Tuesday, 20 August 2019

Musim Sejuk di Sydney

Now nak cerita musim sejuk pulak. Rasanya musim sejuk banyak cerita dan luahan perasaan. Kenot go lah musim ni. So, musim sejuk bermula dari 1 June hingga 31 August. Merdeka! Merdeka! Eh.

Haritu musim panas aku libang libu kepanasan. Ingatkan musim sejuk boleh overcome lah. Rupanya, lagi terseksa musim sejuk dari musim panas. Suhu yang sedap tu bagi aku sampai hat 22 degree jer. Lebih dari tu aku kenot tahan dah. Kalau sejuk pun, tak boleh kurang 18 degree. Kurang dari tu, aku bagaikan badak berhibernasi dalam igloo. *merapu

Kat mana aku nak mula cerita ek musim sejuk ni. Aku rasa aku dah luah banyak kali kat instagram dan facebook.

Pemandangan musim sejuk di Belmore Park. Bangunan Central Station
Pertama sekali, musim sejuk adalah selepas musim luruh. Selepas disajikan musim luruh yang cantik, musim sejuk pula pengganti. Daun-daun maple kekuningan yang musim luruh sajikan tu kini tiada. Hanya tinggal pokok yang sepi, tiada daun di sisi. Tu sebab kalau pergi melancong pada musim sejuk, pemandangan macam suram. Pokok kering jer yang tinggal.

Hujung musim luruh dah start sejuk dah actually. Aku haritu bersahur dengan suhu 3 darjah. Kau rasa? Itupun kena panjatkan kesyukuran sebab tak bersahur pada suhu negatif. Tuhan jer yang tahu how struggle to survive sewaktu musim sejuk.

Orang Malaysia suka cakap, "bestnya sejuk... bestnya sejukk". I was like *getik dengornyer*. Kau tak tahu macam mana nak survive musim sejuk. Mau kau teroyak mintak balik kalau kau duduk berbulan-bulan kat sini di musim sejuk.

Kedai-kedai dah mula menjual kelengkapan musim sejuk

Jenis heater di kedai Target

Yang ni fan heater. Blow angin panas. Kering tekak rasanya bila pakai ni. Not healthy
Disebabkan hujung-hujung musim luruh dah start sejuk, kedai-kedai dah start jual heater, stokin, baju, blanket tebal-tebal dan segala keperluan untuk menampung kesejukan di musim sejuk. So, buat kami yang pertama kali menyambut musim sejuk di rantauan ni, agak perit juga untuk keluarkan kos kelengkapan musim sejuk. Terutama sekali heater dan blanket. Lain-lain macam stokin, sleepingwear semua tu memang lah murah. Tapi bila beli sorang sepasang dari atas sampai ke bawah, costly juga.

Yang ni hot water bag. Aku boil water dan bubuh dalam bag ni. Kemudian dakap-dakap. Nyamannn...

Quilt tambahan yang lebih tebal dan sesuai untuk musim sejuk. Makan modal lagi ni
Kos sara hidup di musim sejuk kian bertambah apabila bil elektrik meningkat naik gara-gara penggunaan heater. Basically rumah aku takde heater. Bila tiba musim sejuk baru aku beli heater. Itupun portable heater yang dijual di Kmart. Untuk menampung kepanasan dalam bilik tu cukup lah. Tapi tak applicable di ruang tamu yang luas. Heater tu biasanya aku pasang dalam satu jam jer. Masa siap-siap nak lena. Pakai timer. Tak berani pasang lama-lama. Perit nak bayar bil elektrik. Bilik Wafiya jer aku pasangkan heater satu jam dengan timer. Bilik aku memang takde heater lah. Jimat.

Ok. Itu soal kos.

Sekitar Central Station.
Life masa musim sejuk saat indah apabila berada dalam selimut. Tapi larat ke duduk dalam selimut jer tanpa buat apa-apa. Melainkan kau anak raja yang makanan semua di sua atas katil. Kita ni kena lah bangun juga untuk melakukan aktiviti harian. Nak masak, tangan sejuk pegang air di sinki. Nak mandi, takut air, menggigil teruk lepas mandi. Mandi air panas pun akan mengakibatkan kulit kering. Tak elok juga mandi air panas kerap-kerap. Tapi siapa sanggup mandi air sejuk? Nak ambil wudu', nak kencing? Semua tu kau akan fikir patplohlima kali bila nak buat.

Nak mandi dan memasak tu aku boleh tahan lagi. Tak lalu mandi, takyah mandi. Tak tahan sejuk nak masak, tak payah masak. Tapi soal nak kena siapkan assignment, kot mana pun aku kena gagahkan jugak menyiapkan assignment dengan kerahan otak diiringi tangan yang sejuk hingga kebas. Sesekali aku tekap tangan aku kat hot water yang aku botolkan dalam sarung. Sesungguhnya, sangat struggle untuk bangun menyiapkan assignment di malam hari. Jenis aku, aku me time di waktu malam. Siang hari, aku allocate masa untuk kerja-kerja rumah dan masa bersama Wafiya. Jadi, waktu malam waktu Wafiya tidur jer lah waktu yang aku ada.

Musim sejuk, waktu siang pendek. Waktu solat dekat-dekat. Nak jalan-jalan jadi tak syok. Sejuk satu hal. Satu lagi kena rancang betul-betul perjalanan. Tapi musim sejuk memang malas nak ke mana-mana. Dah sejuk. Kalau nampak matahari tu gembira rasa. Mesti melompat nak sun bathing. Tapi pukul 4 lebih dah gelap.

Klinik-klinik dah mula iklankan vaksin yang perlu diambil
Bila sejuk-sejuk ni akan terasa mandom jer. Nak buat apa pun terasa malas. Cuaca seolah-olah menggambarkan perasaan. Musim sejuk ni jugak selalu orang sakit-sakit. Terkena selsema. Lepas tu berjangkit. Banyak farmasi dan klinik mengeluarkan iklan-iklan kepentingan vaksin untuk mencegah terkena serangan selsema. Pada hujung musim luruh lagi aku dah terkena selsema. Selepas aku baik dari selsema, aku dan suami aku ambil vaksin di klinik. Aku akan ceritakan perihal klinikal, vaksin dan insuran di lain entri.

Ni aku guna bila lipat kain
Kalau basuh baju dan jemur di ampaian sah-sah lah lambat kering. Bila kering pun aku tak tau. Confuse. Sebab kain sejuk-sejuk. Selalu merungut. Ni kering ke? Ke, lembap lagi? Haih. Lagi satu cabaran ialah nak lipat kain. Dah lah kat Malaysia memang malas lipat kain. Kat sini tambah lagi dengan tengan yang sejuk dan geseran kat kain tu buat tangan rasa kasar dan macam ngilu. Eh, macam mana nak explain. Tapi meluat jugak lah nak melipat kain di musim sejuk.

Jalan nak ke kolej. Dalam Belmore Park
Apabila hujung musim sejuk, cuaca sekali lagi tak menentu. Windy. Hujan. Maklumlah. Nak beralih musim. Masuk ke musim yang seterusnya di mana musim bunga yang kedua ku.

Yang best di musim sejuk ialah satu. Makanan lambat basi. Tapi sekali kau perhangatkan makanan, cepat jer makanan tu sejuk. Kalau kau ulang banyak kali perhangatkan makanan, kau kena ingat, salah satu punca bil elektrik naik ialah cooking top. Haha. Jackpot!!

Bila aku compare dua-dua, musim panas dan sejuk, aku rasa musim sejuk lagi struggle. Yerlah. Kalau musim panas, boleh pi mandi. Kalau musim sejuk, kau nak lari mana? Sana sini sejuk. Nak bergerak dan buat rutin harian tak bebas. Baru faham kenapa orang suka kan sangat musim panas. Kesejukan yang kita alami ni lebih panjang dari rasa panas. Kan musim bunga dan musim luruh pun sejuk.

Masa musim sejuk ni lah baru aku faham kenapa orang pakai macam ni, macam tu. Tapi aku tak faham kenapa sesetegah orang pakai skirt di musim sejuk. Are you crazy?

Oklah. Nanti aku wrap up segala musim yang aku tempuh di rantauan. So, experiment aku lengkap segala musim yang ada. Aku dah rasa, di bumi Down Under.

No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...