Ramai yang nak tahu kenapa aku pilih untuk tinggal di luar negara. Aku rasa tak cerita pun orang tau seronoknya tinggal di luar negara. Actually banyak sebab. Aku tak pasti sebab-sebab itu mampu atau tidak untuk aku zahirkan dalam penulisan kali ini.
Perlu aku tekankan bahawa aku ke luar negara bukan bencikan tanah air sendiri ataupun benci dengan mana-mana pemerintahan.
Aku pilih untuk ke luar negara untuk mencari pengalaman, meluaskan pemandangan, mengubah fikiran dan pandangan terhadap kehidupan. Ramai orang kata seronok tinggal di luar negara, tetapi memang betul seronok kah? Aku yakin mesti ada pahitnya. Tapi sejauh mana pahit tu? Semua rasa dan pandangan orang terhadap tinggal di luar negara tu aku nak rasai sendiri. Meneroka satu persatu dan aku akan share pengalaman dan perasaan aku apabila tinggal di luar negara.
Apabila tinggal di luar negara, keluarga juga dapat merasai pengalaman living abroad. Keluarga boleh datang sekali sekala dengan hanya membelanjakan tiket penerbangan kerana penginapan dah disediakan. Kawan-kawan terdekat juga boleh mengambil peluang ini dengan mengirim barang-barang dari Australia. Kenalan jauh yang kenal di sosial media juga dapat membaca pengalamanku dan menjadikan sebagai rujukan jika mereka juga ingin mengambil langkah untuk berhijrah.
Niat aku bukan hanya kepentingan diri. Aku juga mengejar kebaikan dan kongsi manfaatnya kepada orang lain.
La Perouse |
Ini antara sebab kami merantau ke negara orang.
Mencari pengalaman
Di usia yang aku rasa masih awal ini, aku rasa eloklah untuk kami mencuba sesuatu yang baru. Aku taknak sepanjang hidup aku ni mendatar dan coraknya sama saja. Pergi kerja. Balik kerja. Ulang rutin yang sama sampai mati. Aku nak himpun pelbagai pengalaman sementara usia masih di peringkat ini dari segi kerjaya, kehidupan dan pendidikan. Sesungguhnya memang aku telah dimaklumkan bahawa kehidupan di luar negara bukanlah seindah yang disangka. Its ok. Biar aku teroka sendiri. Aku nak raih pengalaman. Baik atau buruk, aku terima dan aku tempuh. Itulah sebuah pengalaman yang mengajar erti kehidupan. Bukan melalui rutin harian yang biasa dan ulang berhari-hari. I wanna gain something in my whole life.
Membina jati diri
Di Malaysia, hidup kami cukup. Ada rumah. Ada kereta. Nak ke mana, start saja kereta. Pendek kata, semuanya mudah dan telah tersedia. Jadi, aktiviti harian kami semuanya biasa. Keadaan ini tidak push diri kami kepada satu kejayaan. Kami spend masa dengan aktiviti main game, habiskan masa di media social, dan semua ini aku sedar sia-sia belaka. Kehidupan kami tak teruji. Kami tak pasti kami mampu atau tidak jika diberi dugaan dan cabaran suatu hari nanti. Jadi, kami keluar dari zon selesa. Penghijrahan ini membawa kami untuk cuba benda baru dan guna segala keupayaan dan kebolehan yang kami sendiri tak sangka boleh tempuh ataupun tidak.
I am seeking for a better life
Ada perbezaan antara better dan cukup. Di Malaysia, keperluan kami semua cukup. Tapi aku mencari better life. Healthy lifestyle. Aku nak menghirup udara segar. Aku nak menjalani kehidupan harian dengan cara yang sihat. Aku nak menikmati kualiti bahan makanan yang lebih baik, udara yang bersih, ayam yang tak dicucuk hormon, susu yang segar. Hehe.
Menghirup udara yang segar dan nyaman |
Better Education for Wafiya
Aku mahukan education system yang baru. Aku taknak Wafiya jadi macam aku dulu. Wafiya perlu diberi pendedahan dengan sistem pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik minat dia untuk terus belajar. Bukan paksaan. Wafiya perlu tahu, pembelajaran bukan sahaja di dalam bilik darjah. Bakat dan skill juga perlu diasah. Minat dan bakat perlu diterokai dari kecil. Aku taknak Wafiya melalui pembesaran macam aku. Tak minat dengan course yang diambil, terpaksa untuk belajar dan menjadi penghutang tegar di usia yang muda. Tapi aku tak pasti Wafiya sempat atau tidak untuk ke sekolah di Australia kerana kami pun tak pasti berapa lama kami akan stay di Australia. Bergantung pada rezeki visa. Jika visa dapat stay lama, mungkin Wafiya berpeluang sekolah di Australia dan aku berpeluang melihat sistem pendidikan di Australia.
Mencari semangat diri
Keadaan company tempat aku dan suami kerja dulu memberi impak yang besar dalam diri kami. Telah bertahun aku pergi kerja dan tiada kerja nak dibuat. Ini membuatkan diri kami lemau, no energy dan kurang menggunakan daya saing dalam diri. De-motivated. Kami perlukan sesuatu yang baru. Lebih cabaran supaya kami menggerakan segala keupayaan diri kami untuk digunakan.
Memberi pendedahan kepada tanah air
Aku akan share bagaimana rupa kehidupan di sini. Aku nak dedahkan kepada rakan-rakan bahawa inilah kehidupan masyarakat di sini. Kita perlu pengetahuan luar supaya fikiran kita lebih terbuka. Bukan perbezaan yang aku tekankan. Aku tak nak cakap wah oversea ni bagus lah dari Malaysia lah apa lah. Just aku nak tengok apa yang ada di sini, dan aku ceritakan. Mana tahu kalau-kalau Malaysia buat pembaharuan based on apa yang di dapati di luar negara. Untuk kesenangan semua juga kan. Aku nak beri pendedahan kepada kalian beginilah rupa kehidupan di sini dan tak mustahil Malaysia akan mengubah sistem ke arah yang lebih baik. Tak semua orang mampu untuk ke luar negara. Jadi, aku kongsikan supaya kita sama-sama rasa nikmat kehidupan di sini.
Close to Nature
Bumi Allah begitu cantik. Banyak tempat yang aku sangat mengkagumi penciptaNya. Di tempat aku sini, banyak tempat yang indah alam semulajadinya yang dapat aku nikmati dengan percuma dan tanpa kesesakan manusia. Kebersihan pun terjaga di sini. Jika di Malaysia, untuk menikmati kecantikan laut dan pantai, kita perlu membeli rumah jutaan ringgit di tepi pantai atau keluarkan modal untuk travel ke tempat-tempat yang cantik. Jika di sini, aku hanya berjalan kaki atau menaiki bas dan terus sampai ke laut yang membiru, rumput yang menghijau.
terasa betapa kerdilnya diri ini |
Belajar erti bersyukur akan nikmat yang didustakan.
Apabila kita berada dekat dengan keluarga dan berada di tanah air sendiri, kita kurang rasa syukur dengan nikmat yang diberi kerana semuanya mudah tersedia. Bila berjauhan setiap perkara yang kita dapat dan rasa, menanam rasa bersyukur. Baru tahu betapa beruntungnya dan betapa bersyukurnya kita apabila dapat mengecapi sesuatu yang di mana kita sangka kita tak mampu untuk rasa semua itu.
Berdikari
Berpijak atas kaki sendiri. Push yourself to the max. Melatih diri untuk tidak jadi manja dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Tidak menyalahkan orang lain jika orang lain tak bantu kita.
Do not rely on someone else |
Ini antara sebab-sebab kenapa aku nak berhijrah. Di Malaysia, semuanya cukup but actually we miss something. Dari segi inner thing, kami kurang. Biar suami aku lebih berdaya saing dan lebih gigih berusaha untuk mencari rezki, biar aku meneroka benda baru di sini, biar Wafiya dapat sistem pendidikan yang lebih baik. Apa yang aku lalui masa silam banyak mengajar aku untuk menjadi seperti apa yang aku buat sekarang. Aku telah banyak buang masa dulu. Banyak perkara yang sia-sia telah aku buat. Jadi, sekarang aku raih kembali perkara yang bermanfaat sebelum ianya terlambat.
Moga dipermudahkan urusan di tempat asing. Teringin juga kalau ada peluang. Nak juga rasa macamana nak survive di negara orang. Tapi tu lah walaupun berada di tempat orang, tanahair sentiasa di hati.
ReplyDeleteAustralia ni? Teringin juga nak kerja abroad. Cum atak tahu macam mana nak dapatkan peluang tu.
ReplyDeleteSemoga Allah keluarga kalian. Ada pro dan kon dia. Apapun semoga baik-baik di negara orang. :)
ReplyDelete**menjaga
DeleteInsyaAllah semoga dipermudahkan urusan di luar negara. Setiap orang ada impian tersendiri. Jangan lupa Malaysia ya
ReplyDeleteyes. tepuk dada, tanya selera, kan :)
ReplyDeletesetiap kita ni ada impian. ada harapan. ada tujuan. grab it!
and moga yg dicitakan tu, berjaya diperolehi. yg penting, berani, tabah, cekal!
boleh share pengalaman. moga beri inspirasi kpd kami-kami di sini. terbaik :)
bagi aida, apa yg aida ada sekarang is lebih dari cukup. aida puas hati :)
setangga demi setangga aida sedang naik sekarang.
cantik la view. memang takkan jumpa la view gitu di malaysia.
moga ada rezeki aida & keluarga jejaki australia. aminnnn...
syok kan.. teringin juga.. parrt paling suka study tu. ye laa x semua dlm bilik darjah je.. kat lapangan tu juga penting...
ReplyDeleteBanyak jugak sebab berhijrah ke luar tu. Masuk part berdikari tu I boleh nampak sis yang jenis tabah and strong person! Tak ramai yang mampu buat macam sis buat. I really hope you feel proud for what you did back there.
ReplyDeletecantiknya view pemandangan kat sana. bila la boleh fly pergi negara kanggaro ni, bertuah awak dapat belajar sana. tak dapat study sana, dapat travel ke australia pun boleh tapi sekarang nak mohon visa travel macam susah sikit. tak boleh nak beli tiket sebelum visa dah approve, kan burn macam tu je tiket hehe
ReplyDeleteSaya sensiri pun kalau ada peluang untuk menetap di luar negara memang saya nak. Gila nak tolak kan. Duduk di temoat orang macam macam kita boleh dapat. Timba pengalaman bafu, kenal adat dan budaya mereka, cara bermasyarakat di sana kan.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semua urusan. Nanti jangan lupa kongsikan pengalaman selepas berhijrah kat luar negara tau. Mouse mommy berminat nak tahu jugak sebab bukan senang nak sesuaikan diri kat tempat baru. Terima kasih.
ReplyDeleteWah bestnya duduk luar negara. Setuju jugak dengan pendapat sis. Perlunya sistem pendidikan yang baru. Semoga dipermudahkan urusan di sana ye
ReplyDeleteKalau ada peluang and rezeki Iza pun teringin nak cuba hidup dekat negara lain. Bukan sebab tak suka Malaysia tapi nak kumpul pengalaman. Sebab pengalaman macam tu tak ada masa kita belajar kat sekolah or dekat uni.
ReplyDeleteBetul tu, waktu muda tu lah nak merasa duk oversea kan, pengalaman baru. Akak sokong penghijrahan you sekeluaga diiringi dengan doa, semoga Allah permudahkan urusan
ReplyDeleteCara Nak Install Dan Guna Google Analytics DiBlog Wordpress
bgusnya awak nak berhijrah ke tempat orang..ada member kene pergi sana juga tapi dalam 3 tahun sahaja disebabkan kerja, dia pun excited bila pergi berhijrah ni..semoga dipermudahkan segala urusan ye
ReplyDeletePilihan letak pada kehendak diri masing-masing, ada yang suka berhijrah dan ada yang tak boleh keluar dari kepompong yang dah biasa dilalui. Apa2 pun semoga dipermudahkan kehidupan uoll sekeluarga di sana.
ReplyDeleteCantik pemandangan. Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga di sana. Kalau rindu Malaysia jangan lupa balik sini. Qiss kalau ada peluang memang nak sangat tinggal kat luar negara yang macam ni. Inshaa Allah satu hari nanti.
ReplyDelete