Sepanjang aku duduk di Australia, aku tak merasa makan kerang. Balik bercuti ke Malaysia tahun lepas, memang aku masukkan ke dalam list menu nak makan kerang cicah sambal kicap atau air asam. Tapi sayang, hajat tak kesampaian. Mak kata susah nak jumpa kerang ketika tu.
Pernah aku jumpa di Sydney Fish Market, tinggal beberapa butir kerang dijual. Saiznya amat menyeramkan. Besar betul. Berbulu-bulu. Meremang pulak nak makan. Harga pun agak mahal. Aku pendamkan saja niat nak makan kerang.
Kerang yang dijual di Sydney Fish Market |
Selepas raya, aku perasan ramai kawan-kawan aku di Sydney pergi mengutip kerang di sekitar Wollongong. Biasanya diorang kutip dekat Yallah Bay. Meriah aku tengok. Semua masuk ke dalam air kutip kerang kemudian barbecue. Aku rasa macam tak sanggup pulak nak suarakan kat suami aku suruh kutip kerang. Sebab? Sebab masa tu musim sejuk. Cuaca sejuk, air sejuk. Mau kecut semua kalau turun ke air mengutip kerang. Mai tang sejuk, aku dan suami memang cukup menyampah. Boleh bebai.
Tapi, ada satu hari di musim sejuk, cuaca elok sunny. Suhu cecah 20 degree ke atas. Kawan suami ajak kami pergi mengutip kerang. Aku dan suami tak mahu lepaskan peluang. Kawan pun ada, lebih meriah. Cuaca pun elok, tak terlalu sejuk, tak terlalu panas.
Tapi kami bukan kutip kerang di Yallah Bay. Aku pun tak pasti area mana. Sebab kami follow jer dari belakang kereta kawan. Tapi sekitar Wollongong juga. Port ni tak ramai orang gi kutip kerang. Memang dapat banyak hasil.
Amaran limit kerang yang boleh dikutip |
Untuk mengutip kerang di Australia perlu ada lesen. Begitu juga kalau pergi memancing. Perlu mohon lesen. Kita di Malaysia mana ada lesen-lesen bagai. Belasah jer kutip. Mungkin ini adalah cara Australia menjaga marine diorang.
Kerang yang dikutip mempunyai limit per individu. Tak boleh kutip banyak sesuka hati. Seorang hanya boleh kutip 50 biji. Ada juga siput sedut di sini. Siput sedut dihadkan kepada 20 biji seorang. Memang diorang betul-betul jaga hidupan laut. Kerang besar-besar. Sempatlah kerang tu membesar dan membiak kalau kita hadkan pengutipan.
Suami aku sudah awal lagi mohon lesen memancing. Lesen itu juga digunakan untuk mengutip kerang. Siap dibawa jika ada patrol kawasan meronda. Kami pernah dengar kawan kami kena denda sebab kutip kerang melebihi had. Samannya berharga ribuan dollar. Menakutkan. Tak boleh buat main kalau kena saman di sini. Menurut cerita kawan aku, kita tak boleh pandang ringan. Mula-mula dia sangka tak ada patrol yang meronda, tetapi patrol tu sentiasa ada meronda dan patrol tersebut akan kira setiap butir kerang yang dikutip.
Bukan biasa-biasa patrol yang meronda. Siap lengkap kamera gopro di kiri kanan badan serta di hadapan dan di belakang. Merakam segala perbualan. Kalau kita beri alasan tak tahu akan hal lesen ataupun had kutipan, patrol tersebut akan bawa pesalah ke papan amaran tersebut yang dipacak di tepi tasik. Siaplah tadah telinga mendengar ceramah dari patrol tersebut. Saman tetap juga dikenakan.
Begitulah pengalaman rakan aku sendiri. Bukan cerita kawan atas kawan. Ini cerita dia. Nangis tak berlagu kena saman ribuan ringgit. Tak boleh dibuat main atau sambil lewa. Peraturan di sini sangat ketat.
Document yang membenarkan kita memancing dan mengutip kerang |
Suami aku dan rakan-rakan turun ke tasik Illawara mengutip kerang. Tugas aku adalah mengambil gambar dan menjaga Wafiya sambil mengira berapa banyak telah dikutip.
Selesai mengutip kerang, kami memandu beberapa minit untuk aktiviti berbarcue. Aku dah siap bekalkan sambal kicap dengan cili dan bawang. Kawan aku siap dengan nasi dan perapan ayam. Memang best dan inilah budaya di Australia. Asal weekend jer semua beroutdoor. Mungkin boleh jimat elektrik di rumah.
Aktiviti mengutip kerang |
Rakan kami memilih tempat berkelah yang sangat menarik pandangan. No complain. Semua cukup bagi aku. Dekat tepi laut. Dekat juga dengan toilet. Dekat dengan parking kereta. Puas hati. Overall, memang aku suka.
Pemandangan orang di sana sini beriadah |
Burung ni datang dekat dengan kami semasa berkelah |
Seriously, aku berasa puas makan kerang kali ini. Bertahun dah tak makan, terbayar segala kesabaran sebelum ini. Suami aku tengok aku makan bersungguh. Kerang rebus mahupun kerang bakar. Banyak betul aku makan. Kerangnya besar dan tak kotor berpasir. Elok sangat. Tak banyak kerja.
Semasa kami berkelah, mencuci dan membakar kerang, ramai orang sekeliling terutama orang Asean from Korea dan China datang dekat pada kami dan bertanyakan dari mana kami dapatkan kerang. Mereka memang pemakan kerang jika dibandingkan dengan bangsa lain. Teruja diorang tengok kerang kami.
Kami berborak, makan. Borak, makan. Sehinggalah tiba hari nak gelap, kami cepat-cepat kemas. Nak berjalan menyelusuri pantai untuk melihat sunset.
Hari yang cukup baik. Bersama rakan. Perut kenyang senang hati. Kami dihidangkan langit cantik berwarna ketika sunset. Indahnya berada di Australia. Segalanya cukup. Betapa dekat rasanya dengan pencipta alam semesta. Subhanallah.
Aku percaya, saat ini tidak bisa diulang kembali. Aku kutip kenangan. Aku ambil gambar sebanyak mungkin. Untuk aku abadikan. Andai kata aku pulang ke Malaysia suatu hari nanti, aku sudah ada banyak gambar kenangan untuk ditatapi.
Eh, touching pulak rasa bila tengok sunset. Menyedari mungkin kami tinggal di Australia tak lama. Pendek kata, tinggal di mana-mana pun bukannya kekal. Suatu hari akan meninggalkan dunia juga.
Kami bertolak balik ke Sydney selepas maghrib. Ada sesuatu terjadi ke atas diriku. Aku baru perasan semasa dalam perjalanan. Malam itu, aku tak dapat tidur dengan lena.
Nak tahu apa terjadi, baca post seterusnya.
Tak sabaq nak baca next post!
ReplyDelete