Dulu aku buat medical check up di Malaysia semasa nak apply visa ke Australia: - offshore application. Kali ni, aku berada di Australia, visa nak habis, aku apply baru dan buat medical check up sekali lagi : - Onshore application. Macam aku, dari student visa ke student visa yang baru. Ada juga yang dari visitor visa nak apply ke student visa, yang tu kena buat medical check up di Australia. Kalau apply visa DARI Malaysia, ada satu lagi tambahan, kena buat Biometric di Wisma MCA. Kalau apply visa di Australia, tak perlu buat Biometric.
Balik dari medical check up pergi jalan-jalan dan nampak bridge ni twisted to allow ferry pass through. |
Selepas aku submit permohonan visa buat kedua kalinya, macam biasa, action require next is Medical Check Up. Prosesnya sama juga seperti di Malaysia, kena buat appointment. Cuma di Australia terasa lebih mudah dan lancar.
Untuk book appointment date for medical check up, aku hanya buat online. Dulu di Malaysia aku call. Kalau kat Malaysia ada dua center jer di Kuala Lumpur atau di Penang. Dekat Australia lebih banyak center specific for Visa purpose.
Aku buat booking pada hari Jumaat, aku nak buat medical check up pada hari Isnin berikutnya. Rupanya tak boleh. Dalam online booking, hanya 5 hari in advance jer yang dia provide untuk kita. So, aku pun nak ikut date yang dia sarankan iaitu Khamis. Tapi aku gagal juga untuk buat booking sebab rupanya kalau tengah period tak boleh buat medical check up. 5 hari selepas period baru boleh buat medical check up. Makanya, hari terakhir aku period tu, aku mulakan sekali lagi buat booking.
Tiba hari nak buat medical check up, kami naik train dan turun di station Wynyard. Malam sebelum tu aku dah cerita kat Wafiya, kita kena buat medical check up. Wafiya so excited. Kami berjalan kaki lebih kurang 300 meter, sampai lah ke Bupa Medical Center di level 1, 35 Clarence St.
Di pintu, ada staff yang menyambut kami dengan senyuman. Kami tunjukkan passport dan dia check. Kemudian kami duduk. Ikutkan appointment kami bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Tapi kami masih lagi kena menunggu sehingga jam 1 petang baru kami dipanggil.
Kaunter depan di pintu masuk. Staff sambut dengan senyuman mesra dan check ID kita. |
Pertama sekali mereka akan check detail dan ambil gambar. Kemudian dia bagi satu folder mengandungi dokumen butiran perkara yang perlu di check iaitu Xray dan doctor check. Dokumen dan passport diletakkan dalam folder tersebut. Kami masuk ke satu bilik lain, menukar pakaian dan kami diberi locker untuk tinggalkan barang berharga dan juga handphone. Kemudian kami menunggu nombor kami dipanggil untuk urine test. Kami bertiga masuk sekaligus untuk urine test, check berat, tinggi, mata, tekanan darah. Tandas disediakan di dalam office GP tersebut. Tak perlu bawa air kencing merata2. Kalau di Malaysia, merata pulak pi tunjuk kat orang botol air kencing kita. Huhu.
Kemudian kami keluar dan menunggu semula untuk Xray. Kali ni aku masuk sendiri dulu, kemudian bergilir dengan suami aku. Wafiya kena duduk di luar.
Apabila selesai, nombor kami dipanggil lagi sekali untuk berjumpa GP. Aku prefer doctor perempuan sebab dia akan check the whole body aku kan. Kami di interview oleh GP tersebut. Kemudian dia akan submit medical report tu ke immigration. Doctor pun sangat friendly dan pandai layan kanak-kanak.
Selesai.
Basically, medical check up untuk permohonan visa ni adalah urine test, physical test like mata, berat tinggi. Kemudian, Xray dan doctor check body dan interview a few question about medical history.
Tukar baju untuk siap pergi Xray. Barang letak dalam locker. |
Wafiya is very smart girl. Dia menunggu dengan sabar, tak banyak kerenah. Kelakarnya dia menarik perhatian staff di BUPA. Aku mempersiapkan mental Wafiya untuk pergi check up supaya dia didedahkan dengan apa yang akan kami lalui pada hari tersebut.
Selesai urusan, kami mengambil passport kami semula dan menukar pakaian.
Ok, kalau nak cerita medical check up fee di Australia.
Medical check up di Australia:
Aku : $321.20
Suami : $321.20
Anak : $232.40
Dan ada kredit card surcharge 0.5% each person. Check up di Australia, bayar semasa buat booking appoinment online.
Medical check up di Malaysia:
Aku : RM298
Suami : RM298
Anak : RM190
Check up di Malaysia, bayar selepas selesai check up.
Harga ni mungkin akan berubah di tahun hadapan. Basically, kalau berubah harga, lebih kurang harga ni lah.
Visa kita akan mula diproses selepas buat medical check up. Untuk buat medical check up, kena submit visa dulu, kemudian kita akan dapat satu message where medical check up is required dan disertakan untuk kita dokumen referal untuk buat medical check up. Adanya dokumen tu, baru kita boleh book appointment. Macam aku, aku submit visa hujung November. Tapi aku buat medical check up in mid December. So, kiranya immi start process in December lah. Aku buat medical check up lewat 2 minggu sebab yang aku ceritakan di atas lah. Kalau period, tak boleh buat medical check up dan kena buat selepas 5 hari period. Dan kalau perempuan mengandung pun tak leh selesaikan juga medical check up sebab kena Xray. Aku tak pasti kalau mengandung, macam mana nak buat medical check up. Jadi, aku plan buat masa ni, tak mengandung lagi lah demi melancarkan urusan permohonan visa. Tak salah merancang untuk gain something yang will benefit us later.
Selesai buat medical check up, kami tiga beranak berjalan-jalan sekitar Sydney City. All of these within in walking distance.
Clarence Street |
Queen Victoria Building |
Tumbalong Park. Kanak-kanak boleh main air. |
Darling Harbour |
Hanya ada di waktu summer. |
No comments:
Post a Comment