Tuesday, 16 October 2018

Hijrah to Sydney : Confirmation of Enrolment (COE)

Selesai college application, biasanya masa menunggu tak lama. Seminggu kemudian mesti dapat jawapan kita diterima belajar di kolej itu atau tidak. Kadang ada requirement yang kolej nak lagi sebelum kita dapat official offer letter.

Biasanya pihak kolej akan beritahu sekali dengan offer letter.

Ada dua jenis offer letter.

Conditional offer letter dan unconditional offer letter.



Conditional offer letter 
means kita dapat tawaran tersebut tapi ada beberapa dokumen yang pihak kolej nak kita submit kat diorang. Biasanya IELTS atau deposit yuran.


Unconditional offer letter 
ialah tawaran tiada bersyarat means official offer letter yang kita dapat tu lah.


Masa aku apply university di UK dulu memang banyak la dapat unconditional offer letter sebabnya, diorang nak IELTS. Dulu kan aku degil taknak ambil IELTS. Tak yakin dan takut. Mahal pulak tu.

Selepas kes aku di reject oleh kolej Canterbury, aku apply kolej banyak-banyak. Bayaran sebanyak $150 sahaja untuk semua application. Kalau tak pakai agent, kau kena bayar $150 bagi setiap application. So, pendapat aku better guna agent lah.

Tak lama lepas tu, aku dapat jawapan dari kolej ACBI. Aku simpan dulu surat tawaran tu dengan harapan aku dapat kolej lain jurusan Travel & Tourism.

Ya. Aku minat jurusan tu. Bercita-cita nak berkecimpung dalam bidang tourism la cadangnya. Saban hari aku tungu. Tak juga dapat jawapan.

Agent nasihatkan aku supaya terima tawaran ni sebab berkaitan dengan study background and experience aku. Jadi, tak risaulah akan ketulenan visa student nak mohon nanti. Bukan apa. Risau student visa pun immi refuse. Maka, aku pun terima saja tawaran tu dengan jurusan Project Management.

Pihak kolej ada tanya aku nak intake bila. Intake ni setiap bulan pun ada. Kolej lebih flexible. Aku pun pilih intake October 2018 menurut kiraan tabung aku akan cukup untuk berhijrah dalam bulan October 2018. Masa tu aku pun tak tau lagi yang kilang tempat aku bekerja akan tutup. Aku congak saja yang aku nak berhijrah pada bulan October sambil nak selesaikan urusan jual rumah. Sampai sekarang pun duit rumah aku masih belum dapat.

Untuk terima tawaran, kau kena bayar deposit yuran kolej tersebut. Kemudian kolej akan keluarkan COE (Confirmation of Enrolment). Kalau dapat universiti dan kalau dapat tajaan, boleh kemukakan surat tajaan kemudian dapat COE.

COE ni lah penting untuk apply visa student tu nanti. Kalau kau takde COE, kau tak boleh apply student visa. Kalau kau tak bayar yuran kolej, kau tak akan dapat COE. Ok. Faham kan? Simple.

Deposit yuran kolej yang kena bayar ialah sebanyak $1650. Apa yang sampai $1650  ni?
Sini, aku terangkan.

Yuran satu term $1400.
Application fee $150.
Material fee $100.

Satu term bersamaan dengan 3 bulan. Bermaksud, untuk deposit kita dah bayar siap-siap yuran untuk satu term. So, kau boleh kerja sambil belajar masa sampai Australia nanti dan kumpul duit untuk bayar yuran term ke dua. Application fee tu pulak dah tak perlu bayar. Kan kita dah bayar masa apply kolej awal-awal tu kan (commitment fee bayar dekat agent masa mula-mula tu). So, bayar material fee dan yuran satu term. Material fee ni pihak kolej yang kenakan pada kita.

Aku bayar yuran pakai Telegraphic Transfer CIMB ke akaun kolej. Bukan akaun agent yer. Akaun kolej ACBI tempat aku belajar nanti. Selesai bayar yuran, hantar bukti pembayaran kepada agent. Selang sehari jer, aku dah berjaya dapatkan COE.

Macam surat sakti masa dapat COE tu. Semangat kian berkobar. Dah boleh mula buka website immigresen dan isi permohonan visa. Banyak juga detail kena isi. Isi pelan-pelan.

Masa ni, duit aku habis dah korek untuk bayar yuran. Pecah pala mana nak cari duit pulak untuk visa dan insuran. Keep calm and be cool. Layan jer setiap step tu dengan tenang.

Percayalah kataku, kalau korang tunggu duit berkepuk RM20,000 dalam tangan pun belum tentu korang akan berhijrah jugak. Better mulakan jer langkah demi langkah ni sambil otak bergerak nak cari duit kat mana.

1 comment:

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...