Satu persatu pengalaman aku tulis dalam blog ni. Pengalaman berhijrah, pengalaman sekolahkan anak, pengalaman ambil ujian IELTS dan PTE. Kali ni aku nak cerita pengalaman mengandung pulak.
Segala puji bagi Allah. Dialah pemberi rezeki dan segala nikmat yang aku kecapi hari ini.
Terang-terang aku cerita betapa struggle nya aku nak berhijrah. Aku ingat orang faham yang kami tak de plan menambah ahli keluarga dalam tempoh nak berhijrah. Tapi, manusia mana boleh tengok orang senang, kan. Luncur laju jer tanya soalan, "bila nak tambah adik Wafiya?"
So annoying, u know.
Aku tau lah bila masa sesuai untuk menambah ke ape ke.
Bila kita berhijrah ke luar negara, kita bukan boleh terus-terus nak mengandung dan beranak kalau takde info atau kefahaman tentang proses tersebut. Aku lebih suka ianya teratur dan terancang. Aku lebih suka persediaan. Bersedia untuk mahu ada ahli keluarga baru. Sebagai penghijrah, sudah tentu setiap keputusan perlu ditimbang tara. Perlu tahu macam mana kalau certain perkara terjadi. Perlu tahu bagaimana pula proses kalau mengandung kat sini, kena pergi mana? Klinik mana? Berapa cas bayaran? Beranak di mana? Bukan semudah di Malaysia. Semua tersedia dan kita dah tahu cara macam mana, kena pergi klinik, buka buku pink dan sebagainya. Bukan semua negara sama.
Semasa aku memohon visa, dari awal lagi memang kena beli insuran, Overseas Student Health Cover (OSHC). Aku beli insuran BUPA. Kalau takde insuran, maka tak lengkaplah permohonan visa. Macam mana nak submit visa kalau application tak lengkap, kan? So, insuran ni wajib.
Insuran akan cover segala kos check up semasa mengandung dan juga bersalin dengan syarat, MELEPASI TEMPOH MATANG SETAHUN.
Jadi, kalau nak beranak FREE, kena tunggu tempoh matang insuran SETAHUN. Aku cakap BERANAK free sebab masa check up mengandung ada sedikit kos out of pocket. Beranak punya kos memang FREE jer. Bill hospital semua insuran cover.
Bermaksud, selepas setahun baru boleh start mengandung dan beranak kalau nak insuran cover. Kalau kaya, korang boleh terus mengandung jer, abaikan insuran. Kalau kaya, lah.
Ok, post ni tak mau cerita lagi segala kos. Aku cerita kat post lain, PART 2.
Aku lahirkan Wafiya secara czer. Aku memang plan nak gap 3 tahun seperti yang disarankan oleh doctor. Masuk tahun ketiga, aku dan suami plan nak berhijrah kan. Jadi, kami berhijrah dulu ke Australia tanpa memikirkan nak tambah anak. Pong pang pong pang pong, kami sampai juga ke Australia akhirnya. Cari rumah sewa, kerja, cari duit, cover balik modal yang dah dikeluarkan.
Di tahun pertama, agak struggle untuk sesuaikan diri. Bermain dengan emosi. Rasa nak balik ke Malaysia. Rindunya Malaysia. Tak suka cuaca di Australia. Ingatkan nak balik Malaysia, tapi kami teruskan perjuangan di sini untuk dapatkan permanent resident (PR). Setahun ni lah tempoh matang insuran tu berlalu.
Di tahun kedua, aku usahakan ambil PTE bagi memenuhi syarat PR. Tup tup, covid lah pulak. Kami sambung lagi tinggal di sini. Study course aku dah habis. Tak tau nak study ape lagi dah untuk sambung visa. Suami aku pulak study untuk kami ada visa untuk terus tinggal di sini. Dah tu, aku nak buat apa di rumah? Dah lah suami aku bekerja. Suami aku jugak study. Then, aku come out with an idea. Apa kata aku duduk rumah. Mengandung, beranak dan jaga anak di rumah. Kalau tak, bila lagi nak menambah. Dah bertahun hold. Wafiya pun sejak dah mula sekolah, dia teringin nak ada adik sebab dia nampak kawan dia datang sekolah dengan mak dan adik di dalam stroller.
Pada awalnya suami aku tak setuju sebab covid. Selepas beberapa bulan, covid di Sydney mula reda. In the meantime aku ada pegi office insuran BUPA, tanya insuran aku dah melepasi tempoh matang ke? Insuran dah mula cover ke untuk mengandung dan beranak. Banyak kali orang yang kerja kat office tu bagitau yang insuran dah mula cover kalau aku mengandung dan beranak. Naik cemuih dah orang tu tengok muka aku jer rajin datang office, bertanya.
Kami rancang, kalau boleh, nak anak lahir before 31 July. Sebab kalau lahir selepas 31 July, nanti anak akan setahun delay mula sekolah. Macam Wafiya, umur 5 tahun dah Kindy dan umur 6 tahun dah masuk Year 1. Gitu! Macam-macam aku kan.
Sebaik mana pun kita merancang, kuasa Allah tiada tandingannya. Jika ini masa yang terbaik, selari dengan rancangan kami, maka kurniakanlah ya Allah.Alhamdulillah, Allah izinkan. Selepas tu aku mengandung!
Itupun aku tak sedar mulanya. Sebab aku suffer sakit kulit. Takleh kena matahari. Aku duk fikir lah kenapa kulit muka aku jadi macam ni. Merah, panas, cekang selepas kena matahari. Ingatkan allergic ke ape. Sampai aku pergi pakar kulit. Melayang duit aku beratus dollar tanpa tahu punca. Sedar tak sedar rupanya aku mengandung. Memang! Selepas tamat first trimester, sakit kulit tu hilang. Pulih macam biasa.
Aku sibuk merawat kulit sampai aku tak tahu yang aku mengandung. Sedarpun sebab tak datang period dah 5 hari. Aku minta husband pergi Chemist Warehouse, belikan pregnancy kit. Tapi husband aku takmau. Dia kata, nanti kalau dah tau mengandung, mulalah nak pitam lah, mual lah, muntah-muntah lah. Hahahaha.. Aku cepuk laki aku ni kang!
Aku kan tak boleh keluar rumah. Nanti kena matahari, sakit lagi kulit muka aku. Akhirnya husband aku belikan jugak pregnancy kit. Yerlah. Aku kena tahu jugak sebab aku masa tu ada makan ubat lain untuk merawat kulit muka aku ni. For safety, lebih baik tahu awal.
Aku test guna pregnancy kit tu sambil tangan menggeletar. Neves baq ang. Pastu aku bagitau Wafiya jer. Haha. Husband aku memang dah teka yang aku mengandung. Wafiya punyalah excited. Macam-macam dia tanya. Kenapa perut tak besar? Bila baby nak keluar?
Selepas dah tau pregnant, ha kena buat apa? Kena pergi mana? Kena buka buku pink macam di Malaysia ke? Jem. Aku biul beberapa hari. Duk tertanya-tanya.
Baru aku teringat yang aku ada kawan doctor kat sini. Mulanya nak rahsiakan jer dari kawan-kawan. Tapi, mane mau nyer. Kalau rahsia, stuck lah aku. Kawan aku cakap, nanti dah 11 weeks macam tu, pergi jumpa GP (General Practitioner). Kalau di Malaysia, kita tak panggil GP. Semua sebut "doctor" dan "klinik" jer.
So, 11 weeks aku call klinik untuk set an appointment.
Aku jumpa female GP yang memang aku dah biasa dengan dia.
"I think that I am pregnant."
"Masha Allah... Is this planning or unplanned?" GP aku tanya. Dia muslim.
"This is planned pregnancy. We want it"
GP terangkan kat aku flow nyer macam mana. Kena pergi mana? Kena test apa? Kena buat apa?
"Since you are private patient, I think you better go to private hospital"
"Why? Is the public hospital not good?"
Ni salah satu perkara yang mengganggu fikiran. Kalau nak pergi hospital swasta macam mana? Kalau pergi hospital kerajaan, macam mana pulak?
Awal-awal masa aku tak tau prosedur memang macam ni. Serabut. Tak faham lagi macam mana dengan klinik, hospital, insuran. Aku selalu share dekat story. Sampaikan ada sorang kawan suggest aku supaya balik ke Malaysia. Terkejut gak aku dengan pandangan yang tak diundang. Bukanlah aku jenis yang tak boleh terima pandangan orang. Tapi agak-agak lah kan. Kena faham pendirian aku juga. Kasut aku tak sama dengan kasut kawan aku tu. Situasi aku tak akan sama dengan situasi kawan aku tu.
Tengah pandemik ni, untuk balik ke Malaysia tu memang boleh. Tapi untuk pulang ke Australia semula, tak boleh. Australia tutup border. Hanya citizen dan PR Australia jer yang boleh masuk Australia semula. Jadi, tak boleh lah balik Malaysia mengandung dan masuk Australia semula.
Dan, apa gunanya aku bayar insuran mahal-mahal, takmau guna coverage yang insuran tawarkan semasa mengandung dan bersalin. Rugi. Tak menikmati insuran yang aku beli.
Bila dah nampak yang aku ni jenis suka menimba pengalaman, sudah tentu aku nak merasai macam mana pengalaman mengandung dan beranak di luar negara. So, pandangan kawan aku totally tak boleh pakai. Biasalah awal-awal aku runsing sebab tak tau cara lagi. Ni dah tau cara, aku siap kongsi lagi.
Cukuplah korang tanam rasa percaya bahawa aku orang yang sentiasa mengambil langkah persediaan dalam setiap perkara. Semestinya ada juga perkara yang aku silap. That's ok. Aku tak perlu jadi hero dalam semua hal. Perasaan tu berbeza bila kita dah bersedia nak hadap dengan tak bersedia apa-apa.
Keseluruhannya, ia berbeza dengan cara kita di Malaysia. Aku lalui dengan rasa teruja. Macam biasa, setiap perkara ada pro and cons. Aku tak suka melebihkan negara mana yang lebih bagus sistemnya. Cukup sekadar aku kongsi apa yang aku lalui di sini. Terpulang pada korang nak nilai mana yang bagus, mana yang outdated. Sebaiknya, tak perlu nilai pun. Hanya aku minta korang buka minda, lapangkan dada, rasai sama-sama pengalaman aku di sini.
No comments:
Post a Comment