalut ngat aih kak oi. Tak tanya pun.

Kesudahan cerita, saya block ajer akak tu. Sepanjang hidup saya berhijrah, akak tu sorang jer perangai camtu. Saya biasanya tak bertemu dengan followers "perangai" cam ni. Tu sebab saya happy berkongsi tanpa ambil tahu orang benci saya. Haha. Sebab selalunya orang yang follow dan bersahabat dengan saya di alam maya majority nya positif.

Kita, walaupun sudah lama tinggal di luar negara, tak perlu tunjuk terpaling senior dan orang baru tak boleh melebih-lebih. Tabiat ni di asrama di malaysia ajer. Kat sini tak ada eh. Sila tinggalkan perangai macam tu.

Aku bila dah terkena macam tu, aku selalu ingatkan kat diri aku, tak perlu pergi kacau orang baru punya life. Focus hidup jalan sendiri. Tak perlu tunjuk terpaling tahu atau terpaling senior kat Sydney ni.

Kalau korang perasan di social media sekarang, ada ramai orang share reel di ig perjalanan hidup diorang berhijrah ke luar negara. So, kita tak perlulah pi kalut komen, "haa..eleh.. ko baru lagi, semuanya manis belaka, nanti ko keje nanti ko tau lah tax tinggi mana...." like that. Contoh.

Dia orang baru sampai, dia share perjalanan dia, biarlah. Benda baru memang semua manis belaka. Kau dulu pun macam tu sewaktu awal sampai. Bila dah lama duduk luar negara, semua benda ko nak komplen, tak perlu pun melampiaskan dekat orang baru. Let them explore on their own. Let them explore benda baru yang diorang jumpa.

Cara aku, memang aku write many things in blog, ig, fb. Orang nampak aku banyak tahu. Aku set diri aku, jangan kalut tunjuk tahu. Kalau orang mari dm tanya, kita share. Takat tu ajer. Tak perlu kalut pi tinjau life diorang pastu nak beri tunjuk ajar lebih-lebih. Potong mood diorang untuk explore dan baru sampai. Nanti diorang pun potong mood and takut nak share apa-apa from their view.

Biar kita saling belajar. Ada perkara yang kita belajar dari orang baru. Ada perkara yang orang baru belajar dari kita. Hidup ini mudah, tak perlu cari pasal dengan orang. Kita nak hidup saling bersahabat, saling berkasih, saling menyayang, saling meng-aman haha. Bukan meng-create kan benda yang orang meluat dengan kita, menyemakkan kita.

Orang yang dah lama, sepatutnya kagum dengan orang yang baru sampai ni. Contoh macam aku, aku datang independently. Mana ada company bagi visa kat aku, bagi job. Aku datang sendiri-sendiri ja. Tak boleh ke simpan belagak kau tu sikit, jangan cari pasal. Diorang tu dah la company bagi job, bagi visa, bagi pr, pastu belagak kemain. Terpaling senior, diorang jer lah boleh duduk Australia ni eh. Orang lain tak boleh ek?

Orang yang baru sampai pun sudah semestinya kagum dengan orang yang dah lama tinggal sini. Tanpa kemudahan berinternet, tanpa pendedahan about islam dan limited halal sources. Orang lama boleh survive till now. Pasti ada rasa segan dan hormat kat orang lama. Orang lama janganlah potong the excitement orang baru. Let them be.. Let them explore on their own. Melainkan dia mai tanya kita, kita bantu.

Contoh kalau aku ternampak ig story orang baru tu, dia tak tau sesuatu. So, aku taknak pi kacau dia. Sebaliknya, aku share info kat story aku. Contoh aku share kat mana sayur buah murah. Haa nanti dia reply la story aku, macam mana nak datang sini. Tapi kalau aku reply pun, aku akan cakap simple jer. Tak perlu sampai annoyed orang tu. Selebihnya aku share kat ig aku jer. Selalu orang mai ig aku adalah untuk belajar "sesuatu" sebab aku banyak share info.

Sesiapa orang baru sampai, jangan segan dengan aku. Kita bersahabat ok. Aku tak kacau korang. Aku tak pegi tujah-tujah kat korang punya ig kalut nak beritahu itu ini serba serbi. Pelan-pelan korang explore ok. Kalau ade ape-ape nak tanya, korang leh dm aku. No problem. Enjoy your life living abroad okeh!

Pape ror!

1 comment:

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...