Kindygarten bermula seminggu selepas sesi persekolahan New South Wales dibuka iaitu pada 5 February bagi sekolah Wafiya. Wafiya tidur awal malam sebelum tu. Aku tanya siap-siap nak lunchbox apa. Banyak sungguh dia request. Macam la habis makan tu. Dia yang bersemangat, aku turutkan ajer.
Sesi persekolahan bermula agak lewat. Masa ni, Facebook aku penuh segala cerita ragam sekolah di Malaysia. Aku perati jer sebab Australia masih cuti sekolah. Ini kerana Australia memulakan cuti persekolahan agak lewat kerana diorang sambut Christmas sekali dengan cuti New Year. Jadi, sekolah pun mula lewat bila cuti pun lewat.
Sesi persekolahan dan term break berbeza di setiap negeri di Australia. Walaupun di bawah satu naungan negara yang sama, tetapi sistem berbeza mengikut negeri. Jadi, cuti sekolah tak sama antara negeri.
Cuba bayangkan kalau Kedah, Perak dan Perlis cuti sekolah lain-lain tarikh. Haha.
Memandangkan husband tak bekerja ikut office hour, jadi ini adalah peluang untuk aku dan suami sama-sama menghantar Wafiya ke sekolah. Nanti jadi kenangan buat kami. In future entah-entah suami aku bekerja ikut office hour kat anak yang lain. Mana tahu kan. Jadi, kesempatan sekarang ni kena ambil peluang. Suami aku ok ajer.
Hari pertama sekolah, aku siapkan uniform malam sebelumnya. Pagi pula siapkan lunchbox. Kemudian bangunkan Wafiya pukul 7.30pagi. Sesi persekolahannya bermula pada pukul 9pagi. Agak menarik bagi aku. Aku suka sekolah start lambat. Jadi aku tak akan tergopoh-gapah siapkan lunchbox pagi-pagi. Wafiya pun dapat bangun lewat sedikit.
Jarak sekolah Wafiya dengan rumah hanya 800meter. Aku dan suami berjalan kaki dengan Wafiya. Hantar dia ke sekolah. As a parents, kami pun excited juga. Maklumlah, pengalaman pertama hantar anak ke sekolah. Sekolah yang lain dari tanah air sendiri pulak tu.
Bag Wiggles tu special from Philip for Wafiya |
Sampai di sekolah, semua murid berbaris di assembly area mengikut kelas masing-masing. Tak lama. Tak sampai 5 minit pun kemudian yang lain masuk kelas kecuali kindygarten yang baru mula sekolah harini.
Kindygarten masih menunggu di assembly area. Nama murid dipanggil mengikut kelas. Baru aku tahu kelas Wafiya yang mana. Tak ramai anak-anak yang menangis. Ada sorang dua jer. Selesai nama Wafiya dipanggil, dia berbaris dan menunggu semuanya dipanggil dan terus guru kelas Wafiya bawa diorang masuk ke kelas. Eh eh... macam tu jer? Tak sempat aku nak pesan apa-apa kat Wafiya.
Harap dia ok lah. Risau juga aku. Fikir macam mana dia buka lunchbox nanti. Fikir macam mana dia ke tandas nanti.
Dah tiba-tiba terus masuk ke kelas tanpa sempat pesan apa-apa, termangu juga aku. Eh mudah. Macam tu jer.
Aku dan suami jalan kaki balik rumah. Tak de apa pun nak cerita. Macam tu saja pengalaman hantar anak ke sekolah pada hari pertama. Kami hanya dapat melihat suasana persekolahan. Pukul berapa Wafiya rehat pun kami tak tau.
Sampai rumah, terasa sunyi pula. Kalau kat Malaysia ni, aku dan suami pasti boleh lepak warung makan roti canai. Sedih pula dan teringat Malaysia tanah air ku. Di sini, bosan jer pagi-pagi punya menu.
Wafiya tamat sesi persekolahan pada jam 3 petang. Aku rasa macam waktu cepat sungguh berlalu. Siap masak tengah hari, solat, dah kena bersiap ambil dia di sekolah. Suami aku pun lepak jer di rumah, tak keluar bekerja sebab nak tunggu kepulangan puteri kesayangan balik sekolah.
Sekali lagi kami suami isteri berjalan kaki ke sekolah untuk ambil Wafiya. Jam 2.40petang tu kami dah keluar menapak berjalan kaki. Sampai di sekolah, cikgu beri pengumuman bahawa parents kena jumpa guru kelas baru boleh ambil anak balik. Kira kena greet teacher dulu lah.
Tengok murid-murid kindy semua pakai crown kertas. "My first day at kindygarten" . Wafiya nampak happy sangat. Takde adegan nangis-nangis. Mudah mommy daddy. Wafiya seronok pegi sekolah dengan cara tu, dia dapat mengisi masa lapang dan bersosial. Di rumah, dia sorang jer. Kawan dengan mommy daddy.
So, balik dari sekolah, dia cerita nama kawan dia Katalia. Kawan dia teman dia ke tandas. Macam biasa, calit tissue. Luar negara macam ni mana ada water pipe. Seminggu sebelum mula sekolah, memang aku ada ajar Wafiya cara guna tissue. Aku beli toilet tissue untuk Wafiya pakai di rumah. Practise sebelum ke sekolah.
Lunchbox nya tak habis. Mula-mula jer berangan nak macam-macam. Tapi bila dah jumpa kawan, seronok main. Sapa nak tunggu kalau makan lambat.
Lunchbox first day Wafiya. Banyakkan. Ni semua kehendak dia. |
Overall, camtu jer lah pengalaman hari pertama sekolah buat kami sekeluarga. Kalau di Malaysia, aku tengok ibu bapa boleh teman sampai habis waktu. Boleh teman di kantin sampai takde tempat duduk. Kat sini, tak dapek lah gitu. Aku pun tak tau Wafiya rehat berapa kali dan pukul berapa. Betul-betul hantar, dan ambil anak jer di hari pertama.
Esoknya aku tanya cikgu kelas Wafiya. Rupanya diorang rehat 3 kali. Amboi. Pegi sekolah rehat banyak kali dan lama pulak tu. Rehat kedua tu 45 minit hanya untuk main sahaja. Rehat pertama crunch and sip tu wajib makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Wafiya in kindygarten hanya makan lunchbox di dalam kelas bersama kawan-kawan. Lagipun kantin diorang ni mana ada meja dan kerusi. Murid yang besar-besar, diorang makan di perkarangan sekolah dengan kawan-kawan. Ada meja dan bangku di bawah pokok untuk murid-murid lepak.Interesting! Budaya ni boleh sampai ke besar bawa lunchbox.
Alhamdulillah, selesai urusan persekolahan Wafiya. Daripada nak enrol dia sehingga beli uniform dan masuk ke sekolah, dipermudahkan. Syukur. Bermulalah rutin baruku. Menyiapkan anak ke sekolah setiap hari. Aku ingat nak bekerja semasa di di sekolah. Tapi bila tengok balik banyak kerja aku tergendala di rumah, aku simpan dulu hasrat untuk bekerja.
Salah satunya ialah PTE. Ya, aku struggle for PTE exam. Dulu aku ambil IELTS, tapi tak lepas. Jadi kali ni aku nak ambil PTE pula. PTE nampak lagi sesuai dengan aku. IELTS dan PTE ni ialah peperiksaan for english language. Peperiksaan ni penting untuk migrate ke luar negara, untuk study ataupun penduduk tetap. Aku kena sattle yang ni dulu baru boleh fikir untuk bekerja. Lagipun aku rasa masa tu berlalu sekejap sangat. Pukul 9.30pagi sampai rumah. Pukul 2.30petang dah keluar ambil Wafiya. Masa yang ada tu aku basuh baju, kemas rumah, memasak, beli barang dapur. Habis gitu jer masanya.
Oklah. Itu jer nak cerita. Sudi-sudikanlah subscribe youtube channel Wafiya. Aku buat video ni sebagai kenangan buat dia nanti bahwa dia pernah bersekolah di sini. Sesuatu yang amat berharga dalam sejarah kami.
Till then. Thanks for reading!
Interesting ....
ReplyDeleteSis share la Pula harian time MCO... Australia mcm Mana...? Penduduk, pelajar Dan semua la mcm Mana keadaan Kat Sana...
Boleh boleh. Masih dalam draft hehe.. terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog sy.
DeleteSaya peminat setia sis...😁🤭
ReplyDeleteauwww.... terima kasih byk2 sis
DeleteExcited betul wafiya nak pergi sekolah baru. Sangat berani dan confident. Tak nampak takut2 pun. Nak tanya, sebelum wafiya pindah ke sini,wafiya memang pernah belajar di mana2 international school ke sebelum ni?
ReplyDeleteWafiya sangat2 nak ke sekolah. Mungkin dia boring sorang2 di rumah. Ajak pergi vaksin sebab sekolah minta pun dia ok jer. hehe.. Wafiya tak pernah ke mana2 sekolah sebelum ni. Masa saya bekerja dulu, dia duduk dengan pengasuh jiran saya. Dan sejak ke Australia, dia tinggal dengan saya jer di rumah. Doakan Wafiya yer. Terima kasih kerana sudi baca blog saya.
Delete