Tuesday, 9 October 2018

Menggapai Impian Berhijrah ke Luar Negara

Dari kecil lagi memang aku teringin nak duduk di luar negara. Nak tengok bagaimana kehidupan di luar sana. Apa-apa tentang di luar sana memang buat aku teruja. Bukan tanda aku tak patriotik. Cuma rasa ingin tahu. Nak kembangkan pemerhatian aku.

Teruja aku lihat sepupu aku belajar di luar negara. Aku kurang pendedahan. Belajar pun tak pandai. Sepatutnya aku mengorak langkah di zaman remaja, tapi aku silap. Lalai dan leka. Aku sia-siakan zaman muda. Dapat sambung ijazah tapi aku tak study betul-betul. Sepatutnya aku dah boleh amik master kat UK.

Dulu, aku teringin belajar kat luar negara. Tapi sekarang bila dah kahwin dan ada anak, aku teringin nak duduk di luar negara. Not really in deep to study.

Building kolej aku

Masa diploma dulu, aku pernah apply Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik Luar Negara Australia / New Zealand. Aku berjaya dapat sampai ke temuduga. Aku tak tau macam mana aku jumpa application ni. Aku dulu memang gunakan internet sebaiknya. Search macam-macam dan jumpa banyak peluang. Apabila aku masuk sesi temuduga, interviewer tanya aku macam mana aku boleh dapat panggilan temuduga sebab aku masih sem akhir diploma, belum tamat pengajian. Mana lah aku tau. Dah panggil, aku datang. Aku down dan rasa memang tak dapat.

Lepas diploma, aku kerja di Intel. Sambil tu sibuk juga cari course untuk sambung degree di luar negara. Tapi bila baca requirement nak sambung ke luar negara kena amik IELTS, mati terus niat. MUET pun dapat band 3, macam mana nak ambil IELTS and further study oversea. Akhirnya aku sambung degree di UTHM Johor.

Banyak kesilapan yang aku buat semasa pengajian degree di Johor. Aku terlampau bergantung harap pada seorang insan bernama manusia. Aku tak belajar berdikari. Apabila aku hilang tempat bergantung, aku tak tentu arah. Hilang fokus pada pelajaran. Tak serious belajar. Sesekali aku menyesal amik degree. Baik aku sambung kerja di Intel. Not really in passion to study. Tak minat dan tak ada goal.

Bila tamat pengajian dan praktikal, aku terus dapat kerja di TS Solartech. Aku dihantar ke Germany untuk training. Semangat aku naik balik. Aku buat yang terbaik. Masuk tahun ke 3 aku bekerja, aku mula search lagi universiti di UK. Aku nak sangat sambung master di UK sebab aku nak duduk luar negara. Lagi sekali aku down kerana IELTS. Aku rasa terbeban dan leceh. IELTS selalu matikan semangat aku. Aku tak peduli, aku apply jugak. Aku dapat 5 tawaran universiti di UK course Renewable Energy (photovoltaic). Sesuai dengan work experience. Tapi kalau sambung kat UK, course master hanya setahun. Aku nak duduk lama.

Even aku dapat 5 tawaran universiti, tapi semuanya bersyarat. Kekangan aku ialah IELTS dan yuran. Aku nak cari mana duit yuran. Aku apply MARA dan Chevening. Aku tak puas hati cara MARA buat interview session. Style panggil 10 orang masuk dalam satu sesi. Macam pasar malam. Aku kecewa. Sekali lagi terkubur semangat aku. Pengalaman memohon MARA memang sucks aku rasa. Daripada  Ujian Personaliti online yang server asyik down tu sampai la tunggu results. All sucks.

Aku kahwin bulan Mei sebab ingat nak masuk intake September. Cadang nak sambung master sambil ditemani suami. Tapi bila dapat tau aku tak dapat MARA, aku merajuk. Seminggu aku muram. Satu petang, suami aku bawak makan laksa di warung chinese mualaf. Baca surat khabar, aku nampak iklan taman perumahan dekat Bandar Perda akan dibuka untuk jualan keesokan harinya. Terus kami decide nak beli rumah untuk merawat hati.

I've going through day by day. Repeat routine life same everyday. Masa tu company tempat aku bekerja banyak nak setup line baru. Aku lupa seketika niat nak duduk luar negara. Tapi lama kelamaan business makin slow. Tapi, lagi slow lagi aku rajin pergi travel sebab kami nak cari kekuatan diri kami. Aku dan suami jadi tepu. Stress sebab pergi kerja, tapi tak ada kerja. Semua ini membuatkan aku jadi mandom. Tak bersemangat. Kurang daya ketahanan diri. Berada di zon terlalu selesa. Aku risau pada inner spirit aku. Kalau selesa sangat, nanti kalau jadi apa-apa, susah nak survive. Aku tak nak jadi macam dulu masa aku ambil degree.

Tahun 2017, aku sekeluarga bercuti ke Perth. Kami jumpa ramai orang Malaysia berhijrah ke Australia. Baik chinese dan juga melayu. Balik dari travel, terus suami aku suarakan keinginan untuk berhijrah. Aku lega. Mudah kerja aku bila kedua-dua antara kami setuju dan tekad untuk berhijrah. Setahun kami ambil masa untuk research dan follow orang-orang yang dah berhijrah. Dengar pengalaman dari orang lain. Minta nasihat dan pandangan.

"Tekad. Kami ingin migrate juga. No matter what."

July 2017 kami kena duduk rumah baru yang kami beli. Aku tak beli perabot. TV, wardrobe, katil, kitchen kabinet, semua tak ada. Masuk rumah baru dengan seadanya. Lampu, kipas dan grill sahaja yang diutamakan.

Dalam aku mengejar impian, aku tak lari juga dari manusia-manusia yang negatif. Aku pernah moral down dan give up in between. Ada yang suggest suruh aku atau suami yang masuk dulu, kemudian baru bawa pasangan datang dengan anak. I disagree! Selagi boleh elak berjauhan memang aku elak. Aku fikir satu, kalau orang lain boleh berhijrah bersama keluarga, tak kan aku tak boleh. Kalau orang lain tak buat, aku akan buat. Tak semestinya aku kena follow orang. Dahlah aku kena pisahkan anak aku dengan pengasuh, nak jauhkan pula dengan daddy dia. Totally tersasar niat dan tujuan untuk migrate. Migrate is seeking better life. Biar berkorban harta benda tak apa. Kalau anak yang terkorban, better stay di Malaysia tiga-tiga.

Sebulan juga aku diam tiada progress. Aku haramkan berhubung dengan orang negatif. Tak membantu pun. Tapi aku duduk takuk yang sama juga. Kemuncak fasa down, aku fikir, baik aku redah. Buat sampai jadi. Bila kita going through satu-satu proses, baru kita tahu. Immigration rule pun always change. Aku taknak bazir masa dah. Dapat visa atau tak, belakang kira. Aku pegang prinsip, belum cuba, belum tahu. Asyik dengar cakap orang, kita tak ke mana. Tersangkut di takuk yang sama.

Aku mulakan research kat website immi. Aku buka macam-macam negara. Germany, New Zealand, dan UK. Aku catat kos dan list comparison. Akhirnya aku stick Australia. Kemudian aku approach orang-orang yang berada di Australia. Sehinggalah aku jumpa agent Studynet. Consultation free. Service free. Aku mulakan process in the early 2018. While I'm looking for visa, my husband put an effort jual rumah. Segala urusan jual beli rumah, husband aku uruskan.

Bezanya sekarang, aku tak bersemangat nak study master macam cita-cita dulu. Aku lebih kepada nak living abroad, nak besarkan anak dengan suasana baru. Aku try looking at Work Skill Visa. Kesimpulannya, aku kena ambil IELTS dan dapatkan sampai band 7 untuk cukupkan point. Kena dapatkan skill assesment dengan Engineer Australia yang makan modal juga. Kalau dapat visa tu, boleh tinggal permanently dan harganya sangat mahal. Tambah pula bawa husband dan anak. Modal berganda. Jadi, aku try another option seperti yang disarankan pada website immigration. I jumped to student visa. Aku dah la pernah kecewa dulu apply macam-macam scholar tapi tak dapat. Nak self funding memang tak mampu. Aku kena jaga anak aku. Aku tak mau heavy study like master yang ada thesis, exam semua tu. Masa degree dulu pun aku tak minat, macam mana nak bawa master.

Aku berkenalan dengan sorang agent. Aku rasa lapang, jumpa jalan. Aku boleh apply kolej yang yurannya murah dan mampu self funding. Kelas pun seminggu sehari atau dua hari. Selebihnya boleh kerja. Tapi aku tak kerja sebab jaga anak di rumah. Suami aku yang akan kerja sara kami. Aku mulakan step dengan apply kolej. Semasa menguruskan permohonan kolej, aku terasa nak ambil IELTS. Untung-untung kalau results bagus, boleh pakai results tu untuk apply work skill visa. Kalau tak ok, takpe lah. Pakai untuk student visa jer. Aku ambil juga IELTS dan tepis segala tanggapan negatif. Aku akur sebab aku nampak kesan kalau tak ambil IELTS. Ada juga niat kalau IELTS results aku bagus, aku nak teruskan Work Skill Visa. Kalau results so so, aku proceed je student visa. Tiga minggu urusan migration tergendala sebab aku buat preparation. RM845 aku laburkan mencuba nasib pada IELTS. Kolej require band 5.5. Aku yakin mesti lepas dan tak perlu ambil banyak kali. Boleh baca balik pengalaman aku amik test ni macam mana. Results IELTS akan dikeluarkan tepat 2 minggu selepas exam. Tapi berlaku satu kes di mana results aku berjalan jauh dengan kurier. Tambah pula lagi 4 hari tergendala progress aku nak migrate.

Results IELTS di tangan, terus aku submit all document for college application. Lagi sekali, setelah di reject oleh kolej Centerburry. Dalam pada tu sebenarnya aku dah dapat satu tawaran kolej, kolej yang aku belajar sekarang ni, ACBI. Aku simpan sebab aku tunggu tawaran dari course travel and tourism. Tapi agent aku advice, lebih baik ambil course yang berkaitan dengan background study and work experience untuk memudahkan permohonan visa. Aku pun terima kolej ACBI dan bayar yuran.

"Proses aku bermula dengan rancak serta semangat dan harapan yang tinggi untuk berhijrah ke luar negara. Aku hampir terlupa yang aku akan tinggalkan ibu bapa, mertua, dan adik beradik. Apabila semua urusan migrate selesai, baru aku dapat rasa kesedihan untuk tinggalkan diorang. Aku tak sangka it was so hard. Aku diselubungi rasa sebak dan hiba di hari terakhir aku di Malaysia."

Aku akan ceritakan satu persatu step yang aku lalui buat panduan kalian semua. Juga catatan ini buat diri aku nilai balik apa yang telah aku lakukan dan korbankan. Aku rasa adalah perlu untuk aku catat kembali pengalaman ni. Since ramai juga yang bertanya.

-


Hari berganti hari, satu persatu step aku lalui dapat diselesaikan dengan baik. Aku dan suami ambil keputusan untuk hantar surat resign selepas kami dapat visa. Nak dijadikan cerita, dalam aku sibuk uruskan hal migrate, company yang aku kerja diisytiharkan akan tutup. Aku rasa bersyukur sangat. Pucuk dicita, ulam mendatang. Ya Allah. Engkau atur elok untuk aku sekeluarga. It is not happy ending for others but as for me, this is a bonus. Bersama duit pampasan, kami dapat mulakan kehidupan baru di Australia. Nikmat apa lagi perlu didustakan.

Tiba masanya aku perlu tandatangan surat perjanjian jual beli rumah dengan buyer baru. Allah saja yang tahu perasaan aku. Berat. Aku sedih untuk melepaskan rumah yang baru saja aku beli. Walau baru duduk, tapi banyak nilai sentimental. Aku perlu lakukan pengorbanan. Aku sign satu persatu muka surat perjanjian dengan hati yang berat. Rumah aku telah sah dijual. Tapi kami masih duduk rumah ni hingga ke saat akhir berangkat ke Australia. Since belum dapat payment lagi dan buyer baru pun setuju untuk kami stay jer.

Saat terakhir berada di rumah sendiri.

Moment dapat visa tu yang seronok. Perasaan yang paling aku tak dapat gambarkan dengan kata-kata. Berlari aku dalam kilang dapatkan suami aku untuk khabarkan berita yang visa kami granted. Dalam aku tengah melonjak, datang pula Manager aku tanya kenapa. Aku tetap rahsiakan sebab aku tunggu duit pampasan. Aku terus beli tiket flight. Aku pilih AirAsia dan kami beli tiket dulu without luggage sebab tak tau nak agak bawa berapa banyak.

Tugas suami aku ialah cari rumah sewa. Betapa sukar nak dapatkan rumah sewa jika kita browse dari Malaysia. All contact info semua di hidden kan untuk elak scammer. Akhirnya kami dapat rumah sewa melalui kenalan di fb.

Setelah semua urusan selesai, kolej dah dapat, visa dah granted, rumah sewa pun dah dapat, tiba masa aku packing dan pindah barang ke rumah mak dan juga rumah mertua. Nasib baik tak beli banyak perabot. Yang macam ini pun banyak juga nak kena angkut.

"Bila semua urusan selesai, aku boleh summarize kan, perkara yang paling susah nak hadap ialah saat meninggalkan apa yang aku ada. Moment tu. Saat menjual rumah, saat menjual kereta, saat mengosongkan rumah, saat memisahkan Wafiya dengan pengasuh, semua ini bagi aku adalah situasi yang paling sukar"

Seminggu terakhir berada di Malaysia, aku busy packing barang. Perasaan sedih kian hilang selari dengan keserabutan packing barang. Sedih tu tak terasa bila badan penat. Apabila seluruh ahli keluarga hantar kami di airport, datang semula perasaan sebak dan sayu. Bukan mudah rupanya. Sebelum ni aku busy prepare all documents, aku redah dan harung all requirement. Tak sangka rupanya ni adalah saat paling berat untuk dilalui.

Flight kami ke Sydney  pukul 11.45malam. Sepanjang perjalanan, kami 3 beranak tidur jer. Memang letih. Sampai di airport kami terus ke rumah sewa. Tuan rumah sambut dengan baik. Selepas letak barang, terus kami menuju beli simkad dan buat appointment dengan bank untuk buka akaun.

Akhirnya, kami sampai dan bertapak di Sydney.
Ramai yang tanya aku, why Sydney? It is the most expensive city.

Kalau korang follow perjalanan aku, korang akan faham. I don't care which country or any city. Aku nak bertapak di negara asing secara sah. Itu yang penting. Once aku berjaya enter, aku akan pandai-pandai cari peluang lain. Mungkin cari sponsored visa, mungkin buat bisnes. Tiada siapa tahu, what it may bring. Itu semua kerja Allah. Tugas aku, once dah sampai sini, aku akan gunakan peluang dengan sebaiknya untuk cari peluang.

Macam tak percaya. Banyak yang aku lalui. Banyak aku tempuh untuk datang ke sini. Banyak ragam orang yang aku jumpa. Sampai juga aku ke sini bersama anak dan suami. Ini bukan pengakhiran perjalanan aku. Ini adalah permulaan. Ramai yang kasi feedback betapa gembiranya diorang melihat aku berjaya ke sini. Semua mendoakan kami.  

"Terima kasih semua, tak henti-henti wish dan menaruh harapan buat kami sekeluarga. Terharu."

Aku juga bersyukur kedua-dua pihak keluarga sangat baik dan memahami. They all very supportive. Ramai yang share impian diorang berhijrah dengan aku tapi mendapat tentangan dari suami dan juga ibu bapa. Bukan senang nak brainwash orang. Mungkin kena beri pendedahan baru diorang akan nampak. 

Totally kami start from zero. Build up new life. Ramai juga yang tanya, buat apa aku cari penyakit. Banyak sebab. Sebab-sebab tu semua aku akan ceritakan satu persatu dari masa ke semasa. Tak cukup dengan hanya satu ruangan komen atau satu perjumpaan untuk menerangkan sebab musabab kenapa aku ingin berhijrah. Aku berada di zon selesa semasa di Malaysia. Aku takut aku kurang daya ketahanan diri. Aku taknak jadi macam dulu lagi. Aku nak anak aku experienced better education. Aku taknak anak aku jadi macam aku. I am seeking better life environment. Human right. Aku nak something challenging supaya aku dapat self development.

Yang pasti, sebabnya adalah bukan aku benci Malaysia. Aku tak amik port pun sape yang memerintah. Issue ni bagai tiada penghujung. Baik aku kisahkan diri aku, suami dan juga anak. Aku dan suami perlu something yang positif untuk build balik self esteem. Anak aku perlu merasai different education experience.













Ramai yang tanya, berapa lama aku akan stay. Aku pun tak pasti. Aku akan sentiasa cari peluang. Aku cuba. Gagal atau berjaya aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku cuba. Sekurang-kurangnya aku dapat raih pengalaman tinggal di luar negara.

Buat yang bertanya korang ada peluang tak untuk berhijrah, better korang study dulu apa yang ada di website immi. Gunakan tools yang disediakan. Kalau korang ada niat, ada duit, ada results IELTS, korang boleh sampai. Mungkin lagi better dari aku punya cara. Cuba lah merantau. Kita lihat perbezaan dan bagaimana rupa kehidupan di luar sana. Kita keluar dari zon selesa. Kita cabar diri kita mampu buat atau tidak bila hadapi cabaran.

Terima kasih buat semua yang wish dan doakan kami. Post ini aku tulis laju dan unedited. Sejuk woi. Jenuh nak sampai feeling untuk menulis. Keep follow next post for the detail step. Aku akan kongsikan, InshaaAllah.


Central Station
Spring like a winter,
Diyana,
Kingsford.
14 Oct 2018
11:38am

30 comments:

  1. entri okt 2018.
    skang camne? ok?
    aida ada sorang kak ipar di perth. dah berumur dah kak ipar aida.
    berkahwin di sana dulu kala. 2 org anak dia adalah warga australia.
    tgh kumpul dana jugak la now ni nak gi visit dia and explore australia. sementara dia ada, kan :)

    aida sgt nak mengembara luar negara. now, thinking of explore asia dulu.
    then baru la mengorak langkah lebih jauh.
    tak terfikir utk berhijrah :) but always support friends yg nak berhijrah. bergantung kpd memasing, kan.
    sorang ke UAE. asben bekerja sana. permanently.
    sorang di new zealand. phD. now, tak nak balik and akan go for pr la kat sana.
    sorang di UK. kawin org sana. practice as a doktor kat UK.
    sorang di US. tourism. memula gi sebab kerja. then, balik malaysia, resign. sefamili hijrah ke UK.
    kita ada tujuan dlm hidup. what now and what next.
    berhijrah, yes not easy. byk kena fikir.
    one things yg buat aida stucked here in Malaysia - parents. ni la perkara utama yg ikat kaki aida & asben from gi jauh.

    ReplyDelete
  2. seronoknya baca kisah sis walaupun banyak dugaan,kepayahan dan pengorbanan..tapi semuanya berbaloi jika itu adalah impian kita...teringin juga nak migrate macam sis...cuma saya tiada kekuatan itu..

    ReplyDelete
  3. So, how was the 2 years there? (Assuming you are still there hehe)

    been telling husband that we should try live in other country too. But being the only child to a single mom, mmg nampak berat sikit lah nak buat keputusan tu huhu

    ReplyDelete
  4. smlm ada baca entry sis berkenaan ni juga, the one woth the chronology details. fuhh kegigihan dan kepayahan tu mmg tak dpt dibayangkan, serious salute 👍🏿 tbh qeela sendiri mmg teringin nk duduk di luar negara, tp husband lg selesa di Malaysia je, hence, maybe I just kooking forward to travel jelah hehe. anyway, all the best to you all there!

    ReplyDelete
  5. tengok bangunan kolej tu dah nampak macam bangunan kat Putrajaya jer hehehehe.. Tapi baguslah ada niat untuk majukan diri dan pergi berusaha kat negara orang. Kita pun ada plan juga nak pergi sana tapi tak berani macam you lah hurmmm kena ambil kekuatan ni....

    ReplyDelete
  6. Seronok kan akhirnya berjaya juga dapat berhijrah sana. Akhirnya dikabulkan juga permintaan kan. Akan dinantikan apakah cerita disebalik semua ni nanti. True story sangat. Suka baca.

    ReplyDelete
  7. Masa zaman sekolah dan remaja dulu memang teringin nak duduk luar negara, jeles tgok orang Malaysia dapat duduk sana. Tapi bila dah dapat selalu ke negara orang, duduk seminggu pun dah tak tahan nak balik Malaysia so impian nak duduk sana sis lupakan..mungkin semangat kekampungan tu masih kuat kot dalam diri..hehehe. Dapat pergi travel pun bagi sis dah cukup buat sis.

    ReplyDelete
  8. hampir setahun dik.. cemana ? okay tak ? hee~ mesti rindu Malaysia kan.. akak pun kalau boleh nak berhijrah tapi komitmen di Malaysia masih banyak dengan urusan sekolah anak segala.. in shaa Allah satu hari nanti akak akan ikut jejak langkah awak.. doakan ya !!

    ReplyDelete
  9. nak kata selesa tu tak lah jugak. Tapi nak merantau ke tempat orang tu berfikir beratus kali jugak tu. Seronok baca pengalaman orang tapi nak tempuh sendiri macam tak sanggup.

    ReplyDelete
  10. Seronok sebenarnya bila ada peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di negara orang. Seronok baca pengalaman sis, cuma biasa la mana ada manusia yg tak ada rintangan hidup kan..

    ReplyDelete
  11. Nak duduk luar negara, berjauhan dari family, memerlukan kekuatan. Tak semua orang kuat nak berada di tahap sis.. Semoga perjalanan sis sekeluarga sentiasa dipermudahkan. Bukan mudah nak tempuh satu persatu cabaran tu kan..

    ReplyDelete
  12. sis diyana skrg masih di sana ka? boleh tahu mcmna process nk sekolah kan ank2 kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. masih di sini. Sy akan post tentang cara-cara sekolahkan anak di Australia.

      Delete
  13. Salam sis.. Sy pon Jika di izib Allah swt mgkin akan berhijrah ke sana jgk.. Boleh kongsi kan LG prosedur ke sana x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tengok archive dlm blog ni. Ada sy kongsikan prosedure. Nak guna visa apa nanti ya?

      Delete
    2. Assalamualaikum, boleh tolongbsy guide step by step untuk ke australia.

      Delete
  14. soo inspired la..goodsharing..dlu i mengidam nak duduk di paris...masa bujang dh brcita nak beli flight tiket dan ambil visa semua..tp lepas kawin..biasalah..somi ade komitmen keje kt mlysia..trkubr impian..haha..tp sure i akan travel ke paris nant...sronok baca kisah u...i plannak aply master now...and nt igt lps master akan trus aply phd kt UK ke..tgokla cmne..i nak duk overseajuga mcm u..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. boleh.. siapa pun boleh menggapai impian yg diimpikan. Believe in your dreams. Go and grab it. Pasti boleh!

      Delete
  15. Baru jumpa blog ni, seronoknya baca experience orang yang dah berjayamencapa impian. By the way sekarang sis dah kerja ka? Ada jugak pasang angan-angan nak migrate tapi bukan sebab nak further study, lebih kepada nak something better untuk pendidikan anak-anak tapi tu la, kalau migrate satgi kat sana nak keja apa? Umoq pun dah awai 40an 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih sis kerana sudi baca blog saya. Mana tahu kalau2 ada terbuka jalan utk sis sekeluarga berhijrah pula kan

      Delete
  16. priceless experience . gaining knowledges and more to come. wah bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading my blog. I hope it will benefit you. xoxo!

      Delete
  17. Saya dapat rasa dan feel cerita sis..sebab apa? Sebab perasaan saya sekarang pun sebijik mcm perasaan sis waktu berhajat dan bercita cita nak migrate dulu..sy skrang mmg jiwa memberontak..sy bagi tempoh 1 tahun 6 bulan pada diri sy untuk korek mcm mana cara nak migrate ke sana..sy pun nak stay dgn cara yg legal..tak nak overstay..sy pun tengah contact dgn sorang brother nie ( bukan abg kandung ) dia dah 4 tahun kat sana..dan harap jugak sis dapat membantu dari segi kongsi cara atau whatever yg boleh sampai ke aussie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua cara, proses dan kos berhijrah dah pun saya cerita dlam blog ni. boleh scroll lagi.

      Delete
  18. Saya dah tua lepasi 60an, masa tunggu result Form 5 tahun 1975 saya kerja di sebuah hotel di KL. Seorang Australian bekas army perang di Vietnam jadi kawan saya. Beliau waktu itu menjadi pemandu kereta lumba dan offer saya ikut dia ke Australia sebagai pembantunya. Dia kata gaji mahal dibayar setiap 2 minggu iaitu lebih kurang 800.00 msian money waktu itu. Tempat penginapan disediakan. Namun di hari tua ini, saya terfikir jugak jika terima tawarannya dulu mungkin kehidupan saya totaly berubah, maklumlah waktu muda yg happy go lucky. Bagaimana penghayatan agama saya bila berjauhan di negeri itu. Maklumlah waktu itu mudah mendapat kerakyatan sana dan bilangan warga melayu- Islam mungkin kurang ketika itu. Syukur Alhamdulillah apa yg ada sekarang kerana saya dengar rakan2 yg berhijrah luar negara ada yg tak sempurna penghayatan agama dan kehidupan di masa tua. Cuma mungkin anak2 yg teringin utk berhijrah perlu pastikan tempat baru itu ramai orang Islam dan kita aktif ke masjid kerana itu semua berguna untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain caranya. Saya hanya mahu menjadi penduduk tetap. Saya tak akan menukar kerakyatan saya sebagai warganegara Malaysia. Terima kasih atas ingatan. Itu mungkin orang lain. Tapi di kawasan saya majoriti beragama Islam. Bahasa Arab adalah bahasa kedua yang terpenting selain bahasa inggeris

      Delete
  19. https://www.thevocket.com/pengalaman-bertemu-ex-malaysian-di-luar-negara-buat-aku-rasa-syukur-tinggal-di-malaysia/

    ReplyDelete
  20. saya dan keluarga teringin jugak nk berhijrah ke australia. Mcmana cara nk pohon visa? saya ni dah berumur 51 tahun, anak2 pun dah besar.Ada idea x?

    ReplyDelete
  21. Terima kasih sis kongsi pengalaman yg detail nih.. Sya accidentally came across blog nih dan niat utk mencuba nasib kerja luar negara terbuka kembali.. Sblm nih dah terkubur sbb umur dah tak layak dah visa whv.. Boleh sis kongsi contact info agen yg consult sis bab background course yg sesuai tuh? Thank you so much.. So inspiring ❤️

    ReplyDelete

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...