Saturday, 7 September 2019

Best ke duduk luar negara?

Antara soalan yang orang suka tanya apabila memulakan perbualan.

Well.

Terpulang pada lifestyle individu.

Kalau jenis hidup sebatang kara, tiada apa-apa, bagai musafir hina mesti lah dia rasa tak de apa nak diratapi di Malaysia. Of course bagi dia hidup di luar negara lagi best. Tapi ade ke macam tu?

Ada best, ada yang tak best. Itu jawapan nya. Ibarat ada kiri dan kanan. Ada baik dan ada buruk. Mana ada 100 peratus tu menang kat rasa tinggal di luar negara itu best. Mustahil.

Ikut situasi dan apa yang kita hadap.

Sydney Opera House dari Sydney Harbour Bridge.

Best bila,

  • best bila membeli, terasa murah. Banyak benda dan barangan boleh dinikmati dengan hanya $50. Kalau tak suka barangan yang dibeli, boleh return.
  • best bila pergi travel dalam Australia terasa kos nya sangat rendah. Sewa kereta sehari $40 termasuk insuran. Petrol pun murah. Lebih kurang $1.40 seliter.
  • best bila dapat menikmati pengangkutan awam dengan efisyen dan murah.
  • best bila dapat pergi perpustakaan, pusat komuniti dan nikmati segala kemudahan yang ada.
  • best bila gaji dibayar mingguan. Tak sempat merasa kesempitan hujung bulan.

Tak best bila, 

  • Tak best bila sejuk, sejuk sangat. Bila panas, panas sangat. Bila cuaca sejuk sangat atau terlalu panas sehingga mencecah 40 darjah, rasa tak bebas untuk melakukan rutin harian.
  • Tak best bila bil elektrik mahal. Sebulan bil elektrik mencecah $280 takde tv, takde aircond.
  • Tak best bila apa-apa yang berlaku di Malaysia, tak dapat join. Seperti kenduri atau makan-makan dengan keluarga. Keluarga aku selalu buat makan-makan. Tu yang aku jeles tu.
  • Tak best bila tak dilimpahi makanan Malaysia. Makanan kat sini so boring.
  • Tak best bila kompleks membeli-belah tutup pukul 5 petang.

Sengaja aku bagi sama banyak poin, tak lah dikira mana lagi best atau tidak. Kesimpulannya, perasaan itu bergantung pada kau punya gaya hidup dan apa yang kau suka dalam hidup. Bahagia itu kita yang rasa. Kita yang cipta. Bukan apa yang kau ada. Gitu...

3 comments:

  1. Tq sis atas sharing ni, tumpang tanya.. boleh tak suggest area mana di sydney yang mudah untuk beli barang2 halal untuk masak sendiri.. will travel to sydney disember ni😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont worry sis.. senang jer dpt bahan mentah halal... kalau nak cari nugget or ayam halal, beli brand steggle. boleh dpt di coles, woolworth... dan.. byk lah kedai jual ayam daging halal...dont worry..happy holiday sis

      Delete

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...