Seperti yang aku katakan di post sebelum ni, musim luruh memang kurang taringnya di Sydney CBD. Kalau nak merasai vibe Autumn, perlu keluar bandar dari kota Sydney.
Itu hari aku ikut kawan hunting autumn color ke Mt. Wilson. Memandu jauh ke kawasan luar bandar. Indah betul pemandangan serata bumi Australia ni.
Jangkaan aku terhadap cuaca ternyata salah. Aku dan Wafiya kesejukan. Baju yang kami pakai tak cukup untuk menampung kesejukan di Mount Wilson.
Breenhold Garden, itulah destinasi kami. Dibuka pada musim luruh kerana landscape yang menarik. Ramai datang ke sini pada musim luruh. Untuk tangkap muat masuk ke Instagram dan ada juga yang tak melepaskan peluang untuk gambar perkahwinan. Superb!
Bayaran $9 per person untuk entrance. Parking tepi jalan jer. Kemudian tangan di cop. Boleh ke pagar taman seberang dengan sekali bayaran.
2 jam memandu dari rumah ke Breenhold Garden. Ada cafe dan madu dijual di sepanjang jalan nak ke sini. Fresh air, itu yang kita dapat kalau keluar bandar. Berbaloi sekali sekala ke kawasan luar bandar. Nak lagi best, sewa cottage dan feeding alpaca. Yang tu kena cari lah kat kawasan mana. Sekitar Breenhold Garden ni tak ada lah.
So, kalau korang melancong ke Sydney dalam lebih kurang hujung April atau early May, sewa lah kereta dan ambil angin ke Mt. Wilson. It worth!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney
Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...
-
Sejak di bangku sekolah lagi aku berangan nak sambung belajar di luar negara. Aku dapat pendedahan dari sepupu-sepupu aku, baik dari sebelah...
-
Memandangkan border dah buka, ramai cari jalan keluar. Aku tau korang bukan rajin membaca sangat kan. So, aku ringkaskan macam mana nak gun...
-
Selain Bukit Kayu Hitam, korang boleh masuk Thailand melalui Ban Prakob Border. Untuk ke sini, korang boleh lalu dari Kuala Nerang. Kali k...
No comments:
Post a Comment