Wednesday, 3 November 2021

Daftar Kelahiran Anak di Luar Negara : Australia

Saat yang dinanti-nantikan after lockdown lift up ialah merentas negeri ke ACT (Australian Capital Territory) lebih dikenali sebagai Canberra atau nama glamour, Canby untuk mendaftar kelahiran anak kami yang lahir di luar negara. Fuh.

Selepas Wafiq lahir, kena daftar surat beranak Australia within 60 days. Birth certificate Australia ni lah nak digunakan untuk daftar kelahiran anak di Pejabat Konsulat, High Commision of Malaysia, Canberra.


Pada mulanya aku call masa lockdown. Dia kata duduk jer dulu diam-diam kat Sydney. Dah habis lockdown baru call semula.

Tu yang habis lockdown, aku call. Dia kasi tarikh and time, aku on saja. Boleh anytime. Untuk proses daftar kelahiran, kita kena call dulu untuk book appointment. Aku cakap nak daftar kelahiran anak. Yang jawab phone tu aku syak bukan orang Malaysia. Suara macam pinoy. Dia kata ok, and then dia bagi tarikh. Kemudian dia bagitau dokumen yang diperlukan. Dia tanya aku, visa apa? Protection? Tergamam kejap. Aku jawab, student. Ok, straight forward, kalau ada dokumen yang dia lupa sebut, boleh rujuk website

Senarai dokumen yang diperlukan as per now, November 2021

Senang. Tak leceh or rumit. Ya, very straight forward. Semua dokumen ni memang aku dah bawa siap-siap dari Malaysia seawal penghijrahan aku ke Australia. 

Aku pun prepare kesemua dokumen. Print borang D (ambil kat download section). Aku tengok borang tu apa senget-senget. Sijil nikah aku tulisan jawi, aku bawa sekali yang translate punya standby kalau dia nak. Translation sijil nikah ni memang aku translate siap-siap sebelum berhijrah. Gambar passport Wafiq, aku ambil kat pejabat post, Aus Post. 

Borang D yang aku download dari website

Sehari sebelum, aku dan suami bawa Wafiq ke pejabat post. Sampai kat kaunter, aku cakap nak ambil gambar passport. Dia bagitau harga $19.95 dapat 6 keping. Aku tengok keliling pejabat post tu, kat mana background nak ambil gambar, rupanya dia turunkan backdrop dari atas. Suami aku dukung Wafiq, dia ambil gambar dari kaunter. Siap! Dia printkan 6 keping tu and tolong gunting. Dia tanya nak soft copy gambar tak? Aku nak lah kan. Dia minta email address, then aku check email address betul ke tak. Terus dia hantar gambar Wafiq soft copy tu ke email address. Aku ingatkan dia burn dalam cd. Tahun bila dah tu weh. Hahahaha.

Dia turunkan slide tu as a backdrop. Kat situ jer ambil gambar di pejabat Post

Overall, semua dokumen lengkap. Aku pesan kat suami aku masa dia nak pergi kerja, satgi bawa keluar cash $25 nak bayar di pejabat konsulat nanti. Bising suami aku, tahun bila orang pakai cash. Sekarang semua pakai kad. Kami ni jarang sangat-sangat pegang cash. Tu yang sampai aku pesan suami aku tolong bawa keluar cash siap-siap sebelum kami mulakan perjalanan ke Canberra. Sebab kami bertolak subuh.

Dari rumah aku nak ke Canberra ambil masa dalam 3 jam drive. Kami bertolak pukul 6 pagi. Anak-anak semua tidur dalam kereta. Wafiya aku cutikan sekolah dia. Bagitau kat cikgu dalam apps sekolah, isi attendance dia yang Wafiya pergi Consulate Office. Kami singgah beli coffee and donut jer masa dalam perjalanan. Biasalah kat sini, itu jer yang ada pagi-pagi. Mana ada warung nasi lemak jual bihun ke, teh O ikat tepi ke. Oh, sesungguhnya aku rindu suasana sarapan pagi di Malaysia. Macam-macam makanan ada.

Jam 9 pagi kami sampai ke pejabat konsulat. Time tu anak-anak pun dah bangun. Ngam! Semua turun regangkan badan. 3 jam dalam kereta. Aku macam biasa, jarang tidur dalam kereta sebab aku sentiasa nak menikmati pemandangan setiap inci bumi Australia ni. Kalau di Malaysia dulu memang aku tidur dalam kereta.

Sampai di pintu pagar, aku tekan loceng dan bercakap melalui intercom. Dia unlock and kita buka pintu. Pastu kami menapak ke pejabat bahagian consular. Ada staff menunggu di pintu untuk check suhu dan kita check in location.

Masuk ke dalam, tulis nama dalam buku log. Kemudian ambil nombor. Aku duduk menunggu. Ada staff perempuan(aku syak dia ni yang cakap dalam telefon dengan aku masa nak book appointment), dia kasi borang kat aku. Dia tanya umur Wafiq, dan suami warganegara mana. Wafiq 6 bulan, warganegara Malaysia. Aha ok isi borang ni dia kata. Aku tengok borang tu, eh sama jer borang tu dengan borang yang aku download tu, borang D juga. Cuma kertas proper berwarna. Aku dah isi borang 2 set dah. Siap tampal gambar Wafiq. Pelik juga kenapa kena isi lagi. 

Part C ni aku syak butiran bapa

Isi jer lah an. an. Bukan banyak pun. Simple jer butiran yang dia nak. Ada satu tajuk dalam borang tu salah. Part C, tajuk tu tulis butiran anak-anak lain. Aku ingatkan butiran Wafiya. Hah sudah. Sebab butiran Wafiq kat Part B dah isi dah under tajuk butiran kanak-kanak. Aku compare dengan borang yang aku isi di rumah. Aku syak butiran BAPA sebab ada soalan status perkahwinan dan nombor passport. Isi jer lah an an.

Masa aku isi borang, waktu tu dah 9.30pagi. Ada satu family from Liverpool sedang berurusan daftar kelahiran anak juga di kaunter. Turn diorang first, lepas tu aku. Diorang dan family aku jer yang melayu. Lain-lain dalam tu semua chinese. Ramai rupanya chinese di Australia.

9.45pagi giliran kami dipanggil. Sampai kat kaunter, aku keluarkan semua khazanah yang ada. Aku tunjuk di hadapan dia, ini satu set original, dan ini satu set photocopy. Yang standby aku ketepikan siap-siap. Kemudian dia ambil yang photocopy tu untuk semak. Semua aku dah susun ikut aturan seperti dalam website. Dia check satu persatu. Kemudian dia cakap, ok easy! Semua dah ada, tersusun dan teratur dia cakap. Dia minta aku sign, cop jari Wafiq dan bayar $25. Memang aku tinggalkan ruang sign tu sebab dalam website kata kena sign di hadapan dia. Kemudian kami bayar. Suami aku kasi cash $50. Itu jer seketul yang kami ada. Then dia kata takpe, satgi nak collect dokumen balik, dia bagi baki. 

Kitorang cop jari Wafiq tah pape. Tak senonoh. Main tonyoh jer. Ink pun tak berapa kuat. Pudar ajer. Comot sungguh. Staff wanita tu tadi kasi satu borang H yang dia print olok-olok untuk aku check butiran betul atau tak. Lepas aku confirm kan betul, kami beredar jam 10 pagi. Around pukul 3petang to 3.30petang kena datang balik ambil dokumen kelahiran yang dah siap. Oh ya, satu set borang D yang aku isi di rumah tu, dia bagi balik kat aku. Terlebih isi kut. Haha.

Cam tu jer. Urusan sangat pantas. 9.45pagi di kaunter, jam 10pagi dah beredar. Kami takde plan apa-apa untuk membunuh masa dari jam 10pagi sampai 3petang. Pada mulanya aku rancang nak buat itinerary. Tapi sebab aku sibuk practise PTE sejak kebelakangan ni, so aku tak sempat nak buat itinerary. Dalam kepala cuma nak beli makanan tapau lepak picnic kat mana-mana taman.

Cuaca 24darjah dan sunny. Terlalu terik. Jadi, aku tak berminat nak ke padang rumput luas terbentang atau playground tengah hari rembang. Semestinya nak tempat teduh bawah pokok. Nak playground bawah pokok, nak lepak bawah pokok. Jadinya, kami hanya meronda ke semua tempat, cari port yang sesuai untuk berteduh dan picnic. 

Aku suka park ni. Memenuhi kriteria yang aku nak dengan cuaca yang panas

Mati kutu juga bila berada di Canberra. Macam mana lah kalau aku pindah ke regional iaitu Canberra. Beach pun takde. Yang ada cuma tasik semata. Aku rasa macam pusing-pusing satu hari dah setel dah. Bagi aku Canberra ni sebuah bandar yang cantik tersusun. Jalan tak sesak walaupun hari orang balik kerja. Mungkin sebab ada public transport light rail dan bas yang efektif. Dan yang paling penting, Canberra ada banyak cycling track dan walking track. Aku tengok ramai yang naik basikal, scooter electric dan berjalan kaki. Sana sini semua ada cycling track. Banyak yang aku nampak macam rupa balik kerja, kayuh basikal. Vibes di Canberra ni macam Putrajaya. Penuh bangunan pentadbiran kerajaan. 

Kami tapau makanan di kedai turkish kebab dan lepak di Weston Park. Ngam sangat tempat kami lepak ni. Banyak pokok, tak panas. Tandas bersih. Ada playground. Ada kolam dan tasik. Ada orang berkayak. Ada itik di kolam. Ada cafe dan muzium. Luas. Tak ramai orang. Wafiya pun boleh berscooter. Kami habiskan masa lama di sini. Sesungguhnya aku tak berminat nak ke shopping mall. Bukan ada apa. Semua shopping mall sama jer. Rumah aku pun jalan kaki jer nak ke shopping mall. Kami lebih berminat playground and park hunting. Kalau next time datang lagi ke Canberra, of course bukan park dan playground yang sama kami akan pergi. Banyak lagi park dan playground lain untuk dijelajahi.

Kami meronda juga ke National Arboretum. Playground nya lebih menarik. Tapi panas terik, kami tak turun bermain. Anak-anak pun tidur dalam kereta. Malas nak kejutkan. Aku cuma turun sorang-sorang di lookout melihat pemandangan.


Habis idea dah nak meronda ke mana. Last aku datang Canberra bulan April haritu. Kami tengok hot air baloon, pergi muzium, picnic tepi tasik. Sekarang November, datang lagi Canberra. Banyak tempat yang dah pergi. Tahun sebelum-sebelumnya pun dah datang tengok festival tulip di Commonwealth Park.

Sakan meronda ukur jalan, sedar-sedar jam dah pukul 3.40petang. Bajet 3petang datang semula. Terus kami kelam kabut ke pejabat konsulat semula untuk ambil dokumen yang dah siap. Mujur last port kami lepak berhampiran jer. Suami aku tidur jap dalam kereta masa tu. Aku dan Wafiya main dengan Wafiq sambil makan. Terkocoh-kocoh kami bergegas semula ke pejabat konsulat 3.40petang.

Suami just drop aku di pagar. Aku sorang jer masuk ambil dokumen dan duit baki. Setel. Alhamdulillah. Siap segala. Dokumen ni boleh bawa balik Malaysia untuk buat MyKid. Of course number tengah kad pengenalan Wafiq tak sama macam kita. Kalau kita IC Perak, 08. Kalau IC Kedah, 02. Wafiq pula mungkin 83 kerana lahir di Australia. Aku tak rancang lagi nak buat passport Wafiq secepat yang mungkin sebab passport aku pun nak mati this incoming January. Cadangnya nak buat sama-sama. 

Borang H sebagai dokumen kelahiran di luar negara

Aku ingatkan Wafiq dapat surat beranak sama macam kita. Rupanya dokumen yang kita dapat tu nama dia Borang H. Konfius aku. Kita isi borang nama borang ialah Borang D. Tapi bila kita dapat, ianya borang H. Hahaha. Camtu pulak yer. Surat beranak Wafiq hanyalah satu iaitu surat beranak Australia.

Kami singgah di masjid Canberra yang terletak berhadapan pejabat konsulat Malaysia untuk solat. Terimbau kenangan solat dengan family mertua aku di sini semasa kami ke festival tulip tahun 2019. 


Kawasan pejabat konsulat Malaysia ni penuh dengan pejabat konsulat negara lain. Semua bangunan tersusun dan berada dalam satu kawasan. Ada konsulat Singapura, Indonesia, Jerman. South Africa, Thailand, British dan banyak lagi negara lain. Menarik setiap bangunan membawa identiti negara masing-masing. Kita dari Malaysia of course identiti kita 5 kelopak bunga raya.

Kami bertolak pulang ke Sydney dan singgah beberapa tempat sepanjang perjalanan untuk isi minyak, beli slurpee (suhu 24darjah terasa panas sungguh bila matahari terik), singgah park lain lagi untuk susukan Wafiq. 8 malam baru kami sampai rumah. Walaupun ni pengalaman pertama Wafiq roadtrip and long journey dalam kereta, Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan urusan semua selesai.


Keesokan hari, kami dapat maklumat dari rakan-rakan dari pejabat Education Malaysia (EMA) yang Mobile Program Sydney akan diadakan 14 November nanti untuk sesiapa yang nak renew passport dan ada juga servis untuk new application passport for newborn macam Wafiq. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala. Cantik susunan dan aturan tarikh. Lepas ni kalau border buka for international student, dah boleh terus book tiket flight. Passport dah siap masa tu.

Untuk kawan-kawan yang ada dokumen tak lengkap atau korang ada apa-apa soalan, aku sarankan korang telefon pejabat konsulat and tanya macam mana nak selesaikan sebab aku kurang pengetahuan kalau ada dokumen yang tak lengkap. Proses aku sangat straight forward dan tiada cabaran. Aku tengok resit bayaran, baru aku tahu nama wanita yang berurusan dengan aku dari telefon sehingga ke kaunter ialah Puan Leila. She is friendly and kind person. InshaAllah dia boleh jawab soalan korang kalau ada dokumen korang yang tak lengkap. Overall, aku puas hati dengan servis yang diberikan oleh Puan Leila. Aku pada asalnya agak kecut perut juga kalau terima layanan kurang memuaskan seperti yang aku terima dari Pengarah *AR* Sydney such a bullshit tu, tapi tidak di sini. Syukur. Puan Leila sangat baik dan korang rasa selesa nak berurusan. Lebih baik korang telefon dulu tanya siap-siap sebelum korang sampai di pejabat tengok ada yang tak lengkap. Kita permudahkan orang, orang permudahkan kita. 

Semoga urusan korang juga dipermudahkan.

Terima kasih juga buat rakan-rakan yang membantu, memberitahu maklumat dan berkongsi pengalaman dalam urusan daftar kelahiran anak di sini. Aku sangat hargai. Moga ukhwah kita sentiasa berpanjangan dan harmoni di rantauan ini.

Terdetik juga dalam hati aku, kenapa bukan orang Malaysia yang bekerja di kaunter pejabat konsulat? Kenapa bangsa lain? Dalam masa yang sama, aku rasa bersyukur kerana bangsa lain yang jaga kaunter. Korang faham-faham lah kan kalau sesama melayu juga di kaunter. Semacam seram weh. Malas aku nak citer sebab nanti akan berbunyi memburukkan. Tapi level budi bahasa sesama kita masih berada di aras bawah. Sejak aku "terkena" dengan Pengarah M*R* Sydney beberapa bulan lepas, aku jadi fobia nak berurusan dengan orang Malaysia. Serious serik. Seminggu aku rasa macam tak bernyawa. Dia punya kesan tu menikam jiwa. Ni incoming Mobile Program yang nak datang Sydney renew passport ni, tah macam mana pulak nasib aku. Aaa ghisau *_* . Bagus juga bangsa lain yang jaga kaunter. Dia sambut kita dengan senyuman. Bahasa elok dan menyenangkan. Hilang gusar dan debaran.

Selepas ni, kalau orang tanya aku, 

"anak kau warganegara Australia ke?"

aku boleh kasi link blog post ni. Malas nak cakap panjang-panjang an an.

Setiap negara berlainan syarat auto kerakyatan. Kena ambil maklum latarbelakang sesebuah negara. Untuk negara yang sangat kurang populasi senang dapat auto kerakyatan. Tapi tak semua negara macam tu. Di Australia, kalau Wafiq nak citizen Australia, dia kena stay 10 tahun di Australia. Tapi kena ingat, Malaysia tak benarkan dual citizenship. Satu sahaja. Kalau Wafiq nak kerakyatan Australia, dia kena lucut kerakyatan Malaysia. Semestinya aku pilih kerakyatan Malaysia. Aku kalau boleh, biarlah sampai ke penduduk tetap jer. Permanent Resident, iaitu kita boleh duduk selama mana kita nak tanpa perlu sentiasa renew visa. Kita boleh ulang alik balik Malaysia melawat keluarga dan bercuti. Permanent Resident dapat benefit sama jer dengan citizen kecuali tak boleh mengundi. Itu saje. 

Baik buruk negaraku, itulah tanah tumpahnya darahku. 

Malaysia tetap di hati.

No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...