Team Raya Sydney |
Mudah rupanya masak rendang ni haha. Blend dan campak jer. Ceittt.. kalau tau dari awal boleh jer masak lauk ni hari-hari. Tapi dah kenapa lauk ni yang aku rasa tak boleh masak di hari lain. Hari raya jer boleh. Hehehe.
Lepas rendang, aku masak kuah kacang pulak. Boh daging sikit. Perghh.. mengancam. Jadi lah. juadah di hari raya. Bagi rasa sedikit vibes.
Rendang pertama ku |
Pagi raya 1 Syawal, hujan kemain lagi. Aku ingat dah tak boleh nak ke mana-mana dah. Kami tiga beranak bersiap seperti biasa dan sarapan juadah raya. Bila hujan renyai barulah kami bergerak keluar. Baru teringat, rupanya tak bawa songkok dari Malaysia. Aduhai. Tak cukup segak pulak suami aku. Pakai jer lah snow cap. Musim sejuk kan. Basically kami pakai baju raya tahun lepas. Baju-baju kami tu memang tak pernah pakai sejak dari raya tahun lepas. Baru pakai sekali jer. Baju Wafiya pulak tak muat. Aku cari jugak baju yang sesuai kat dia. Sudahnya aku belikan baju sejuk raya jer untuk dia. Itu jer yang sempat cari. Hahaha. Budak kecik, mana tau apa. Hahhaa.
Destinasi kami ialah Malaysian Hall. Ada jamuan ringan dan boleh bertemu mesra warga Malaysia di sini. Barulah nampak suasana raya dengan pakaian warna warni. Sepanjang jalan dah lah hujan dan rutin warga sini seperti biasa memang tak nampak suasana raya. Umat Islam jer yang sambut raya ni kan. Pak arab sekalian pulak baju diorang sama jer. Tak nampak macam beraya pun. Sampai Malaysian Hall baru nampak meriah. Memang Malaysia sangat win lah kalau sambut Aidilfitri.
Sempat hatiku berdetik, "dah jauh sampai ke sini rupanya aku" |
Semasa di Malaysian Hall, kami jumpa kengkawan. Ada pulak yang mengajak pergi main snow pulak. On the spot! ui. Nak gerak malam tu jugak. Last minit plan lah kiranya ni.
Kemudian kami gerak ke Circular Quay sambil berbincang dengan suami tentang pelawaan rakan untuk bermain snow. Perjalanan ke sana akan mengambil masa 6 jam memandu. Rabak. Tapi bila memikirkan Wafiya ada kawan yang sebaya dengan dia (anak kawan kami tu), dan memikirkan kami boleh teman rakan untuk memandu konvoi jadi kami on saja lah. Onn.. Memang teringin juga nak pergi Mt. Perisher Ski Resort tu tapi tak terfikir pulak nak pergi dalam tempoh terdekat.
Selepas capai persetujuan di Circular Quay, kami menuju ke rumah rakan untuk beraya dan menjamu selera. Ini juga adalah peluang untuk berkenalan dengan rakan Malaysia yang lain sebab masa beraya ni lah diorang pun ada jemput kawan-kawan diorang yang lain. Jadi, dapat lah berkenalan dengan orang baru.
Lepas kenyang makan puas-puas kami ke Decathlon, Tempe membeli barang kelengkapan untuk bermain salji. Rasa macam habis dah cerita raya. Ini nak ambil mood main salji. Aku ceritakan di entry lain pulak yer pengalaman main snow ni.
Sepanjang aku beraya di sini, banyak juga jemputan open house yang aku hadiri. Aku naik bas dan train. Raya kali ni jatuh pada musim sejuk makanya siangnya pendek. Gelap malamnya panjang. Pukul 4 petang dah nak gelap. Aku rasa macam ape lah aku buat ni pi beraya rumah orang sampai gelap malam padehal baru pukul 5 petang. Haha.
Rakan-rakan sebagai ganti buat yang jauh dari keluarga |
Bila aku sampai jer di rumah diorang, ramai yang tanya aku naik apa. Aku selamber jawab aku naik bas dan train. Diorang pulak kesian. Aduhai. Tu yang malas nak jawab ni. Ada yang terkejut. Yerlah aku dengan si kecik Wafiya ni. Bagi aku, kami ok jer naik public transport. Yang mana mampu aku pergi jer lah yang aku pergi. Takkan lah aku tak fikir si Wafiya ni. Mestilah dia letih. Sejuk pulak tu.
Ada yang aku pergi 2 open house dalam satu hari. Aku fikir mungkin aku kekenyangan dan tak mampu makan di rumah kedua. Rupanya on the way nak sampai ke rumah kedua tu meletihkan dengan segala train dan bus. Jadi, perut aku lapar gila bila sampai rumah kedua. Bayangkan. Haha. Aku ingatkan mungkin aku tak berapa kenyang sebab layan Wafiya makan. Tapi ada satu hari tu suami aku pun join open house, aku ada banyak masa untuk "me time" makan sorang-sorang, pun masih lapar jugak. Hahha. Wafiya kalau ada daddy dia, mesti nak makan ngan daddy dia. Tak nak makan dengan mommy. Its ok Wafiya. Mommy lagi syok. Haha.
Kebanyakan open house yang aku pergi ialah diorang ni duduk rumah sewa kongsi. Jadi, diorang dapat lah bekerjasama masak-masak satu rumah dan jemput kawan-kawan macam kami ni ha menjamu selera. Nak buat open house ni makan modal juga dan kena korbankan masa. Mostly diroang ni tak tidur malam lah nak buat persiapan. Gigih diorang dalam menyambut dan berkongsi rasa sambutan Aidilfitri. Aku doakan korang murah rezki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan perjalanan kehidupan di rantauan ini. Amin..... Kenyang aku makan nasi lemak, mee kari, laksa sarawak, bihun sup, mee hailam, lontong. Ya Allah semuanya jadi pandai masak bila jauh dari keluarga.
Mee hailam padu. Chef lelaki. |
Menu yang bila makan rasa nak terroyak. Lontong. Alhamdulillah. Syukur dapat merasa. |
Laksa Sarawak. First time makan. Sebab excited, tak dan snap dah terus ngap. |
Minggu pertama Syawal, ada event dekat rumah aku yang dianjurkan oleh komuniti muslim di sini. Macam ni rupanya cara diorang sambut Syawal. Di parking area ada fun fair. Di sebelah padang pula ada stall jual makanan dan khemah untuk mereka berdendang sayang. Meriah orang Arab sambut syawal. tapi macam biasa, pakaian diorang tak nampak macam tengah beraya. Hehehe. Bila Syawal di musim sejuk, aku dah tak fikir baju belah dalam baju apa. Yang penting, baju luar cukup untuk menampung kesejukan.
Selain songkok, ada satu benda lagi yang aku lupa bawa dari Malaysia iaitu sampul duit raya. Haha. Kelakar. Yang lain bila nak kasi duit raya kat Wafiya sama ada togel ataupun lipat kertas sendiri. Hehe. Balik Malaysia ni aku nak bawa sampul raya banyak-banyak lah ke sini.
Sepanjang raya di sini, aku rasa ok jer sambutan kat sini. Tak de pun drama dan babak sedih-sedih. Masing-masing ada jer hal masing-masing. Mak ayah pun takde lah meratap sayu ketiadaan kami. Diorang pun sibuk beraya. Alhamdulillah. Nasib baik juga lah adik beradik aku ramai. Diorang boleh tolong memeriahkan rumah mak ayah aku di hari raya. Nak call diorang pada 1 Syawal pun susah sebab mak aku masih ada kampung untuk pulang beraya. Confirm takde line dan susah nak buat video call. Aku pulak sibuk nak gi main salji. Tapi seminggu sebelum raya tu adalah bunyi mak macam sedih-sedih sikit.
"kome tak ada, tak de sapa nak tolong pasang langsir, kemas rumah, tolong buat biskut raya" gitulah rintihan seorang ibu. Bukan takde adik beradik lain nak tolong. Tapi semua duduk jauh-jauh. Betul-betul dekat raya baru diorang balik. Macam kami ni dulu duduk Penang, tiap minggu boleh balik Perak dan Kedah gilir-gilir. Sikit-sikit boleh tolong siapkan apa yang patut. Rezki kami dapat pulang selalu di bulan Ramadhan tahun-tahun lepas.
Raya tahun lepas memang kami all out. Buat sehabis baik. Sebab dah tahu yang kami memang tak nak balik beraya bila kami migrate nanti. Nak merasa pengalaman beraya di rantauan.
Begitulah, ramai yang terkorban hasil dari sebuah penghijrahan...
No comments:
Post a Comment