Ada beberapa test yang aku lalui sepanjang check up mengandung di sini.
EDINBURGH PERINATAL DEPRESSION SCALE
Aku dapat satu kertas kena jawab. Soalan berbentuk menguji
kesihatan mental kita. Itu yang mereka titikberatkan jika mengandung. Penting untuk
mereka tahu tentang perasaan dan kebolehupayaan kita untuk jaga diri dan
kandungan. Adakah kita bersedia dengan kandungan ini? Adakah kandungan yang
kita rancang? Yang kita mahukan? Atau kandungan yang tidak dijangka.
Selesai menjawab soalan, midwives / doctor akan semak dan
beri markah. Skor markah tersebut ditulis dalam kad kuning. Terpampang di muka
hadapan, berapa skor markah depression kita. Healthy ataupun tidak. Jika kita
mengalami tekanan, mereka akan buat tindakan susulan.
Bagus ujian ni. Mengandung dan melahirkan bukan perkara
mudah. Si ibu yang melahirkan perlukan sokongan. Ada juga short interview di
mana midwife akan tanya sejauh mana bantuan suami kat kita selama ni. Tak
bantu, siap lah! Ada yang tolong membela nasib.
Korang bleh google "Edinburgh Perinatal Depression Scale" kalau nak tengok soalan dia macam mana
Yg ni lebih kurang soalan yang aku dapat. |
CHECK SUNAT IBU MENGANDUNG JENIS APA
Yang ni ramai yang terkejut masa aku share kat story. Aku
pun terkejut. Cuba untuk hubungkaitkan apa kaitan masa kita sunat kecik kecik
dulu dengan beranak. Benar orang kata, bila merantau, bertambah luas
pengetahuan. Ada saja penemuan baru yang aku jumpa. Aku belajar sesuatu.
Rupanya ada satu amalan sunat oleh bangsa luar sana yang pelik-pelik.
Aku cerita pasal sunat perempuan. Bukan sunat lelaki. Sunat lelaki tu memang wajib dan takde pelik-pelik. Yang aku cerita ni sunat masa kita kecik.
Midwife akan check kita sunat type berapa. Kalau didapati
kita sunat type yang pelik pelik tu, kena buat preparation sebelum beranak.
Kita dari Malaysia tak sunat pelik-pelik. Biasa jer. Boleh tolak jika tak
mahu midwife periksa. Midwife pun sebut sunat tu "sunat" sebab dia
dah biasa akan hal ini.
Sesungguhnya aku berminat untuk lebih tahu. Sesi tersebut
agak lama kerana midwife berbesar hati untuk kongsi dengan aku statistik negara
mana yang buat sunat pelik-pelik tu dan juga tujuannya.
Kalau korang nak tahu sunat pelik-pelik tu, korang boleh
google dan search "Female Genital Mutilation".
Midwife juga ingatkan aku bahawa di Australia, tidak
dibenarkan sunat bayi perempuan. Andai tertangkap, ke penjara lah jawabnya.
Hanya lelaki sahaja yang boleh disunatkan.
GROUP B Streptococcus (GBS)
Simple test. Doctor kasi cotton bud besar untuk swab kat
vagina. Test ni bertujuan untuk check ada infection /bakteria atau tak.
Biasanya dilakukan semasa kandungan week 35 hingga ke 37.
eSwab |
GLUCOSE TEST
Test yang paling kontroversi. Ramai rakan-rakan di Malaysia
mengajar aku "trick" untuk tidak tersangkut sugar test. Tapi
sebenarnya tak dapat dipraktikkan di sini. Aku akan cerita pengalaman aku
tentang glucose test ni di posting berlainan.
ni aku dapat free |
Gitulah sedikit sebanyak yang aku dah lalui di sini. Kalau
di Malaysia, ibu mengandung ada buku pink. Kat sini hanya pakai kad kuning yang
dilipat tiga. Takde kena tanda baby gerak. Just a simple card only yang ada
detail kita dan next date appointment.
Kita sambung next post. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment