Tuesday, 6 November 2018

Musim Bunga di Sydney

Setibanya kami di Australia, ianya musim bunga. Kami terlepas untuk ke festival bunga tulip di Canberra kerana busy dengan preparation set up new life dekat sini. Takkan lah baru sampai ke Sydney terus nak ke Canberra pulak kan. Jauh juga tu.

So, tutup cerita Tulip Festival di Canberra dengan harapan, tahun 2019 moga-moga ada rezki kesempatan masa, wang ringgit (eh, wang dollar), kesihatan yang baik dapatlah kami berkunjung ke tulip festival di Canberra.

Musim bunga di Australia bukan sahaja berkisar tentang tulip mahupun canolla flower. Ada sejenis bunga yang baru ku tahu kewujudannya setibanya aku di Sydney.

Bunga Jacaranda.

Berwarna ungu penuh melatari kota Sydney.

Jacaranda memenuhi sekitar perumahan
Aku membuat sedikit kajian di mana port paling meriah dan bila bunga itu berkembang mekar. Terdapat beberapa port yang menarik untuk hunting bunga jacaranda :
  • University of Sydney (Quadrangle)
  • Circular Quay (near MCA)
  • Cathedral St, Woolloomooloo
  • McDougall St, Kirribilli
  • Royal Botanical Garden
  • Lavender Bay

Aku dan anak kecil ku Wafiya hunting bunga Jacaranda menaiki bas. Gigih.

Dan.. semestinya, tiada sesiapa yang boleh mengambil gambarku. Huhu. Elok aku letak kamera di rumput, datang pulak anjing dekat bag-bag aku. Aduh. Terus aku pun balik.

Cantik.. memang cantik bunga Jacaranda ni. Kombinasi hijau dan warna ungu.

Waktu yang terbaik untuk melihat Jacaranda ialah pada awal November
Di rumput itulah anjing mendekatiku
Setibanya kami di Sydney, cuaca tak menentu. Kami sentiasa menggunakan apps untuk melihat ramalan cuaca selang beberapa jam. Boleh jadi sunny, windy, shower di dalam satu hari. Kata tuan rumahku, peralihan musim biasanya adalah penyebab kepada cuaca yang tak menentu.

Kami masih baru di bumi asing dan sudah tentu kami masih tidak lagi betah dengan cuaca si sini. Berlapis-lapis baju yang kami pakai walaupun di dalam rumah. Tiada heater digunakan demi menjimatkan penggunaan elektrik.

Menurut bacaan aku, bunga Jacaranda yang tertua didapati di Royal Botanical Garden
Benih bunga jacaranda di bawa masuk oleh bangsa Eropah ke Australia
Ada yang mengatakan bahawa bunga Jacaranda tertua adalah di Brisbane.
Apa yang aku perasan, makanan lambat basi. Biasanya kalau aku masak nasi di Malaysia, dua hari tu dah basi. Tapi di sini, 3 hari pun elok lagi dalam periuk. Walaubagaimanapun kami sentiasa berhati-hati dalam pengambilan makanan.

Bila basuh baju, aku tak dapat bezakan kain yang dah kering dan belum kering di ampaian sebab cuaca yang sejuk. Kalau aku nak basuh baju pun aku tengok ramalan cuaca. Biasanya kalau ada matahari baru aku rajin membasuh. Kalau cloudy tu aku basuh sikit-sikit.

Dalam menempuhi musim bunga ini, aku sentiasa rasa tidak sabar untuk menanti musim panas. Aku dah mula rasa rimas dengan musim sejuk. Aku rasa tak bebas. Nak mandi pun susah sungguh rasanya. Selepas mandi, kena sapu lotion. Kalau tak, habis kulit kering dan gatal-gatal.

Aku perasan juga bahawa kekerapan windy adalah lebih pada musim bunga berbanding musim lain. Suami aku pernah jahanamkan sekaki payung. Bila dibuka payung tu habis terlangkup ke atas. Rosak terus besi-besi tu. Dalam kehujanan bersama anakku si kecil Wafiya.


Begitulah ragam di musim bunga. Akan ku coretkan lagi bagaimana pula ragam di musim panas.

No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...