Ramadhan tahun ini adalah semasa musim luruh di mana waktu ni Daylight Saving dah ditamatkan. Siangnya pendek. Malamnya panjang. Kami berbuka sekitar pukul 5 petang. Semakin hampir penghujung ramadhan, semakin cepat waktu berbuka. Hari ini aku berbuka pada jam 4.56petang.
Waktu sahur pula sekitar pukul 5pagi juga. Semakin hampir ke penghujung ramadhan, semakin lambat waktu bersahur. Pagi tadi, pukul 5.22pagi habis waktu bersahur. Waktu sahur amat mencabar sekali di mana suhu yang sangat sejuk membuatkan badan terasa malas nak bangun. Tapi kami tak pernah miss. Sentiasa bangun sahur dan sembang laki bini. Suami aku ni mujur tak liat bangun tidur. Mudah keje aku.
Ramadhan 2019 di penghujung Autumn |
Semakin ke penghujung ramadhan suhu makin jatuh kerana musim sejuk menghampiri. Bersahur sekitar suhu 4 darjah amat menguji. Terketar-ketar tangan nak menyuap nasi ke mulut. Pegang barang pun semua rasa macam nak lempor ajer.
Berbuka pula kadang-kadang aku berbuka sorang. Kadang-kadang jer berbuka dengan suami. Hari yang aku ada kelas, aku bawak siap-siap minuman dan makanan kudapan. Lecturer aku kasi jer kalau aku nak keluar makan. Tapi aku malas lah nak makan bersungguh-sungguh pulak. Lebih baik waktu tu aku solat jer masa class tengah break. Bukan selalu sangat pun ade kelas.Suami aku pun kadang berbuka sauk kebab. Mana yang sempat jer. Kadang aku bekalkan kat dia kalau dia gi kerja lewat.
Kat sini pun ada juga bazar Ramadhan, di Lakemba. Kawasan majoriti orang Islam. Uniknya, bazar ramadhan di sini berbuka sejak dari berbuka puasa sehingga waktu sahur. Kiranya malam jer lah. kalau kat Malaysia kan tengah hari dah set up khemah. Aku pun tak tahan nak ke bazar Ramadhan sejuk-sejuk gini. Tak sanggup. Kalau datang lagi angin. Uiiii.... syahdu ..
Asam garam hidup di rantauan bersulam kan kepelbagaian musim |
Yang aku tahu, kat sini tarikh mula puasa dan tarikh raya agak bercanggah mengikut puak. Tak sangka, ada juga yang macam ni di bawah satu agama yang sama. Hurm.. Aku taknak ulas panjang sebab aku tak tahu cerita sebenarnya kan. Apa-apa pun moga semua umat Islam hidup bersatu padu.
Salam Ramadhan buat rakan-rakan di Malaysia. Moga Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Eh eh.
No comments:
Post a Comment