Wednesday, 9 February 2022

"Takyah Ramai-ramai Datang ke Aussie"

Bila aku dah sampai ke sini kan, aku ada perasan satu benda di kalangan orang yang dah lama menetap kat sini.

Diorang ada rasa semak kalau ramai-ramai orang Malaysia datang ke Australia jugak. 

It is sad, but true. 

Aku pernah beberapa kali kena hentam dengan diorang ni. Yerlah, aku kan suka menulis cara-cara, tips dan impian untuk berhijrah ke luar negara. Diorang rasa perkongsian aku sangat mengundang. Mengundang ramai orang ke sini. Diorang rasa semak. Diorang rasa akulah punca. Punca orang datang ke sini dan abused visa. 

Diorang rasa dah tak exclusive bila orang kita ramai berhijrah ke Australia. Jadi, perkongsian aku sangat berbulu di mata diorang.

Diorang pilih untuk berdiam. Taknak kongsi pengalaman diorang tinggal di luar negara. So, bila aku menulis dan berkongsi, its like, "shut your mouth please".

"orang tanya aku pun, aku tak share"

"ko takyah lah nak menginspirasi orang datang ke sini"

"stop blogging, just focus hidup kau"

Kalau korang jumpa diorang-diorang ni, takziah aku ucapkan. You meet wrong person. 


Aku menulis dan berkongsi sebab:

1. Dulu aku struggle mencari jalan untuk migrate tapi tak ramai yang berkongsi cara nak migrate. Masa aku tengah susah cari jalan, memang aku janji pada diri aku, aku cakap kat tuhan, kalau tuhan bagi aku peluang untuk berhijrah dan merasa tinggal di luar negara, aku janji aku akan share, aku akan beri pendedahan kat orang. Masa tu memang aku rasa helpless dan rasa mustahil untuk gapai impian aku berhijrah ke luar negara. Sekali pap! Allah bagi rezeki dan makbulkan impian aku, apalagi, memang aku kongsi la.

2. Aku suka menulis. Aku suka mencatat. Berhijrah ke luar negara adalah satu peluang yang tak semua orang dapat merasa. Amat penting bagi aku catat setiap fasa yang aku lalui.

3. Bila aku down, aku suka toleh ke belakang. Aku nak lihat balik bagaimana aku down dulu dan bagaimana aku boleh sampai ke sini, berada di sini hingga ke tahap ini. Dari situ, aku kaut balik kekuatan dan teruskan jalan di hadapan.

4. Aku nak beri pendedahan kat orang supaya ambil jalan yang betul untuk tinggal di luar negara. Aku tak mampu nak halang, orang punya decision. But at least aku educate the right pathway. Kita kalau tak mampu nak larang, kita educate orang. Bukan kecam orang yang try to give awareness and education. 

5. Andai satu hari nanti aku berjaya dapatkan apa yang aku nak, perkongsian aku dan segala apa yang telah aku tulis, ianya sebagai bukti yang aku pernah berusaha. Supaya nanti, bila aku dah berjaya, dah senang, aku kenang saat aku bermula dulu. Supaya tak membongak macam korang, bercakap mendongak ke langit. Andai tidak berjaya, semua tu menjadi kenangan manis buat aku untuk anak-anak aku kenang yang opah Diyana depa ni pernah ambil langkah yang tak semua orang berani buat.


_

Kalau orang terinspirasi, itu hak diorang. Aku takleh nak halang perasaan orang. Tujuan aku bukan nak raih pujian atau nak buat orang terinspirasi. Tujuan aku adalah sebab-sebab di atas yang aku tulis tadi. Jika kesan yang aku tulis tu memberi impak kat orang, aku tak boleh tahan perasaan orang. Bukan aku nak pujian. Aku takut sangat dengan pujian sebab apa yang aku dapat hari ini bukannya datang dari aku. Semua ni rezeki Allah bagi. Keluarga aku support, suami aku sangat membantu. Aku tak layak dapat pujian. Segalanya datang dari Allah swt. Pujian akan buat kita riak dan bangga maka kita akan lupa diri.

Kalau korang rasa semak sebab bila aku share, ramai orang nak datang berhijrah, itu bukan masalah aku. Itu masalah hati korang sendiri. Pandai-pandailah mengubat penyakit hati korang tu. Ingatkan dah lama duduk luar negara, fikiran jadi terbuka, hati jadi lebih tenteram, rupanya makin lama hati makin membengkak, mata berbulu tengok orang lain pun nak berhijrah ke luar negara sama.

Kalau lepas orang baca my journey, diorang still ambil jalan mudah abused visa, apa lagi daya yang boleh aku buat. Sekurang-kurangnya aku ambil tanggungjawab berkongsi cara betul untuk berhijrah, daripada engkau tu yang duduk diam takde sumbang apa-apa lepas tu mata berbulu sakit hati.. sakit hati.. sakit sekali.. melihat engkau...berpimpin tangan dengan si dia~


2 comments:

  1. love to come here and read. walau saya akan masuk dgn visa tss , semua perkongsian ini amat bermakna..terima kasih and keep on going.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah.. tahniah... bukan mudah tau nk dpt tss visa. u should feel lucky. tahniah. selamat bekerja dan selamat menimba pengalaman di rantauan.

      Delete

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...