Kehadiran suami sangat dialukan semasa ultrasound dan juga ketika bersalin. Tak kiralah semasa pandemic ataupun tidak, suami digalakkan hadir bersama isteri.
Suami juga terlibat sama dalam ujian darah dan pengambilan
vaksin.
Suami aku dipanggil untuk membuat ujian darah thalesemia.
Selain itu, suami digesa untuk mengambil vaksin whooping cough
sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum baby lahir. Sesiapa yang tinggal bersama
baby dalam satu rumah diwajibkan mengambil vaksin whooping cough. Nasib kome
lah para suami yang mana takut jarum.
Semasa check up bersama midwife buat kali pertama, ada interview yang menanyakan sokongan suami ketika proses ingin mempunyai anak, ketika mengandung dan juga ketika anak dilahirkan nanti. Kalau suami tak bertanggungjawab, siaplah nanti. Ada tindakan susulan akan diambil. Kebajikan wanita di sini sangat dipelihara dan dilindungi. Bukan suka-suka buat anak dan serah segala kepada isteri. Sedangkan ingin mengandung lagi sudah ditanya adakah kandungan ini dimahukan atau dalam keadaan tidak bersedia. Mental health amat dijaga supaya si ibu tidak mengalami tekanan.
Semasa bersalin, suami wajib ada memberi sokongan dan
menemani isteri ketika proses melahirkan anak. Doctor juga membenarkan suami
untuk proses memotong tali pusat anak yang baru lahir. Kira macam perasmian lah
ni 😁
InshaaAllah. Kali ini kami menimba pengalaman baru pula.
Syukur, suami selalu beri kerjasama.
No comments:
Post a Comment