Aku fikir aku akan terlepas bazar ramadan. Rupanya kat Sydney pun ada jer bazar Ramadhan. Mengejutkan, bazar Ramadhan tidak diadakan di waktu petang sebelum buka puasa. Tetapi ianya diadakan selepas berbuka puasa.
Bazar Ramadan yang aku pergi kat sini ialah di Lakemba. Cuaca yang sejuk membuatkan aku sentiasa terfikir-fikir bila masa yang sesuai untuk aku pergi bersama Wafiya. Beberapa hari sebelum 1 Syawal barulah kami berjaya ke Bazar Ramadan di Lakemba tersebut. Itupun suami aku berkelapangan untuk menemani kami. Sejuk dan gelap seawal jam 5 petang.
Pada mulanya aku fikir bazar ramadan sini biasa-biasa jer. Tak sangka pulak aku sambutan yang sangat memberangsangkan. Bukan sahaja umat Islam meraikan. malah pelbagai bangsa dan agama turut turun padang.
Suasana bazar Ramdhan di Lakemba |
Bazar Ramadhan ini agak besar dan panjang. Diadakan di sepanjang baris kedai di pekan Lakemba. Kami pergi menaiki train. Gerai-gerai jualan mereka adalah di sepanjang pejalan kaki di barisan kedai-kedai. Tiada khemah-khemah seperti di Malaysia. Biasalah kalau banyak gerai jualan dan ramai orang, pasti keadaan jalan raya begitu sesak.
Kedai-kedai tu pun masih dibuka. Biasanya tutup awal juga. |
Sedap juga burger daging unta tu. Kalau tau, mesti nak beli dua. |
Aku juga dapat lihat keunikan "coffee on the sand". Minuman tradisi Turki. Didapati ramai orang mencuba Kenafeh, manisan berkeju orang Turki.
Pembikinan coffee on the sand |
Cofee on the sand dan Kenafeh |
Khemah dipasang di perkarangan gereja |
Sembang santai menyampaikan ajaran Islam |
Bazar Ramadhan ini diadakan di sepanjang bulan Ramadhan dari selepas waktu berbuka hinggalah ke tengah malam dan mungkin sampai ke pukul 3 pagi. Tapi aku hanya berpeluang hanya sekali ke sini. Keadaan cuaca yang agak sejuk dan memikirkan kalau aku pergi, aku kena berjalan kaki dari rumah ke train station berdua dengan Wafiya dalam gelap malam mematikan hasrat aku untuk pergi banyak kali.
Diharap aku dapat eksplore lebih lagi di tahun hadapan. Jom tengok video yang aku rakam suasana bazar Ramdhan di Lakemba.
No comments:
Post a Comment