Sahabat kami tak lama lagi akan pulang ke Malaysia for good. Kebetulan, kami dua family mempunyai seorang anak perempuan yang lebih kurang sama baya. Jadi, kami merancang a trip hala ke north from Sydney untuk mencipta kenangan bersama sebelum mereka pulang.
Yang paling teruja pastilah Wafiya bersama rakan baiknya, Medina.
Tak de perancangan beria-ia pun sebab kami memang tinggal di Australia. Trip kami santai dan mahu explore tempat-tempat yang bukan tourist spot. Takde tekanan atau paksaan untuk kejar masa.
Long jetty |
Trip kami bermula awal pagi. Aku dan suami ke rumah Murni di Parramatta dan menaiki satu kereta untuk percutian kami. Minyak petrol murah. Penginapan pun tak mahal mana. Kami kong-kongsi dan bawa bekalan makanan serta sedikit bahan mentah untuk masak di dapur penginapan.
Sekali-sekala bercuti, memang seronok. Tambah pula ini adalah percutian pertama semasa Covid-19. Situasi Covid-19 di sini semakin reda.
Swan dari Parry's Jetty |
Selepas jalan-jalan di Parry's Jetty, barulah kami ke Long Jetty dan berhenti makan. Berkelah dengan pemandangan yang sangat menarik.
Senang bawa diorang dua orang ni. Baik sangat. Really nice kids both of them |
Tengoklah pemandangan tu. Menarik kan? Australia memang banyak picnic spot. Bagi yang kami memilih untuk makan makanan halal, ada bagusnya picnic spot macam ni dan menjimatkan belanja tak perlu makan di kedai.
Sejarah tentang Long Jetty |
Kemudian kami gerak ke kawasan sekitar The Entrance. Kami kan berjalan santai.
No comments:
Post a Comment