Thursday, 23 September 2021

Pengalaman Berkhatan Bayi Lelaki di Sydney, Australia

Masyarakat kita kurang pendedahan untuk khatankan anak lelaki ketika masih bayi.

Kami buat keputusan untuk khatankan anak lelaki semasa masih bayi. Di Australia, khatan hanya dibenarkan untuk bayi lelaki sahaja. 

Macam biasa, ramai yg akan cakap kesiannya masih kecik lagi. Takde kenangan majlis kenduri kendara. Nantilah, bagi dia merasa sakit, baru anak jantan. Aku hormati setiap perbezaan pandangan. Tapi hormatilah juga keputusan yang kami buat ni. Kami pun ada alasan mengapa nak khatankan ketika masih bayi.

Pada awalnya, aku tak diberi pendedahan tentang khatan semasa bayi. Tapi bila aku tengok adik aku khatankan anak lelakinya semasa masih bayi, baru aku terbuka mata, luaskan fikiran. Ingatkan darjah 3 baru boleh sunat. Cucu lelaki atok yang pertama berkhatan di Nigeria. Cucu atok yang berikutnya berkhatan di Australia. Ok, atok belum ada lagi majlis khatan di Malaysia.

Semasa aku mengandung, kawan tempatan di sini khatankan anaknya semasa berusia 21 hari. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan Indonesia khatankan anak seawal masih bayi. Mereka semua sudi kongsikan maklumat nama doctor dan klinik yang mereka pergi untuk berkhatan.

Selepas aku bersalin, aku agak struggle mental dan fizikal. Rasa tak bersedia untuk khatankan anak kerana diri aku sendiri pun belum stabil lagi. Bila aku pergi check up baby, doctor GP tanya, bila nak sunat? Dah sunat ke belum? Dari situlah aku rasa, oh. Kena sunat juga ni masa bayi. Nampak macam di sini dah biasa sunatkan bayi seawal yang mungkin.

Agak keberatan juga pada mulanya untuk ke klinik dalam tempoh lockdown. Aku rasa tak selamat. Aku pilih klinik berdasarkan harga dan review yang bagus serta tarikh yang sesuai. Tapi klinik tu postpone kan tarikh, jadi lagi lambat. Takpelah. Aku fikir, boleh juga kumpul duit. Bukan murah sebenarnya.


Di klinik, aku tengok yang datang pun ramai nak khatankan anak mereka. Semuanya masih bayi lagi. Masih halus. Orang-orang dari Middle East country biasanya memang berkhatan semasa bayi. Tiba-tiba aku rasa macam aku ni dah terlambat ke? Yang datang semuanya sempoi dan selamber. Ada yang datang berdua, bapa dan anak. Mudahnya bagi mereka. Ada yang berkhatan usia 7 hari. Suami aku tanya, kami ni dah terlambat ke? Sebab kat situ kami rasa Wafiq jer paling besar. Dia cakap takpe. Bila-bila pun boleh. Yang budak besar dalam 7 or 8 tahun berkhatan selalunya orang Bangladesh.

Cara yang digunakan oleh doctor yang khatankan Wafiq ialah menggunakan gunting, cup kecil dan benang. Kalau klinik lain, ada yang doctor pakai laser. Dibiusnya sekali.  Aku agak scary melihat proses ni. Jauh jauh aku berdiri. Mujur ada suami. Lepas kulit dipotong, doctor buang terus sekali dengan gunting. Terdetik jugak aku. Gunting memang pakai buang ke? Aku tengok memang doctor tu pakai buang jer gunting tu. Wafiq hanya menangis semasa proses khatan sebab tak biasa dengan stranger. Bila selesai, daddy dukung terus senyap. Doctor kasi nombor telefon, kalau ada apa-apa berlaku, boleh tanya terus. Doctor pesan untuk beli Betadine di farmasi dan sapukan pada kulit. Cup yang dipasang akan tertanggal dalam masa kurang seminggu.


Lepas tu kami balik, macam takde apa-apa berlaku. Boleh mandi macam biasa. Boleh pakai pampers macam biasa. Boleh menyusu macam biasa. Boleh dukung macam biasa. Wafiq ok. Tak meragam. Mommy jer yang takut lebih. Doctor cakap mungkin dia akan merengek dalam 4 hingga ke enam jam selepas bius. Tapi Wafiq ok jer. Macam biasa. Macam takde apa-apa berlaku.

Khatan semasa bayi amat mudah dijaga, itu kelebihan utama. Tak perlu penjagaan makanan kerana bayi masih menyusu. Dan kita nak kurangkan risiko jangkitan kuman. Selain itu, korang boleh research sendiri kebaikan berkhatan semasa masih bayi. Nak cakap lebih-lebih karang, ramai tak setuju sunat time masih bayi.

Harga berkhatan di Sydney, Australia mengikut usia. Lebih awal, lebih murah. Lagi bayi, lagi murah. Lagi besor, lagi mahal sehingga mencecah ribuan ringgit. Balik dari klinik, kawan aku yang juga merupakan doctor di sini beri idea supaya aku try claim insuran. Aku tak yakin pada mulanya boleh claim. Tapi bila aku try claim, tengok-tengok boleh claim. Duit terus masuk. Cepat dan pantas. Hepi lah kan. Sape tak hepi. Duit... Kita bayar insuran, takkan nak biar saja. Dapat hasil pulangan, rasa lega. Aku claim insuran duit berkhatan weh.. Mana nak dapat kalau di Malaysia.

Begitulah pengalaman kami khatankan Wafiq semasa berusia 4 bulan lebih. Juga pengalaman khatan di Australia. Si kakak pun ambil berat dan ada contribution terhadap adiknya. Masa mengandung, sesi check up dengan midwife, midwife dah pesan siap-siap, khatan bayi perempuan tidak dibenarkan menurut undang-undang. Andai tertangkap, akan dipenjarakan. Aku dah pernah cerita pada post sebelumnya.


Berkhatan adalah tidak asing bagi negara Australia. Ramai pakar yang boleh lakukan dan beri servis terbaik. Bukan kita saja orang Islam yang tahu hukum hakam. Cuba luaskan pemikiran tu sikit.

Tak cuba, tak tahu. Dah cuba, baru tahu.

Berkhatan ketika masih bayi is highly recommended!


No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...