Friday, 31 January 2020

Yuran Sekolah di Australia

Ramai yang concern tentang yuran sekolah di Australia kan. Boleh baca post aku yang lepas tentang proses dan yuran. Tapi ingat, pengalaman aku ialah di New South Wales, state yang aku diami sekarang ini.

Corak pemerintahan Australia berbeza mengikut state. Jadi, untuk sekolah anak, ikut arahan state education masing-masing. Kalau di Melbourne, ikut state education Victoria. Kalau di Sydney, ikut state education New South Wales. Kalau di Perth, ikut state education di Western Australia. Kalau di Brisbane, ikut state education di Queensland.

Rules and regulation, term break, yuran sekolah semuanya berbeza mengikut state education. Malah, antara sekolah dengan sekolah pun berbeza uniform. Begitulah sekolah di Australia ni.


Jadi, bagi yang berniat untuk berhijrah dan mempunyai anak yang bersekolah, sila rujuk website di state education masing-masing. Jangan risau, maklumat di website adalah terkini dan reliable. 

Perihal sekolah anak, yuran adalah menjadi point utama. Pertama sekali, yuran adalah berbeza mengikut state education. Kedua, yuran sekolah anak berbeza mengikut jenis visa.

Langkah pertama ialah semasa kita membuat permohonan penempatan sekolah, maklumat visa perlu dinyatakan dengan jelas. Kemudian pihak state education akan menentukan berapa jumlah yuran yang perlu dibayar. Semakin meningkat level/grade/umur sekolah anak, semakin tinggi yuran mereka. 

Had umur minimum persekolahan juga berbeza mengikut state education. Sebagai contoh, di New South Wales menerima anak yang akan melangkah umur 5 tahun pada tahun tersebut dan yang lahir sebelum 31 July. Aduh, boleh faham ke ayat ni? hehe. Kalau anak itu berumur 5 tahun pada tahun tersebut tapi lahir pada Oktober, makanya, anak itu akan memulakan tadika pada tahun berikutnya. Kalau lahir sebelum 31 July, kiranya awal setahun lah dia. Kalau lahir after 31 July, anak itu akan lewat setahun sekolah. Itu kalau di New South Wales. Kalau di Western Australia, cut off nya pada bulan Mei.

Macam Wafiya, dia lahir sebelum 31 July, jadi dia dapat ke sekolah awal. Nanti kalau dia masih bersekolah di sini, umur 6 tahun dia dah masuk year 1. 

Istilah tadika tu pun berbeza mengikut state. Di New South Wales, flow nya begini : Pre-school >> Kindergarten >> Year 1. Manakala di Victoria ialah: Kindergarten >> Preschool >> Year 1. Aku dapat detect hal ini apabila brainstorming dengan rakan-rakan dari berlainan state.

Aku pernah buka beberapa website state education di Australia. Secara kasar, yuran bagi kindy atau sebelum masuk Year 1 bagi pemegang student visa ialah begini:


Ini ialah yuran bagi setahun persekolahan mengikut state. Of course ini bukan tepat. Harga akan berubah mengikut jenis visa. Aku cuma nak beri anggaran kasar yang korang boleh buat untuk persediaan berhijrah. 

Student visa pun depends juga pada sector apa. Kalau parents student PHD biasanya yuran persekolahan anak akan dapat waived. Jadi, yuran sekolah anak tak perlu dibayar. Peringkat master pula berbeza mengikut state. Kalau di New South Wales, parents yang buat master by research sahaja dapat waived yuran sekolah anak. 

*betulkan maklumat di ruang komen jika ada saya silap.

Kalau anak berumur 12 tahun contohnya, jadi, yuran anak lebih mahal dari state yang saya senaraikan di atas ni.

Sekali lagi aku ingatkan. Ini bukanlah tepat. Pihak education state yang akan decide exactly harga yuran. Ini secara kasar bagi pemegang student visa.

Ok. Aku rasa sattle dah semua aku cerita tentang urusan persekolahan. Lepas ni nak cerita pengalaman sekolah anak dan sistem persekolahan pulak.

Terima kasih korang kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku.

Thursday, 30 January 2020

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 4 : Uniform Sekolah

Masa pergi pejabat enrol Wafiya, kan aku dapat satu fail penuh khazanah maklumat tu kan. Dalam tu siap ada maklumat kat mana boleh beli uniform sekolah. Setiap sekolah, berlainan uniform. Nak tukar sekolah kena fikir banyak kali juga sebab bertukar uniform.

Antara sekolah pun tak sama uniform. Kesemua uniform ini dijual di satu warehouse. Pihak sekolah dah beri maklumat lengkap. Contoh pemakaian dan ada senarai harga uniform. Maklumat masih relevant dan harga masih sama seperti yang tertera.

Aku tunggu duit cukup baru pergi beli uniform Wafiya. Lagipun, menunggu visa untuk tahun yang baru pun sama. Masa ni kami masih bridging menanti student visa yang baru. Rugi pulak kalau beli uniform siap-siap sebelum dapat tahu confirmation status renewal visa.

Tetapi, pada akhir bulan January masih belum dapat jawapan status visa. Sekolah nak bermula lagi seminggu. Maka aku decide untuk beli juga uniform Wafiya. Tapi beli yang penting jer dulu.

Setiap musim berlainan uniform. Oleh kerana sekarang baru musim panas, aku jimat-jimat beli uniform musim panas dulu. Selebihnya aku tunggu status visa baru beli uniform musim sejuk.

Aku dan Wafiya berjalan kaki ke perhentian bas. Kami menaiki bas dan turun 300 meter dari warehouse yang dituju.

Tu gudangnya berwarna biru
Apabila masuk ke warehouse tersebut, agak terkejut begitu banyak uniform dari pelbagai sekolah. Aku disambut mesra oleh staff. Tanpa melengahkan masa dia tanya sekolah mana dan dia suggest saiz yang bersesuaian dengan Wafiya.

Terus dia masukkan dalam cart dan menghantar kami ke fitting room. Wafiya so excited. Tersenyum aku melihatnya.

fitting room

Anak aku dah besar rupanya. Teringat aku masa kecil. Emak membelikan uniform sekolah untuk aku. Kini giliran aku pula membesarkan anak dengan tangan sendiri. Hakikatnya, anak kecil tidak tahu bahawa mereka melangkah ke alam persekolahan bertahun lamanya. Kira-kira 13 tahun.

Satu persatu uniform kami cuba. Tak de masalah. Memang saiz tu jer pun yang ada. Bagi kanak-kanak kindygarten.

Apabila setuju, aku membayar harga uniform. Total $260. Agak tercekik juga. Nasib baik baru anak sorang. Kalau anak berendet. Baru faham struggle nya mencari duit kalau anak ramai.

Kami terus berjalan kaki keluar menunggu bas untuk pulang.

Honestly aku agak terkial-kial dalam menyiapkan persekolahan Wafiya. Kalau di Malaysia kita dah tahu uniform nya macam mana. Aku tak tahu rule kat sini macam mana. Stokin yang macam mana. Kasut yang macam mana. Kasut sukan yang macam mana. Mujur sempat aku ambil nombor telefon kenalan Indonesia yang merupakan penduduk tetap di sini. Sedikit sebanyak dapatlah ganggu beliau dengan soalan-soalan simple tapi buat aku celaru.


Katanya, kasut sekolah boleh beli jenama Mary Jane. Satu hari aku ke Aldi cadangnya nak beli alat tulis sekolah Wafiya. Tapi ternampak ruang kasut sekolah Mary Jane dijual. Aku ambil sepasang.

Selepas ke Aldi, aku meronda pula ke Target. Aku terjumpa lagi kasut Mary Jane. Tapi yang ini lebih selesa. Lagi sedap dipijak. Aku beli juga. Kasut yang aku beli di Aldi tu aku pulangkan dan dapat refund. Bagitulah. Tak salah terlajak membeli. Tak suka, boleh pulangkan. Tak perlu berjalan kaki berulang kali untuk pegi beli balik.Yang mana jumpa rembat terus. Sebab ni pengalaman pertama aku.

Yg kanan tu Mary Jane beli di Aldi. Aku return yg tu sebab macam keras dan tak selesa.

Aku cari juga kasut sukan. Tak jumpa yang berkenan. Jadi aku hold dulu tunggu betul-betul apabila sekolah bagitau kanak-kanak kindy memulakan sport day diorang baru aku beli. Dapat juga berjimat dan beli yang mana penting dulu.

Suami aku semedang suruh beli jer semua. Untuk puteri kesayangan dia. Tugas aku menyukat dan mengukur kewangan. Tau bajet, rangka timeline untuk membelanjakan wang. Hidup sekarang dah tak seperti dulu. Dulu mewah dan senang. Sekarang sukat duit setiap minggu.

Apapun, syukur dengan pengalaman yang baru. Aku lebih menghargai apa yang ada.

Wafiya akan memulakan sesi persekolahannya. Tak ku sangka dia akan bersekolah di sini. Aku sangka kan mungkin kami akan kembali ke Malaysia sebelum dia menjengah umur wajib ke sekolah. Due to some circumstance, Wafiya dah kena ke sekolah.

Gembira dia dapat menyarung uniform dress. Dengan sepatu hitam. Syukur Alhamdulillah. Rezki Allah Taala bagi di bumi asing ini. Terima kasih daddy, mencari rezki buat kami.

Sedikit panduan harga uniform sekolah anak-anak di sini. Ni pakaian sekolah rendah di public school.






Wednesday, 29 January 2020

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 3 : Yuran Sekolah

Sambung cerita lepas hantar borang ke NSW Education Department. Kali ini cerita tentang proses teknikal untuk sekolahkan Wafiya.



Selepas NSW Education Department terima borang kami, kami di cas sebanyak $110 untuk processing fee. Kemudian pihak mereka akan proses permohonan "Authority to Enrol". Diorang akan tengok jenis visa parents untuk menentukan berapa yuran yang dikenakan.

Part ni paling berdebar dan kena belajar terima hakikat. 😭 Yuran Wafiya adalah sebanyak $9800 per year untuk kindergarten. Itu adalah kos yuran yang perlu dibayar kepada NSW Education Department. 

Seperti yang aku ceritakan dalam post sebelum ini, umur Wafiya dah kena ke kindergarten. Oleh kerana Wafiya akan berumur 5 tahun pada tahun 2020, dan Wafiya dilahirkan sebelum 31 July, makanya Wafiya dah kena ke sekolah walaupun umur dia baru 4 tahun beberapa bulan. 

Kalau lahir selepas 31 July, boleh bersekolah mengikut tahun seperti di Malaysia iaitu 6 tahun tadika, darjah 1 ketika berusia 7 tahun. 

Tapi sebab Wafiya lahir sebelum 31 July, makanya Wafiya sekolah awal setahun. Bermakna Wafiya akan masuk Year 1 pada umur 6 tahun. 

Aku mungkin boleh tak sekolahkan Wafiya lagi buat masa ini JIKA visa kami masih ada. Disebabkan visa tamat December dan kami decide nak stay lagi, jadi untuk apply visa baru, makanya aku kena enrol kan Wafiya ke sekolah menurut syarat immigration.

Ini yuran di sekolah kerajaan. Primary School. Wafiya bersekolah kindergarten di public school. Sekolah rendah bersama murid year 1, year 2 and so on.. gitu.

Aku dikategorikan dalam VET sector, so yuran Wafiya $9800 untuk 1 year Kindergarten

Untuk lihat anak kita entitle fee waived atau tak. Aku dalam kategori subclass 500 Vocational and Training sector.

Kami diberi pilihan untuk bayar sekali langsam $9800 ataupun secara dua kali bayaran. Aku pilih dua kali bayaran. So, aku bayar $4900 untuk setengah tahun (satu sem).

Pihak NSW Education department akan mengeluarkan surat COP (Confirmation of Placement) yang menyatakan Wafiya berjaya didaftarkan di bawah state education dan confirmation sekolah pilihan. Antara kita dengan pihak sekolah, hanya perlu bayar school levy sebanyak $80. Uniform kena beli sendiri. Lain sekolah, lain uniform ya. Tak sama seperti di Malaysia.

"Pesanan buat sesiapa yang berhajat untuk berhijrah, yang mempunyai anak bersekolah, dokumen COP diperlukan oleh pihak immigration. Umur wajib anak ke sekolah pun berlainan dengan Malaysia. So, kena siapkan duit yuran anak sebelum submit visa application".

Ramai yang ingin berhijrah tapi mempunyai kekangan kewangan tambah lagi yang mempunyai anak 2 atau 3 orang. Impian terkubur begitu sahaja. Ini kami baru ada Wafiya seorang. Selain yuran, kos insuran juga perlu disediakan. Tiada insuran, tak lengkap lah permohonan visa dan tak boleh submit.

NSW Education Department adalah state education kami kerana kami tinggal di New South Wales. Berlainan state, berlainan harga yuran. Difahamkan yuran untuk Western Australia lebih mahal. Tetapi depends pada jenis visa parents. Di New South Wales, parents yang study Phd diberi fee exemption for child school.
 
Semua maklumat boleh didapati di website state education masing-masing. Aku akan rumuskan fee exemption condition mengikut jenis visa pada post akan datang. Harga yuran mengikut berlainan state. Bermaksud, kalau tinggal di Sydney, state education ialah New South Wales. Kalau tinggal di Melbourne, state education ialah Victoria. Kalau tinggal di Perth, state education ialah Western Australia. Dan aku nak ingatkan, antara ke semua state ini ialah berlainan cara, proses dan harga yuran. Tak sama. Sydney, Melbourne dan Perth tak sama harganya.

Harap maklumat di atas sedikit sebanyak membantu bakal penghijrah untuk membuat persediaan di masa akan datang.

"Berhijrah dengan menggunakan student visa sangat memerlukan komitmen yang banyak tambahan lagi jika bawa anak bersama."

Di sebalik kegirangan Wafiya menyarungkan uniform sekolah, terselit bayangan seorang daddy yang rajin bekerja untuk membayar yuran puteri kesayangannya 😢

Tuesday, 28 January 2020

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 2 : Parents Seminar

Ada tiga sesi antara pihak sekolah dgn parents. Sebab aku daftar lambat, sempat pegi satu seminar jer.

Bermula dengan sesi pendaftaran, Wafiya dibawa oleh buddy untuk ke classroom. Wafiya didedahkan dengan persekitaran kelas kindergarten yang sebenar.Manakala parents masuk ke dewan untuk sesi seminar. Ada jamuan ringan untuk parents. Minuman jus, teh, biskut dan kek lapis Sarawak.




Aku duduk di bahagian hadapan. Siap bawa pen. Tekun menulis apa yang aku dengar dalam sesi taklimat. Dalam aku kusyuk dengar taklimat, aku toleh ke belakang. Rupanya aku sorang jer yg menulis. Mak mak yang lain tangan silang peluk tubuh.


1. Speech Pathology

Taklimat pertama dimulakan dengan speech pathology. Pihak sekolah menjemput speech therapist dari pihak luar. "We teach sound, not alphabet" kata beliau. Kalau sound tak betul, nanti ejaan pun tak betul. Pentingnya sound development dan language development dalam perkembangan anak-anak. No problem kalau anak bercakap dua bahasa iaitu bahasa inggeris dan bahasa ibunda katanya. Parents diberi kesedaran supaya lebih alert jika anak mengalami masalah speech delay. Beliau juga mewar-warkan bahawa kanak-kanak di Australia diberi insentif 5 sesi untuk berjumpa dengan therapist. Sememangnya peluang ini rugi jika tidak digunakan. Therapist turut memberitahu antara punca anak speech delay ialah disebabkan penggunaan gadget secara berlebihan dan kurang eye contact dengan ibu bapa which is lead to communication breakdown.

2. Reading

Jika sebelum ini parents diberi kesedaran melalui brochure tapi kali ini pihak guru pula menerangkan dengan lebih jelas kepentingan membaca. Sebagai ibu bapa, kita berperanan untuk peruntukkan masa untuk bacakan buku kepada anak-anak. Sebelum memulakan pembacaan, tanya soalan kepada anak, buku ini tentang apa, beri peluang kepada anak untuk terangkan cover buku tersebut menggunakan daya kreativiti mereka dan habiskan bacaan dengan beberapa soalan ringkas untuk menguji kefahaman. Pihak guru juga menekankan peranan parents supaya bawa anak consults dengan speech therapist lebih awal, bukan serahkan bulat bulat kepada pihak sekolah untuk mendidik anak sehingga pandai membaca. Ianya perlu bermula dari rumah. Pihak guru khuatir jika anak ketinggalan dalam menyebut phonics dan mengeja serta akan lewat membaca.

3. Counting

Guru menunjukkan hasil kerja anak murid kepada parents dalam pembelajaran counting. Bukan menghafal. Mereka perlu faham makna di setiap number. Sebagai persediaan anak-anak sebelum menginjak sesi persekolahan, parents kena kreatif dengan mengaitkan persekitaran dan penomboran.

Ibu bapa yang hadir. Majoriti di sini muslim

Selepas sesi taklimat, aku ke classroom menjemput Wafiya pulang. Sempat berkenalan dengan warga Indonesia yang merupakan permanent resident di sini. Dan aku ambil kesempatan untuk spend beberapa minit melihat persekitaran sekolah.

Wafiya tunjuk sticker yang teacher bagi. Aku lihat budaya memberi sticker kepada anak-anak di sini sangat menular. Any achievement or accomplishment yang diorang buat, pasti dapat sticker. Hal ini nampak simple tapi memberi impak besar kepada anak-anak. Sticker jer pun Wafiya excited.

Semasa sesi pendaftaran tadi, sempat aku lihat kantin Wafiya. Tak semeriah kantin sekolah di Malaysia. Tiada bangku dan meja serta kurangnya kepelbagaian juadah. Aku tak pasti kt mana cikgu cikgu makan. Aku dapati banyak bubbler disediakan demi menggalakkan anak-anak minum air banyak. Dalam office, di perkarangan sekolah, di kantin aku selalu terdengar cikgu pesan kepada anak murid supaya jangan lupa minum air. "Drink a lot of water, buddies" pesan guru. Amboi. Buddies panggil nyer.

kantin sendu sekolah Wafiya

Di sudut lain pula, aku lihat anak-anak menyiapkan diri dengan pakaian renang. Aku tanya nak pergi mana since aku tak nampak swimming pool di dalam sekolah. Rupanya setiap minggu ada kelas renang bagi murid Year 2 di swimming pool city council. Mereka menaiki bas yang disediakan dan dibimbing oleh guru pengiring. Aktiviti ini adalah di dalam waktu sekolah. Bukan sesi petang mahupun hari cuti. Australia kaya dengan kepelbagaian pantai dan swimming pool. Jarang jumpa anak2 yg tak pandai berenang. Aku yang dewasa ni pun duduk tepi jer sebab tak pandai berenang. Budak lain celepuk celepak pandai berenang.


siap - siap nak pergi swimming

Begitulah pengalaman aku enrol Wafiya ke sekolah. Tak terfikir pula yang pihak sekolah rajin jemput speech therapist luar. Aku tak pasti di Malaysia bagaimana sebab aku tak ada pengalaman. Inilah yang aku dapat ceritakan senario sistem di sini.

Sambung kisah yuran Wafiya pulak...

Monday, 27 January 2020

Urusan Sekolah Anak di Sydney, Australia - PART 1 : Enrolment

 THROWBACK November lalu...

"Eh... Berapa umur Wafiya skrg?"

"Baru 4 tahun 4 bulan kalau ikut bulan ni." jawabku.

"Tahun depan dia 5 tahun kan? Dia lahir bulan berapa?"

Aku jawab, "10 July 2020 baru 5 tahun. Kenapa yer?"

Kawan aku balas lagi, "Eh Nana. Dia kena sekolah dahla tahun depan."


Aku tersentak. 😲 Teringat yg rancangan aku dulu tergendala sebab nak hantar ke day care depan rumah ni $100 per day. Disebabkan mahal, aku kuburkan niat utk hantar ke mana2 selagi umur dia belum 6 tahun utk ke tadika.

"Tapi Wafiya baru 5 tahun. Wajib ke pergi sekolah?"


"Australia lain, nana. Sini cut off 31 July. Wafiya lahir 10 July. That means 10 July 2020 dia turns 5 dah wajib ke tadika awal tahun 2020. Umur dia 6 tahun nanti dia masuk Year 1. Sini awal, Nana. Sepatutnya sekarang dah kena enroll siap2. Kalau penuh, masuk dalam waiting list. Lagi lambat."

Aku mula menggelabah. "Habis tu aku kena buat apa ni?". Aku mula teringatkan jadual vaksin Wafiya tertangguh gara2 tak jadi ke day care bulan September lalu. Duduk jauh dan luar kebiasaan kita di tanah air buat aku jadi blur tak tau nak mula dari mana.



Berjalan kaki ke sekolah Wafiya. Permukaan mendaki.

Dalam kesibukan aku prepare PTE dan persiapan visa, aku terlepas pandang persekolahan Wafiya. Hidup di tanah asing, semuanya kena buat sendiri. Alert sendiri. Mujur ada kawan yg suddenly tanya umur Wafiya. Aku ingatkan 6 tahun baru wajib ke tadika. 😣

Keesokan harinya, aku buat appointment klinik dan lengkapkan vaksin mengikut syarat NSW Health. Apa-apa hal, sattlekan vaksin dulu, senang. Kemudian aku call sekolah yang terdekat untuk dapatkan maklumat lanjut.

Dalam perbualan telefon, pihak sekolah confirmkan umur Wafiya terlebih dahulu dan alamat rumah. Jika alamat berada dalam buffer sekolah, boleh daftar di sekolah tersebut. Aku pilih public school yang jaraknya hanya berjalan kaki dari rumah. Wafiya akan ke Kindergarten di primary school berhampiran, which is big school for her.

Aku dapati wujud perbezaan istilah Kindergarten mengikut berlainan state. Di New South Wales, kindergarten ialah tadika sebelum memasuki Year 1. Manakala di Victoria, pre-school ialah tadika sebelum memasuki Year 1. Ini yang aku faham selepas bertukar pendapat dengan rakan-rakan berlainan state. Walaupun di bawah satu negara, Australia mempunyai peraturan berlainan mengikut state.
  

Aku ke pejabat sekolah dan bawa beberapa dokumen penting antaranya ialah passport, visa, offer letter, AIR (Australia Immunisation Record) dan rental agreement untuk urusan pendaftaran. Dokumen tu mewakili point yang melayakkan untuk pendaftaran. Kalau tak cukup dokumen, means tak cukup point, ada masalah nanti nak enrol.

Actually, sebelum pergi ke pejabat, aku dah usha kat website sekolah dan New South Wales Education. Dah isi borang tapi lupa print out. So, aku kena isi manual lagi sekali di pejabat. Di Australia ni, maklumat di website sangat reliable. Memang boleh diharap dan up to date. Aku underestimate sebenarnya. Ingatkan borang yang aku download dari website tu bukan dia. Rupanya memang yg itu.

isi borang

Kena isi dua borang. Satu borang enrolment sekolah. Satu lagi borang NSW Education Authority to Enrol. Principal sekolah akan cop dan sign borang Authority to Enrol dan parents kena pos ke pejabat NSW Education di Wollongong. Dalam masa yang sama, aku ada scan dan sekali lagi hantar by email sebab aku risau dokumen hilang di tengah jalan ke apa. Anything kena ada back up. Sangat pantas diorang buat kerja. Laju jer reply email.

Admin office ada kasi borang nak assign anak ke religious class. Bagusnya. So, aku assign Wafiya ke Islamic class. Ada satu lagi borang consent untuk parents isi jika bersetuju membenarkan pihak sekolah ambil gambar anak-anak untuk kegunaan website dan majalah sekolah.

Lepas siap isi borang dan sign segala macam dokumen, admin kasi satu bag starter pack 🤪 banyak oi. Kalau mother-mother yang otai dan memang penduduk sini, biasanya tak hairan sangat dengan segala info yang diberikan. Tapi aku ni dah lah newbie mother, bukan asal penduduk sini pulak tu. Segalanya baru bagi aku. Ada baiknya aku baca semua untuk aku fahamkan syllabus dan budaya persekolahan anak di sini.

Starter pack jer pun dah 1 bag

Antara maklumat yang diberikan dalam starter pack :

1. Reading
Budaya membaca di Australia sangat dititikberatkan sejak anak-anak masih kecil. Dalam starter pack ini, parents disaran untuk bacakan buku kat anak. Selain spend quality time antara ibubapa dan anak, anak-anak juga dapat enrich their vocabulary melalui pembacaan. Ini telah menjadi kebiasaan dan rutin kami dengan Wafiya. Oleh kerana library hanya 300 meter menapak dari rumah, kami kerap ke library pinjam buku dan setiap malam aku akan bacakan buku kat Wafiya. Kadang-kadang daddy bacakan. Wafiya pun boleh faham dan fokus cerita yang kami bacakan. Setiap kali aku bacakan buku kat dia pasti aku akan tanya beberapa soalan ringkas untuk uji kefahaman dia. Dan kadang aku soundskan phonetic ringkas dalam buku tu. Bagi dia kenal letter, words and how it sounds. Dalam starter pack ini juga ada sebuah buku cerita kisah seekor koala bernama Daisy memulakan persekolahannya. Kesimpulannya, aktiviti membaca sangat penting di sini.

Kepentingan membaca dipupuk sejak awal lagi

2. Counting
Counting bukan sekadar anak hafal 0 until 10. Anak kena faham 2 tu berapa. 4 tu berapa. Dalam brochure ni, parents disaran untuk kaitkan persekitaran dengan number. Contoh, suruh anak tunjuk berapa fan dalam rumah, berapa door dalam rumah, benda apa yg ada 3, benda apa yg ada 4. Gitu. Fun kan? Fun learning in counting amat ditekankan di sini.

Contoh hasil kerja counting. Kreatif anak2 ni

3. Phonetics
Parents diberi jadual mengikut minggu untuk anak-anak familiar dengan certain words. Dalam brochure ni, disediakan link website untuk ajar anak-anak menyebut huruf mengikut phonetic. Ini sangat penting demi membolehkan anak-anak membaca dan menyebut perkataan. Kalau cara aku, aku buka website tersebut dan buka youtube. Wafiya cepat tangkap dan aku pun turut belajar sama sebab nanti aku yang nak ajar dia kalau dia tak ingat.

Benda ni penting. Kalau tak boleh sebut, tak boleh nak blend untuk belajar membaca


4. Speech pathology
Brochure ini create awareness to parents untuk menilai kebolehan anak dalam bercakap. Jika didapati bermasalah, ada beberapa link website untuk parents bawa anak dapatkan consultation dari speech pathology.

5. Road safety
Kesedaran pemakaian child car seat terdapat dalam starter pack ini. Kami diberi poster mengukur ketinggian bagi menentukan jenis child seat yang sesuai. Untuk pejalan kaki, interactive awareness diberikan supaya berhati2 semasa melintas dan sentiasa memegang tangan di jalan raya. Terdapat satu sistem di sekolah ini bagi melancarkan traffic semasa hantar dan ambil anak di sekolah menaiki kereta iaitu Kiss&Drop. Bagi yang menaiki bas pula, diberi maklumat untuk mendaftar Opal Student Card dan pelajar diberikan tambang percuma semasa sesi persekolahan.

Road safety awareness pun dah satu bag

6. Parents guide
Attendance ditekankan dan kesedaran akibat lewat ke sekolah juga dijelaskan. Every minutes count! Ketidakhadiran selama 8 hari dalam setahun digambarkan seolah-olah missing pembelajaran selama setahun! Omakk! Parents juga wajib menyediakan lunch box untuk anak-anak ke sekolah. Aku dapati bahawa sekolah ini tidak mempunyai fasiliti kantin yang lengkap seperti di Malaysia. Tiada bangku dan meja disediakan di kantin. Anak-anak makan lunch box yang dibawa di perkarangan sekolah seperti lepak di taman.

Aku baca tiap muka surat ni hehe

7. NSW Education
Dalam buku panduan NSW Education diterangkan syllabus pembelajaran anak-anak di sekolah. Sebagai newbie kat sini, memang aku baca semua maklumat. Nak tau juga apa yang diajar di sekolah. Apa beza dengan Malaysia? Tapi macam mana nak compare dengan syllabus di Malaysia? Kalau sesiapa ada maklumat tentang syllabus di Malaysia, boleh kongsi ya. School terms calendar date juga diberikan sebab school break berlainan date mengikut state.

cam ni lah kot syllabus depa

8. School information book.
Maklumat berkaitan sistem pentadbiran sekolah, uniform, lagu Advanced Australia Fair, lagu sekolah, barisan guru, dan peraturan sekolah.

9. Crunch & Sip
Bukan sahaja lunch box kena bawa, malah sesi Crunch & Sip pun kena bawa bekal. Basically ada dua jenis bekal kena bawa setiap hari. Crunch & Sip dan lunch. Crunch & Sip ni kena bawa sayur atau buah-buahan dan dimakan waktu recess. Anak-anak makan bekalan yang dibawa di sekitar sekolah. Tiada meja dan bangku di kantin.

Panduan untuk bekalan Wafiya ke sekolah

10. Uniform sekolah
Pihak sekolah memberi maklumat di mana untuk beli pakaian sekolah anak-anak. Setiap sekolah berlainan uniform. Setiap uniform dijual di satu warehouse.

11. Library bag
Wafiya diberikan tote bag berwarna merah dan perlu dibawa setiap hari Rabu. Wajib untuk anak-anak memilih buku di library sekolah untuk pinjaman dan dibawa pulang ke rumah. Sekali lagi kita nampak penekanan tentang pentingnya amalan membaca.

Depa punya keseriusan membaca tu tak boleh dipermainkan

12. Payment envelope
Setiap bayaran contohnya school camping atau mana-mana lawatan yang memerlukan bayaran, parents akan masukkan duit ke dalam satu envelope khas dan dimasukkan di dalam peti di pejabat sekolah.

13. Absentee note
Parents diberikan absentee note kosong untuk diisi jika anak tidak hadir ke sekolah.

14. Countdown big school
Countdown activities selama sebulan sebelum sesi persekolahan bermula diberikan buat parents sebagai panduan. Sangat penting bagi aku. So, melalui countdown ini, serba sedikit membantu aku mempersiapkan Wafiya dengan aktiviti seperti mengenali phonetics, counting, belajar tulis nama sendiri, belajar melukis basic2, cara pegang pensil dengan betul.

Sangat berguna bagi aku sebagai panduan

15. Jadual seminar for parents
Parents perlu hadir seminar persediaan anak-anak ke sekolah. Ada tiga sesi. Disebabkan aku daftar lewat, aku dapat hadir satu sesi jer. Ni aku cerita kat post lain pula.

"You looks overwhelming" kata admin office.

Memang pun. Banyak sungguh maklumat nak kena hadam. Aku perlu allocate masa untuk baca semua maklumat ni. Aku rasa aku dah cerita lebih terperinci. Penting untuk simpanan aku dan rujukan buat ibu bapa yang bakal berhijrah ke Australia.


Sambung cerita parents seminar dan yuran Wafiya pulak...

Saturday, 18 January 2020

Mentaliti orang kita terhadap Child Car Seat

Rasa sedih baca komen orang kita apabila Malaysia mengenakan peraturan mewajibkan penggunaan baby car seat apabila menaiki kereta. Apabila dikenakan saman, dikatakan Malaysia buat duit.

Apa lah sangat peraturan mudah macam tu.

Australia ni lagi ketat peraturan di jalan raya. Setakat baby car seat tu memang lama dah wajib. Di Australia, pemandu tak boleh pegang handphone. Orang sebelah tak boleh main handphone. Pemandu tak boleh hon kawan jika berselisih di jalan raya. Tak boleh memandu laju. Tak boleh memandu perlahan. Kena ikut kelajuan yang ditetapkan. Slow sangat pun kena saman! Keluar tangan ikut tingkap pun tak boleh. Kereta kotor sangat pun kena saman.

Setakat peraturan pemakaian child car seat tu pun korang dah panas hati. Cuba tengok kat sini pula macam mana.

Kalau nak kata Malaysia buat duit, Australia ni, kutip kerang lebih 50 biji pun kena saman.

Menaiki bas dua tingkat. Jalan ini hanya untuk bas sahaja.
Fikir rasional lah kawan-kawan.

Peraturan ini demi kebaikan nyawa anak kalian juga. Cuba fikir secara waras dan ilmiah. Bukan dengan perasaan benci yang meluap luap.

Zaman semakin maju, tapi mentaliti kita masih mundur. Malu!

Itu baru suruh pakai child seat dah marah-marah. Inikan pula kalau wajib semua beli insuran. Tak tau lah bagaimana.

Rata-rata yang marah sebab mempunyai anak yang ramai, tak muat kereta. Kalau di luar negara seperti Australia, kebanyakan daripada mereka mempunyai anak seramai dua atau tiga orang. Kalau anak ramai, kereta mesti besar. Kebanyakan mereka juga menggunakan kenderaan awam.

Budaya kita mempunyai anak ramai dan servis kenderaan awam masih belum di tahap yang membanggakan.

Pendapat aku, takkan nak tunggu penambaikan pada public transport baru nak mewajibkan penggunaan child seat? Takkan nak tunggu purata bilangan anak menjadi dua atau tiga baru nak mewajibkan penggunaan child seat?

Peraturan traffic light di sini ada sedikit perbezaan.

Cuba terima dengan hati terbuka. Pembaharuan dan kemajuan bukan boleh dilakukan serta merta. Ianya mengambil masa. Sedikit demi sedikit kemajuan jika diterima, lambat laun negara kita boleh jadi lebih maju. Macam mana nak maju kalau setiap isu kita cepat melatah. Sentiasa negatif.

Sepatutnya kita patut ada kemampuan berfikir dari awal lagi. Sebelum kerajaan mengenakan peraturan child seat lagi. Sepatutnya kita perlu cuba praktikkan lebih awal. Itukan demi keselamatan anak-anak.

Dalam kita sibuk memangkah kebaikan, apa kata kita munasabah diri kita. Kita ni ke arah mencari kebaikan atau ke arah yang cepat melatah?

Bangun Malaysiaku! Bangun!


Sunday, 5 January 2020

Australia Bushfire Crisis

Sudah beberapa bulan sebenarnya Australia gempar dengan keadaan bushfire yang kian merebak. Tapi baru sekarang Malaysia nak terkejut. Baru viral sana sini. Kebakaran seluas 5juta hektar baru Malaysia alert akan hal ni.

Beginilah keadaan siang semasa bushfire berhampiran Blue Mountain berlaku.
Musim panas di Australia bermula pada bulan December hingga February. Tapi, belum pun masuk musim panas lagi dah awal-awal berlaku kebakaran iaitu semasa di musim bunga. Bermaksud musim bunga lagi dah panas sehingga menyebabkan kebakaran. Jika dibandingkan tahun lepas, musim bunga banyak menerima hujan. Wet weather. Tapi kali ini musim bunga sangat panas. Ada bunyi yang menyatakan ini angkara manusia. Tapi ianya hanya khabar angin dan tiada fakta sahih.

Bushfire yang dasyat. *gambar dari google

Australia panas dan kering memang mudah berlakunya kebakaran. Kalau korang roadtrip di kawasan luar bandar, pasti akan ternampak sign board warning yang memberitahu level possibility fire warning. Itu biasa. Yang luar biasanya ialah kebakaran berlaku seawal musim bunga iaitu sebelum menjelang musim panas. Bayangkan bagaimana nak menghadapi krisis ini lagi sebulan lebih tempoh lamanya.

Mengikut forecast, tiada kemungkinan hujan akan berlaku dalam masa terdekat di mana keluasan kebakaran kian bertambah. Jika ada pun cuma shower. Tidak cukup untuk memadam api kebakaran. Hujan yang lebat berpanjangan dan berlarutan beberapa hari baru cukup untuk meredakan kebakaran which is tiada dalam forecast.

Menurut pengalaman aku di Sydney, berlaku dua kali jerebu teruk di bandar Sydney di mana masa tu kebakaran teruk berlaku di kawasan berhampiran iaitu 2 jam jarak memandu dari Sydney city. Jerebu yang teruk yang tak pernah aku alami. Langit oren di siang hari bagai berada di planet lain. Siang berwarna oren segala. Gelap. Even tutup tingkap pun bau asap kuat. Jerebu teruk di Sydney city adalah semasa kebakaran di kawasan berhampiran Blue Mountain. Firefighters berhempas pulas menyelamatkan kawasan tersebut kerana dikhuatiri merebak hingga ke Three Sisters iaitu tempat tumpuan pelancong yang menjadi kebanggaan Sydney. It is world heritage.

Kebakaran di sekitar Blue Mountain adalah yang berhampiran sekali dengan rumah aku dan Sydney City. Lain-lain kawasan adalah sangat jauh dari kawasan rumah aku. New South Wales menghadapi kawasan kebakaran kawasan yang paling luas jika dibandingkan dengan state yang lain. Dari utara New South Wales, ianya merebak ke bawah sehingga ke ACT dan sempadan Victoria. Dalam masa yang sama ia berlaku di Kangaroo Island, South Australia.

Krisis bushfire ini tidak pernah terpadam secara keseluruhannya. Ianya merebak dari satu kawasan ke kawasan lain. Ia mudah merebak dibawa angin. Apabila angin meniup, ia membawa serpihan daun yang terbakar dan daun tersebut hinggap ke kawasan lain dan berlakunya kebakaran di kawasan baru.

Beginilah api dibawa angin lalu kebakaran merebak ke kawasan lain. *gambar dari google

Seperti yang Malaysia lihat dalam berita dan artikel di internet, ya. Banyak haiwan telah terkorban, rumah musnah dijilat api, snow resort yang pernah aku pergi dulu pun habis semua terbakar. Seperti yang kita maklum, Australia sangat memelihara haiwan dan hutan. Apabila ini berlaku, ianya sangat memberi impak yang besar bagi netizen disini. Firefighters terkorban semasa meredakan kemarakkan api, kereta bomba hangus terbakar dan pelbagai insiden yang menyayat hati selama beberapa bulan ini.

Selwyn Snow Resort semasa aku pergi September lalu

Selwyn Snow Resort kini selepas dijilat api. *gambar dari Fb page Selwyn Snow Resort

Sebelum

Selepas.

Aku dapati amat sukar untuk mendapatkan face mask di sini. Aku cari merata semua sold out dan stock akan sampai lagi seminggu. Harga facemask pun sangat mahal. Dulu masa aku kerja di kilang face mask tu buat pakai buang jer. Sedih pulak aku rasa. Dulu dibuang-buang. Sekarang nak dapat pun susah. Aku memang duduk rumah jer masa jerebu. Nak pergi tengok firework on New Year pun aku tak tergamak bila membayangkan ada insan lain sedang berhempas pulas meredakan kebakaran. Mujur tahun lepas aku dah pergi dan merasai sambutan tahun baru di Sydney Harbour Bridge. Sebab aku tak pasti akan sambut new year tahun ni lah aku pergi tengok firework tahun lepas.

Sekeping $6 di Pharmacy Priceline

Sekarang sangat susah nak dapat hujan hingga level takungan air sangat rendah. Fire ban dan water restricted dikuatkuasakan. Dilarang menyiram pokok sesuka hati, ada waktu tertentu dan dikehendaki menggunakan bucket untuk siram pokok. Tak boleh guna hose dan basuh kereta sesuka hati. Andai tertangkap, saman dikenakan sebanyak $220. Tapi kalau kereta terlalu kotor pun kena saman juga 😑

Water restriction. *gambar dari NSW website




Begitulah senario sekarang. Terima kasih kawan-kawan yang bertanya khabar. Nampaknya kalian alert dengan fire crisis yang berlaku di Australia. Kalau di Malaysia dulu, aku sembang membawang mengisi masa lapang. Apabila tinggal di sini, nampaknya soal berapa suhu setiap hari lebih menarik untuk aku beri perhatian. Pengalaman tahun ini lebih mencabar dari tahun lepas.

Treasure the moment!




Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...