Tuesday, 1 January 2019

Pengalaman Sambutan Tahun Baru di Sydney 2019

Sebelum aku berhijrah ke Sydney, aku langsung tak tahu apa daya tarikan di sini. Yang aku tahu, Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Itu pun aku tak tahu pulak dua mercu tanda ni hanya bersebelahan.

Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House bersebelahan jer rupanya
Aku selalu disogokkan cerita kehebatan firework pada hari tahun baru di Sydney. Aku pun cuba cari maklumat dari rakan yang dah lama tinggal di Sydney. Menurut sumber rakan, orang terlalu ramai tetapi friendly jika ingin membawa anak kecil. Ya, sebab ada anak kecil, aku fikir banyak kali nak pergi atau tak. Aku memang kalau nak ke mana-mana, aku fikir anak dulu.

Suami aku ada pesan, kalau nak pergi, tak pe pergilah dengan kawan atau pergi jer sorang. Dia jagakan anak di rumah. Aku ni pulak jenis tak sampai hati.

Di hari-hari terakhir tahun 2018, aku sign up semua news tentang train dan traffic di city. Melihat keadaan berita, aku memang tak nak pergi. Ada yang sanggup berkhemah 3 hari sebelum tahun baru sebab nak secure tempat strategic untuk melihat firework. Ini kerja gila. Merepek manusia sekarang. Sanggup diorang berkampung dan berkhemah berhari-hari dengan heatwave menyerang. Apa gila diorang ni?

Melihat berita, ada train station yang akan di tutup dan hujan akan turun petang sebelum firework. Semua ni menguatkan perasaan aku untuk tidak pergi melihat firework di Sydney. Suami aku ada cakap, di sekitar Circular Quay, ada pihak yang memasang penghadang hitam tinggi sayup untuk menghalang orang awam melihat firework. Bermaksud, kalau nak view cantik, kena beli tiket ratusan dollar. Gila.. ini semua gila.

Seperti yang aku khabarkan tadi, aku siap-siap subscribe semua berita berkaitan tahun baru. Aku dapat tahu yang kita boleh online streaming untuk melihat firework. Dikhabarkan, pada pukul 9malam ada pertunjukan firework khas untuk family yang membawa anak kecil. Aku kira, mungkin pertunjukan ini ditayangkan untuk membenarkan yang berkeluarga boleh pulang awal. Tak perlu tunggu pukul 12 tengah malam. Bagus juga. Consider yang ada anak kecil.

Tepat pukul 9malam aku tunggu untuk lihat online streaming. Hati aku libang libu. Bestnya. Cantiknya. Ala... nak pergi lah. Itulah kata-kata yang bermain dalam fikiran aku. Anak aku pula takut firework. Keadaan jadi 50-50 untuk pergi atau tidak. Dengan tiba-tiba terpacul juga dari mulutku untuk meminta kebenaran suami pergi melihat firework. Dan tiba-tiba juga anak aku minta kat daddynya untuk turut serta. Kami set, kalau dapat tengok, rezki lah. Kalau tak dapat, tak ape lah. Pengalaman moga lepas ni bersedia lebih awal atau tak perlu pergi tengok langsung.

Kami bersiap 5 minit dan keluar dari rumah pada pukul 9.30 malam menaiki train. Train ramai. Meriah. Turun di St. James kerana station Circular Quay telah ditutup. Kami mengikut arus orang ramai. Aku mula tidak sedap hati. Dah lah tiada persediaan. Aku risau keadaan anak aku. Mana tau dia meragam ke.

Perjalanan menjadi jauh kerana banyak simpang yang ditutup. Polis di sana sini dengan menunggang kuda dan meletakkan pelbagai kon untuk menutup jalan. Suasana berjalan dalam arus orang ramai di sini boleh dikatakan aman damai kerana tiada asap rokok yang tidak berpatutan dan semua bergerak mengikut arahan polis dan pengawal lalu lintas. Juga banyak amaran dilarang alcohol di merata-rata. Boleh ditangkap sekiranya mabuk.

Kami bertiga mula rasa letih. Ikut kan dah sampai sekitar Circular Quay. Tapi disebabkan orang terlalu ramai, banyak jalan ditutup dan lalu lintas banyak dilencongkan menjadi jauh. Dah jadi buang masa. Kami mula rasa drain. Letih. Rasa nak give up. Ada beberapa orang polis menyarankan untuk kami lepak di taman demi keselesaan anak. Kami menurut katanya.

Kami berjalan mara ke atas lagi. Sampai ke satu simpang, kami buntu. Tiada hala tuju kerana pit stop kami yang terakhir adalah berhampiran dengan Sydney Opera House yang ditutup jalannya kerana entrance itu adalah untuk orang yang ada tiket berbayar. Kami berdegil cuba masuk tapi dihalang kerana tiada wrist band. Mungkin wrist band diberikan kepada mereka yang mempunyai tiket.

Kami berhenti di tengah jalan raya. Memikirkan apa yang perlu kami lakukan. Jika kami berdiri di sini juga, kami tidak akan nampak apa-apa firework sebentar lagi. Jalan mula dipenuhi orang ramai yang duduk di tengah jalan raya untuk menyaksikan firework. tapi pemandangan itu sebenarnya hanyalah sipi-sipi dilindung pokok dan bangunan-bangunan. Tiada piliha. Itupun bagi mereka mungkin sudah cukup baik daripada bayar tiket ratusan dollar.

Suami aku menajamkan pandangan. Suami aku suruh aku masuk juga rempuh pintu penghalang yang dijaga oleh volunteer di situ. Aku yang waktu itu sedang melipat payung ke dalam bag, secara automatik kakiku melangkah apabila suami ku suruh masuk tanpa tiket. Aku berjalan selangkah demi selangkah menempuh pintu masuk. Kepala ku tak toleh kiri dan kanan. Straight jer. Hati berdebar. Target aku adalah untuk berjaya masuk tanpa disekat oleh volunteer.

Ternyata, aku berjaya masuk tanpa sekatan. Aku tak berani menoleh ke belakang. Tapi, tiba-tiba aku disapa oleh volunteer yang lain di lorong kiri. Ada kon penghadang yang menghalang kami. Volunteer tu syak aku takde tiket. Sengaja dia usik aku nak ke mana. Aku jalan laju-laju sambil berkata yang aku ada tiket tak perlukan bantuannya. Fuh. Berderau jantung aku. Kerja gila. Nak give up rasa. Cari nahas.

Sampai ke hujung jalan, aku buntu. Aku toleh ke belakang juga. Aku mencari kelibat suamiku. Sudah berjaya masuk atau tidak. Atau aku akan keseorangan di sini? Beberapa kali aku jenguk, akhirnya aku nampak suamiku sambil mendukung anak melangkah masuk menempuh pintu. Lagak jalannya bagaikan wira. Inginku bersorak atas kejayaan kami. Tapi belumlah berjaya lagi kerana kami tidak dapat port yang menarik untuk melihat firework.

Akhirnya kami bertiga bertemu. Kami rupanya mempunyai satu lagi halangan untuk masuk ke perkarangan event yang berbayar. Event tersebut mempunyai beberapa khemah booth makanan, minuman, pertunjukan sarkas dan pentas nyanyian. Juga mempunyai pintu utama yang dijaga oleh dua orang volunteer. Sekali lagi kami mati akal untuk menempuh pintu tersebut. Tinggal lagi 10 minit lagi untuk countdown tahun baru. Kami tidak punya banyak masa.

Sedang kami buntu dan melilau cara nak masuk pintu tersebut, aku ternampak satu kertas A4 berupa tiket masuk. Aku ambil kertas renyuk tersebut. Suami aku mengajak sekali lagi untuk menempuh pintu masuk tersebut. Aku jadi letih. Letih untuk rasa berdebar.  Tak lama kemudian hanya tinggal seorang volunteer yang menjaga pintu. Yang lain entah ke mana. Kami cuba sekali lagi.

Pintu halangan kedua
Apabila tiba di pintu tersebut, kami tunjuk kertas yang acah-acah tiket tu kepada volunteer tersebut. Lelaki muda bangsa India. Dia mula membebel bahawa itu bukan tiket dan dia tanya mana wrist band? Jujur kami jawab tak ada. Lelaki tersebut membebel lagi katanya wrist band merah tersebut menandakan bahawa kita ada kebenaran untuk keluar masuk event ini dan bla.. bla.. bla.. Aku malas dengar.. Tiba-tiba lelaki tersebut menghayun rod di tangan sambil push kami masuk cepat cepat... "go.. go ... go.. " katanya. Kami saling berpandangan dan mengikik masuk laki bini sambil mendukung anak.

Elok kami masuk orang ramai dah berdiri di tepian untuk menyaksikan firework tersebut. Aku cuba mencilok. Dihalang oleh pelepah pohon tersebut. Aku diberi laluan ehsan warga Australia di situ untuk mara ke hadapan. Syukurnya. Aku mula fokus pada firework yang akan bermula. Dalam hati sebak. Sebab pelbagai halangan untuk sampai ke sini dan merasakan aku hanya insan kerdil yang dikelilingi oleh orang - orang kaya di sini. Aku berterima kasih kepada lelaki India tersebut. Moga Allah memudahkan urusan beliau kerana dia memudahkan urusan kami. Pulak tu, kami masuk ke sini secara percuma.

Countdown New Year
Pertunjukan bunga api berlangsung 15minit. Aku rasa tak excited. Mungkin kerana penat merasakan debaran untuk masuk secara haram. Lega dalam hati. Taubat taknak datang dah ke tempat macam ni. Rupanya, tahun ini banyak pihak yang mengenakan tiket berbayar untuk masuk melihat pertunjukan bunga api. Tahun sebelumnya orang ramai bebas untuk melihat dan enjoy malam tahun baru.



Selesai firework, orang ramai beredar balik. Berjalan satu arah. Beramai-ramai. Suami aku cuba ingin tahu berapa harga tiket yang dikenakan untuk masuk ke port terbaik ini. Menurut orang yang memakai wrist band tersebut, katanya tiket berharga $360. Terkejut aku mendengar nya. Gila. Mahal sungguh. Untuk firework berbelas minit bagi aku tak berbaloi.

Taubat aku taknak pergi dah tahun akan datang. Cukuplah sekali merasa pengalaman tahun baru di Sydney ini. Firework nya bagi aku biasa saja bagi bandar besar dan mewah ini. Tak kena pada aku insan biasa, rakyat marhaen ni.

Satu lagi masalah jalan balik. Elok jer sampai train station, polis tutup pintu tak bagi masuk kerana terlalu ramai dan padat di dalam train station. Anak aku mula meragam. Yerlah. Dah hampir pukul 1 pagi. Aku dan suami diam mencuka. Haha. Cakap banyak pun tak guna. Masing-masing nak pergi tengok kan. Tapi jadi lah. Masuk cemey kan.

Orang masuk situ bayar ratusan dollar. Kami pula dah macam filem omputeh demi nak tengok firework. Penat dibuatnya. Macam ni rupanya orang kaya sambut tahun baru.





No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...