Sejurus selepas aku tamat diploma, aku bekerja dengan Intel di Penang. Lecturer aku semasa pengajian diploma sanggup datang ke Penang nak jumpa kami. Rupanya nak jual insurance. Masa tu aku dapat kesedaran bahawa kita kena letak insurance ni sebagai expenses yang wajib dari pendapatan kita selain kos makan, sewa rumah dan bil-bil. Tapi tak lama aku bekerja, aku quit sebab nak sambung degree kt UTHM, Johor. Cerita bab insurance terhenti di situ.
cerita ceriti insuran |
Lecturer aku tu aka agent insurance aku ada jer bagi buku policy. Dia siap lipat lagi page yang aku kena baca dan dia ada highlight dengan highlighter tajuk mana yang aku kena baca. Ya.. aku baca tapi aku tak faham kan. Aku tak tau what-is-what. Aku selak sambil lalu jer lah.
Tahun demi tahun berlalu. Sebagai fresh graduate, bukanlah banyak mana pun gaji starter. Aku rasa terbeban bayar insuran monthly tapi tak dapat apa pun. Aku mula banyak bunyik dengan lecturer aku tu.
"encik.. sy nak stop lah insuran sy tu. Penat jer bayar takde mende pun."
"encik.. nape mahal sangat eh insurance sy ni. Takde lagi murah ke"
Pening pala dia melayan bebalan aku.
Aku mula nak start malas-malas bayar monthly. Tapi kadang aku takut. Aku cover balik next month tu bayar balik keculasan aku.
Aku sign up tu tahun 2011. Sampai lah tahun 2015, ada sesuatu terjadi kat aku...
Aku demam. Pergi klinik panel company. Macam biasa dia kasi mc dan ubat demam. After dua hari, aku rasa macam dah nak baik sikit. Tapi selsema pulak datang. Aku ke klinik lagi sebab dah 5 hari tak baik baik lagi demam. Kejap reda, kejap demam balik. Tetiba doctor kasi surat referral ke hospital. Aku jadi seram.
Kalau korang nak tau, aku ni sejenis penakut. Memang keturunan aku macam tu kot. Aku ni, nak telan ubat takut. Nak cucuk, takut. Check gigi, takut. Pi hospital pun takut. Masuk wad, lagi lah aku penakut. Thats why aku ambil insuran. Manatau kot sesapa leh teman aku duduk dalam wad. Idak lah aku seram bermalam kt wad.
Aku bekerja di Penang. Memang aku set kalau aku ambil insuran, apa-apa pun kalau boleh aku nak refer di Hospital Columbia, Taiping sebab hospital tu makcik aku selalu pergi dan staff situ ramai kenal dia. Lagi satu, suasana dia tak la seram sangat. Staff pakai baju warna-warna sikit. Environment macam office-office gitu.
So, aku call husband mintak izin nak ke Hospital Columbia, Taiping. Aku pun gigih drive ke Taiping. Jumpa doctor dan ada procedure check air hidung. Aduh. Pedih-pedih sikit. Tengok results, aku kena influenza B. Doctor cakap kena kuarantin. Takut nanti berjangkit dengan orang lain. Aku terkejut sebab aku breastfeeding Wafiya. Risau dia berjangkit. Mujur takde apa-apa. Memang sejak aku demam 5 hari, aku tidur tingkat bawah. Suami aku nak kan aku rehat secukupnya. Dia take over jaga anak.
Disebabkan aku kena kuarantin, aku kena duduk single bed. Tak boleh share. Memang itu yang aku nak pun. Aku tak mau share. Kalau share nanti, aku akan ternampak macam-macam pesakit. Aku takut. Kang aku pulak yang sakit lebih-lebih.
Me in Columbia Hospital |
Tapi, elok jer keluar hospital. Aku kena bayar ko tau tak. Aku mana ada cash masa tu. Aku swap jer lah kad kredit. Emergency case kan.
*tak ingat kena bayar berapa. nanti aku update semula.
Oh ya. Lupa. Masa aku nak masuk wad tu pun aku kena bayar dalam RM200. Aku marah lah kat agent aku, apesal semua-semua ni kena bayar. Dia cakap, sebab insuran aku co-takaful. Amende la pulak ni. Selama bertahun aku bayar, takde pulak di sebut-sebut co-takaful. Baru sekarang terkeluar term-term ni. Aku bengang lah. Dah kena bayar pulak. Aku expect, takde kena bayar apa-apa langsung masa warded. Tengok-tengok, dapat bill macam-macam kena bayar.
Sebagai manusia yang pemaaf, aku pun lupakan apa yang berlaku sebab aku kembali sihat seperti biasa. Yang sedihnya, aku stop breastfeeding. Lepas aku sihat, pam dua jam tak sampai 1 oz.
Husband aku suruh surrender. Tapi aku degil taknak. Sebab aku ok dengan agent aku tu. Dia sanggup layan kerenah aku yang macam-macam hal. Dia pun sanggup datang ke Taiping visit aku dan redakan kemarahan aku.
Aku tak surrender insuran tu, aku just cakap kat agent aku tu, "buatlah macam mana sekalipun, asalkan i tak kena bayar semasa i di warded kan."
Ok katanya. Jadi aku kena bayar RM300 daripada RM200 untuk buang co-takaful tu. Aku pun dengan akur, bayar. Aku pun ada ambil insuran untuk Wafiya sekali.
Husband aku pun baru ambil insuran. Tapi dia ambil dengan teman sekerja kami. So, dia insuran lain.
Hari berganti hari. Nak dijadikan cerita, tahun 2016 Wafiya kena warded. Asalnya batuk demam. Pastu kena warded. Kami laki bini jaga dia kat KPJ Penang. Sampai lah kami beraya haji kat hospital. Ini satu pengalaman pahit yang kami tempuh. Elok dah habis cuti raya haji, suami aku pun mula nak gi kerja. Aku berdua jer dengan Wafiya kat wad. Aku mengalami cirit-birit sampai lembik lunyai dibuatnya. Aku text husband aku, aku tak mampu dah nak jaga sebab masa aku nak gi cirit, takde sape jaga Wafiya. Rupanya husband aku pun cirit birit kt kilang.
Aku tunggu dia sampai hospital teman Wafiya. Aku pula ke tingkat bawah check dengan doctor. Aku pun kena warded. KPJ tak benarkan aku duduk satu wad dengan Wafiya. Masa tu aku rasa kan best warded kat Columbia. Boleh bertiga warded dalam satu wad. Husband aku pulak menanggung keciritan dengan dasyat sementara menunggu aku masuk air sebotol. Sattle badan aku sedut air sebotol, aku pun cakap kat nurse, aku nak turun bawah jaga anak aku pulak sebab husband aku nak gi jumpa doctor.
Giliran aku pulak jaga Wafiya. Husband aku takes turn warded dan masuk air. Bertempiaran kami dalam satu hospital. Wafiya tingkat lain, aku tingkat lain, husband aku tingkat lain. Aku dengan husband takes turn jaga Wafiya dan masuk air dalam badan. Husband aku siap tinggalkan number fon kat nurse supaya call kalau doctor nak datang visit. Kecoh jadinya dan jadi bahan bualan para nurse di situ.
Mak aku nak datang visit pun a little bit delayed sebab masa tu raya haji. Tengah berketupat rendang. Kami pulak warded di Penang. Takes time nak sampai pun.
Aku yang sememangnya penakut ni, ajak kawan aku teman aku tidur di wad dan memang aku lapar gila. Dia subuh dan mandi hospital sebelum gerak ke tempat kerja. Husband aku tidur dengan Wafiya.
Us.. in the hard moment |
Masa aku tengah masuk air, ada staff datang membawa khabar tak gembira. Katanya insuran aku tu Gurantee Letter declined dan dia mintak aku bayar half sebelum aku check out. Aku lagi sekali naik hantu kat agent aku. Apa kes ni? Habis manager semua masuk wad aku explain kat aku apa terjadi. Aku tak dapat nak absorb, marah punya pasal. Aku salahkan doctor kot salah tulis report. Agent aku pun datang. Tak lama lepas tu aku dapat panggilan dari HQ. (aku lupa apa terjadi. Thats why penting untuk buat ig story.. haha). Then aku dapat berita, semua sattle (insuran aku).
Tiba nak check out tetiba tengok-tengok aku kena bayar bil untuk Wafiya. Gilalah. Aku naik double hantu. Marah ni marah. Macam biasa, agent kena serang. Kau ni dah kenapa. Asyik aku kena bayar bila masuk hospital. Agent aku cakap sebab insuran Wafiya co-takaful. Nergh... terkena sekali lagi rupanya aku. Agent aku pun satu, dia tak learn dari apa yang berlaku selama ni. Aku tak mau takaful takaful ni. Aku kena bayar bila warded. Takpe. Aku pun bayar gak.
Lepas dari apa yang terjadi, aku menggila. Aku bukak balik kitab-kitab polisi. Aku baca. Yang tak faham, aku tanda. Aku mula persoal satu persatu. Aku bawak kitab policy ke kilang. Aku tanya kawan aku yang merupakan agent husband aku tu. Dia sanggup terangkan kat aku satu persatu dan ringkaskan coverage yang aku dapat dengan bayaran sekian tu. Aku ada jugak tanya staff di hospital KPJ bahagian kewangan tu, mana insuran yang bagus dan tak bagus. Sedikit sebanyak bertambah lah ilmu pengetahuan aku yang zero about insuran ni.
Tup tup sampai cek ke rumah. Husband aku dapat RM100 sebab warded one night. Husband aku mula perangatkan aku. Aku jadi geram. Nanti sat.. nanti sat..
Aku mula kaji setiap pakej medical oleh pelbagai insuran provider. Macam-macam quotation aku mintak. Aku compare. Buat table dalam excell file. Di situ kita boleh nampak perbezaan dan apa yang kita perlukan. Kemudian aku rumuskan bahawa aku dan Wafiya perlu tukar insuran lain. Insuran kami mahal. Wafiya pulak siap kena bayar bagai selepas warded. Aku tak mau macam tu. Aku nak stress-free masa dirawat di hospital.
Aku sign up insuran lain yang di recommend oleh sepupu aku. Agent baru ni rupanya tak jauh bau-bau bacang di kalangan circle of friends aku. Untuk menunggu tempoh matang insuran baru, aku tak nak la within that period aku out of coverage. Jadi, aku bayar 4 insuran. Aku dua, wafiya pun dua. 3 to months tu aku sempit sedikit la. Sementara nak tunggu yang baru ni matang. Kemudian aku pun surrender insuran aku. Goodbye.. Aku dapat banyak gak la in return. Proses nak surrender pun mudah.
Kini aku lebih tenang dengan insuran yang ni sebab aku dah mula ambil tahu term-term dalam policy. Aku jadi lebih faham. Apa yang berlaku di atas, aku rumuskan bahawa :
- bukan salah agent pun. Salah diri sendiri sebab tak learn apa yang termaktub dalam policy tersebut. Tapi kadang kita tak tahu apa yang nak ditanya.
- you choose what you want and prefer.
- term-term dalam policy tu kalau boleh janganlah beria-ia sangat. Try make it simple yet clear.
- kita boleh customize apa yang kita nak dan agent beri quotation ikut kemampuan kita. Jadi janganlah takut untuk tidak allocate komitmen kat medical. Kita tak sangka apa yang akan terjadi kat kita. Kita sihat sekarang belum tentu kita sihat esok hari.
- medical coverage ni sangat membantu dalam kita kesusahan. Sedang sakit tu susah, jangan ditambahkan dengan bebanan kewangan.
- bagi aku, takyah lah ambil co-takaful tu semua. Bayar insuran setiap bulan, kalau warded takkan nak keluarkan lagi extra money. Kalau korang tak kisah, up to you but not to me.
- rata-rata pakej medical card lebih kurang sama jer sebenarnya. So, korang buatlah pilihan dengan bijak yang lebih dekat dengan keperluan korang.
Aku cakap kat agent aku, macam mana dengan insuran baru aku ni sebab aku akan migrate. Setelah mendengar nasihat dari dia, aku tak jadi surrender. Aku sebenarnya ada hati nak surrender insuran ni masa aku nak berangkat nanti. Tapi aku batalkan niat tu selepas dengar nasihat dia dan dari kawan aku yang menetap 9 tahun di Sydney. Kawan aku tu pun mencari insuran gak untuk coverage di Malaysia.
Apabila aku tiba di Australia aku dapati bahawa :
- medical procedure dan coverage di Malaysia adalah yang terbaik berbanding dengan Australia.
- Setiap orang diwajibkan ada insuran coverage di Australia. Tak seperti di Malaysia, ada yang ambil ada yang tak.
- Kalau tak beli insuran, tak boleh apply visa.
- kos yang kita bayar di Malaysia monthly tu dikira murah dan dapat coverage yang tinggi.
- di Australia, kena bayar mahal baru boleh dapat coverage yang baik di mana kita boleh kecapi dengan membayar RM200-RM300 monthly di Malaysia.
- Jadi, bersyukurlah ada insuran di Malaysia. Tahniah!
Ada gak cerita-cerita lain bab insuran ni. Wafiya tiga kali tukar insuran actually padahal umur dia baru berapa tahun. Haha. Husband aku dua kali. Tapi itu aku cerita di post lain lah. Penat dah aku menaip.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..skgni pakai medical card apa kak?
ReplyDeleteMEDICAL CARD : Tahukah anda? Hanya bagi yang LAYAK bole apply pelan ni? 😃 Mesti xpasti kan.. TANYA hari ini Ya ⚡ Pelan PRUBSN : CALL / Whatsapp hari ini, semak kelayakan anda terus! 》www.wasap.my/60127760219/medicalcardpromo (JESS)
ReplyDelete