Sunday, 5 January 2020

Australia Bushfire Crisis

Sudah beberapa bulan sebenarnya Australia gempar dengan keadaan bushfire yang kian merebak. Tapi baru sekarang Malaysia nak terkejut. Baru viral sana sini. Kebakaran seluas 5juta hektar baru Malaysia alert akan hal ni.

Beginilah keadaan siang semasa bushfire berhampiran Blue Mountain berlaku.
Musim panas di Australia bermula pada bulan December hingga February. Tapi, belum pun masuk musim panas lagi dah awal-awal berlaku kebakaran iaitu semasa di musim bunga. Bermaksud musim bunga lagi dah panas sehingga menyebabkan kebakaran. Jika dibandingkan tahun lepas, musim bunga banyak menerima hujan. Wet weather. Tapi kali ini musim bunga sangat panas. Ada bunyi yang menyatakan ini angkara manusia. Tapi ianya hanya khabar angin dan tiada fakta sahih.

Bushfire yang dasyat. *gambar dari google

Australia panas dan kering memang mudah berlakunya kebakaran. Kalau korang roadtrip di kawasan luar bandar, pasti akan ternampak sign board warning yang memberitahu level possibility fire warning. Itu biasa. Yang luar biasanya ialah kebakaran berlaku seawal musim bunga iaitu sebelum menjelang musim panas. Bayangkan bagaimana nak menghadapi krisis ini lagi sebulan lebih tempoh lamanya.

Mengikut forecast, tiada kemungkinan hujan akan berlaku dalam masa terdekat di mana keluasan kebakaran kian bertambah. Jika ada pun cuma shower. Tidak cukup untuk memadam api kebakaran. Hujan yang lebat berpanjangan dan berlarutan beberapa hari baru cukup untuk meredakan kebakaran which is tiada dalam forecast.

Menurut pengalaman aku di Sydney, berlaku dua kali jerebu teruk di bandar Sydney di mana masa tu kebakaran teruk berlaku di kawasan berhampiran iaitu 2 jam jarak memandu dari Sydney city. Jerebu yang teruk yang tak pernah aku alami. Langit oren di siang hari bagai berada di planet lain. Siang berwarna oren segala. Gelap. Even tutup tingkap pun bau asap kuat. Jerebu teruk di Sydney city adalah semasa kebakaran di kawasan berhampiran Blue Mountain. Firefighters berhempas pulas menyelamatkan kawasan tersebut kerana dikhuatiri merebak hingga ke Three Sisters iaitu tempat tumpuan pelancong yang menjadi kebanggaan Sydney. It is world heritage.

Kebakaran di sekitar Blue Mountain adalah yang berhampiran sekali dengan rumah aku dan Sydney City. Lain-lain kawasan adalah sangat jauh dari kawasan rumah aku. New South Wales menghadapi kawasan kebakaran kawasan yang paling luas jika dibandingkan dengan state yang lain. Dari utara New South Wales, ianya merebak ke bawah sehingga ke ACT dan sempadan Victoria. Dalam masa yang sama ia berlaku di Kangaroo Island, South Australia.

Krisis bushfire ini tidak pernah terpadam secara keseluruhannya. Ianya merebak dari satu kawasan ke kawasan lain. Ia mudah merebak dibawa angin. Apabila angin meniup, ia membawa serpihan daun yang terbakar dan daun tersebut hinggap ke kawasan lain dan berlakunya kebakaran di kawasan baru.

Beginilah api dibawa angin lalu kebakaran merebak ke kawasan lain. *gambar dari google

Seperti yang Malaysia lihat dalam berita dan artikel di internet, ya. Banyak haiwan telah terkorban, rumah musnah dijilat api, snow resort yang pernah aku pergi dulu pun habis semua terbakar. Seperti yang kita maklum, Australia sangat memelihara haiwan dan hutan. Apabila ini berlaku, ianya sangat memberi impak yang besar bagi netizen disini. Firefighters terkorban semasa meredakan kemarakkan api, kereta bomba hangus terbakar dan pelbagai insiden yang menyayat hati selama beberapa bulan ini.

Selwyn Snow Resort semasa aku pergi September lalu

Selwyn Snow Resort kini selepas dijilat api. *gambar dari Fb page Selwyn Snow Resort

Sebelum

Selepas.

Aku dapati amat sukar untuk mendapatkan face mask di sini. Aku cari merata semua sold out dan stock akan sampai lagi seminggu. Harga facemask pun sangat mahal. Dulu masa aku kerja di kilang face mask tu buat pakai buang jer. Sedih pulak aku rasa. Dulu dibuang-buang. Sekarang nak dapat pun susah. Aku memang duduk rumah jer masa jerebu. Nak pergi tengok firework on New Year pun aku tak tergamak bila membayangkan ada insan lain sedang berhempas pulas meredakan kebakaran. Mujur tahun lepas aku dah pergi dan merasai sambutan tahun baru di Sydney Harbour Bridge. Sebab aku tak pasti akan sambut new year tahun ni lah aku pergi tengok firework tahun lepas.

Sekeping $6 di Pharmacy Priceline

Sekarang sangat susah nak dapat hujan hingga level takungan air sangat rendah. Fire ban dan water restricted dikuatkuasakan. Dilarang menyiram pokok sesuka hati, ada waktu tertentu dan dikehendaki menggunakan bucket untuk siram pokok. Tak boleh guna hose dan basuh kereta sesuka hati. Andai tertangkap, saman dikenakan sebanyak $220. Tapi kalau kereta terlalu kotor pun kena saman juga 😑

Water restriction. *gambar dari NSW website




Begitulah senario sekarang. Terima kasih kawan-kawan yang bertanya khabar. Nampaknya kalian alert dengan fire crisis yang berlaku di Australia. Kalau di Malaysia dulu, aku sembang membawang mengisi masa lapang. Apabila tinggal di sini, nampaknya soal berapa suhu setiap hari lebih menarik untuk aku beri perhatian. Pengalaman tahun ini lebih mencabar dari tahun lepas.

Treasure the moment!




No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...