Saturday, 13 October 2018

Berhijrah ke Luar Negara : Ini cara saya

Sebenarnya aku tak kisah pun macam mana bentuk soalan yang korang beri pada aku. Yang mencabarnya adalah untuk explain kat korang. Melainkan korang ada research sikit tentang hal berkaitan. Senang explain dan senang korang fahamkan.

Ramai yang tanya bagaimana cara aku ke luar negara dan ramai yang salah anggap mengatakan aku study master di universiti.

Alhamdulillah. Kini dapat merasa tinggal di luar negara

Rakan-rakan,

Tujuan aku berhijrah adalah untuk aku stay secara sah di sesuatu negara. Bukan higher qualification yang aku kejarkan (buat masa ini). Bukan universiti terkemuka. Tidak. Sama sekali tidak. Bukan itu fokus aku sekarang. Pandangan aku berbeza.

Pandangan aku ni aku tak paksa untuk korang bersetuju. Lain orang lain kebolehan. Aku tau level aku takat mana. Aku rasa pembelajaran aku dulu tak dapat apply pun in a real working life. It just a ticket that you can apply higher position seperti Engineer instead of technician. Seriously, aku belajar dulu untuk lulus semata. Dengan graduate pointer 2.56 takde apa yang perlu aku banggakan zaman study dulu. Memandangkan umur pun dah meningkat, ada anak sorang, aku tak dapat nak beri komitmen if heavy study.

Aku ada dapat tawaran UNSW bidang photovoltaic. Deposit yuran $8000

Master memerlukan aku take more effort on assignment, attendance, exam, presentation, dan tutorial. Ianya memerlukan duit yang banyak untuk bayar yuran. Another option is apply scholarship or study loan. Untuk apply scholarship, persaingan sangat tinggi. Qualification aku ni dahla suam-suam kuku. Rata-rata scholarship memerlukan untuk kita  pulang ke tanah air semula. Aku nak stay lama di sini dengan sah. Yuran universiti pula around $40,000 untuk master. Seriously aku tak mampu. Since 2014 aku kejarkan scholarship. At the end tak dapat pun. Sampailah umur aku meningkat dan sekarang aku dah tak mampu nak heavy study. Berapa tahun dah aku bazirkan dengan memohon pelbagai tajaan. Tak dapat. Dan usia makin menginjak.

Jadi, ini cara aku untuk berhijrah. 

Sekali lagi aku tekankan, aku berhijrah ke luar negara adalah untuk tinggal di negara orang secara sah. 

Belum lagi terbuka hati untuk ambil master atau higher level. Aku taknak stress life or perkara yang menuntut komitmen. Kalau duduk di luar negara pun aku berhutang sana sini atau stress study, baik aku duduk Malaysia.


Ini cara aku, first step sekali:

  • Aku buka website immigresen beberapa negara.
  • Aku guna tools di website masing-masing yang list out semua jenis visa yang aku boleh apply. Banyak faktor yang mempengaruhi terutama sekali UMUR. 35 tahun ke atas agak susah.  Syukur aku dapat kesedaran lebih awal tapi aku rasakan ini pun dah terlambat. Jadi, aku tak boleh berlengah lagi.
  • Aku compare beberapa negara, jenis visa, kos dan apa hak sesuatu visa

Aku dapati aku layak memohon Work Skill Visa. Dengan ijazah dan pengalaman kerja sebagai engineer aku boleh apply visa ni dan boleh tinggal di sini permanently. Tapi kekangan aku ialah kos dan masa. Aku perlu pindah dengan segera supaya umur aku tidak cecah limit dan masa tak dibazirkan. Lagi aku lengah nanti point untuk aku dapatkan Permanent Resident (PR) tu rendah.

Point yang aku maksudkan(tahun 2017). Immi rule akan selalu bertukar. Passing point now is 65.

Jadi, aku try another option.

Option lain ialah student visa. Otak aku fikir aku perlu apply university dan kena ambik master. Mana pula nak cari duit untuk bayar yuran universiti. Pengalaman lalu, setiap kali aku apply universiti luar negara, mesti aku tersangkut kat application fee. Ya, nak buat permohonan pun ada yurannya. Kalau kita tak bayar, kita tak boleh mula memohon pun. Ada juga universiti yang at first aku ingatkan free, tapi bila dah isi macam-macam berpage-page, tinggal button submit jer lagi, terus tak dapat send application sebab tak buat bayaran application fee. Rata-rata application fee around $150. Masa tu kita still duduk di Malaysia kan. Darab lah dengan 3. Tak ke RM450?? Itu baru satu application tahu?? Belum lagi application universiti lain. Itupun kalau dapat. Kalau tak dapat? Burn jer duit tu. Pengalaman apply universiti di UK dulu free jer. Universiti yang terkenal jer yang kena bayar. Banyak universiti di UK application fee adalah percuma. Tapi Australia mostly semua kena bayar.


Aku jem masa tu. Terkedu! Aku tinggalkan sekejap semua urusan dunia ni.


Bila semangat tu datang balik, aku mencari lagi. Aku terjumpa sorang education agent. Satu persatu step diterangkan dan aku stick dengan keputusan untuk apply student visa. Bukan Work Skill Visa. Aku nak berjaya masuk secara sah. Itu target utama. Nak apply visa pun bukan senang since sekarang banyak visa pun kena refused even tourist visa. Once aku berjaya masuk, aku boleh kumpul duit dalam matwang AUD untuk apply visa lain pulak. Siapa tahu kalau kalau ada rezki dapat sponsorship visa. Untung juga. Yang penting, aku kena bertapak jer dulu. Berjaya masuk. Student visa is the right choice. Mulanya aku fikir, matilah nak kena masuk universiti pulak. Rupanya kolej yang murah-murah pun boleh. Makanya, belajar lah aku di kolej demi kehidupan di luar negara secara sah.


Sebab apa aku taknak masuk universiti? sebab yang aku nyatakan di atas lah. First sekali, aku tak mampu nak beri heavy komitmen on study. Satu lagi sebab yuran. Umur aku yang macam ni, aku nak beri yang terbaik untuk anak dan suami. Kalau ada duit lebih sekalipun, baik aku hantar anak aku ke kelas swimming, music atau child care. Sekali lagi aku tekankan, cara ini mungkin berlainan dengan korang. Kalau korang ada duit, better ambil master dan sambung di universiti. Kalau results degree memuaskan, mesti senang dapat scholarship. Setakat ni fokus aku belum lagi untuk sambung pengajian yang lebih tinggi.

Ramai orang tanya aku, "further study ke?"

Agak letih juga nak jawab. Or better aku tak jawab? Korang boleh nilai sendiri, aku ada Diploma in Electronic Engineering, kemudian aku ambil Degree in Electrical Engineering and now aku ambil Diploma in Project Management. Niat aku nak stay legally in Australia sekaligus aku ada kelayakan in Project Management.

Yuran kolej masih mampu untuk kami merangkak cari. Pergi kelas pun ikut kau nak datang sehari seminggu atau dua hari seminggu. Hari lain kau boleh kerja. Tapi ada sedikit kekangan, kita boleh kerja 20 jam jer seminggu. Termasuk spouse. Yang ni kena bare in mind. Buat persediaan sepatutnya. Kau perlu yakin rezki tu maha luas, kau pasti tak akan gentar. Ataupun kau boleh kerja yang gaji dibayar secara cash.


Ini kos aku, suami dan anak sorang umur 3 tahun:

**Kos ini adalah harga pada tahun 2018.

Kos semasa permohonan:

IELTS : RM845

Translate dokumen : RM30 per page
*translate di mahkamah


Yuran kolej : $1650 = RM4950
including :
  • 1 term $1400
  • Material fee $150
  • Enrolment fee $100

Insurance untuk 3 beranak setahun pengajian + 3mths : $4164 = RM12,813.04


Student visa (subclass 500) : $1145 = RM3515.15
including:
  • Student visa : $575
  • Suami : $430
  • Anak : $140

Medical check up : RM786
including : 
  • Aku : RM298
  • Suami : RM298
  • Anak : RM190

Biometric x 3org : RM117 x 3org = RM351



Ini pula kos selepas berjaya mendapatkan visa:

Flight Ticket AA Penang - Kul - Sydney : RM476 x 3org = RM1428.86

83kg luggage AA Penang - KUL - Syd : RM673

Post barang from Malaysia : PC, kasut, buku : RM660

Deposit sewa rumah : $350 x 8 weeks = $2800

Opal card :$20
Simkad : $20

Photo id : $58

Cash in hand : ~$6000
*buat modal hidup baru

Honestly, aku start semua ni dengan hanya ada modal duit yuran sahaja. Kalau aku tak pergi travel mesti aku ada modal lebih dari ini. Gatal juga nak travel even dah niat nak migrate. Kalau aku tunggu duit berkepuk baru nak mulakan semua ni, alamatnya entah bila lah aku dapat migrate. Aku sediakan duit ikut satu persatu urusan. Bukan ada duit sejelepuk baru nak mula. Bukan. Bila aku sattle bayar yuran, aku usahakan untuk duit insuran. Lepas tu aku usahakan pula untuk duit visa. Ikutkan prosesnya sekejap sahaja. Tapi aku ambil masa untuk kumpul duit untuk satu persatu bayaran. Once dah ada niat dan start bergerak, duit tu tiba-tiba datang. Rezki Allah kasi. Memang miracle. Miracle sebab apa? Sebab aku diberhentikan kerja semasa dalam proses menunggu visa, bermaksud aku dah submit application visa. Right timing bagi aku tetapi bukan sesuatu yang bagus untuk pekerja lain yang hilang pekerjaan. Rezki duit pampasan. Punya lah bertahun aku tunggu saat ni. Rupanya Allah kasi peluang ni pada tahun 2018 dengan anak dan suami.

Kos yang paling hurting so much ialah kos insuran, OSHC (Oversea Student Health Coverage). Manakala aku masih mengekalkan insuran di Malaysia. Aku bayar siap-siap untuk setahun. Modal memang kena banyak. Kalau korang single, insuran dalam $600 jer. Tapi kalau berkeluarga berganda banyaknya.

Ini pula timeline aku jika tertanya proses diambil berapa lama.

Feb 2017 : Travel to Perth
Decide nak migrate
Survey cara to migrate


28 Feb 2018 : Contact agent
 

19 March 2018 : Submit document to agent
Centerburry College reject, apply WIC College

8 May 2018 : **Apply Maxis Scholarship

9 May 2018 : Dapat conditional offer from WIC College**Apply MARA
**Apply Australia-Asean Scholarship


14 May 2018 : Register IELTS**Digital interview Maxis Scholarship

19 May 2018 : Seat IELTS exam kat Cititel Hotel 
20 May 2018 : Translate dokumen
23 May 2018 : **Personality test MARA 

26 May 2018 : Translate sijil nikah
Amik balik semua dokumen translate di mahkamah kulim

1 June 2018 : Results IELTS keluar di website
5 June 2018 : Results IELTS (TRF form) self collect di Airpak Butterworth
6 June 2018 : Send semua document require kat agent
12 June 2018 : Dapat offer kolej ACBI
26 June 2018 : Bayar yuran kolej ACBI
28 June 2018 : Dapat COE (Confirmation of Enrolment)

3 July 2018 : First log in immi account 
Ini baru part isi application, belum submit lagi

7 July 2018 : Beli OSHC insuran
18 July 2018 : Lodge visa 
Ini baru betul-betul submit application dan buat bayaran. 

24 July 2018 : Buat medical Check up
31 July 2018 : Buat biometric
Selesai step ni means visa baru mula proses

9 Aug 2018 : Dapat keputusan visa
Tapi aku check email pada 10 August 2018, rupanya dapat visa semalam lagi
Masa menunggu visa 11 hari.
Hari ke 10 dah dapat jawapan.



*date random yang mana aku ingat jer

**aktiviti ini adalah aktiviti sampingan dalam usaha kalau dapat tajaan untuk study master di universiti luar negara. Aku bergerak semuanya serentak. Itulah aktiviti aku saban tahun dalam mengharapkan secebis pengalaman hidup di luar negara


Ada juga yang tanya, "kenapa tak apply scholarship?".

Ok ini jawapan untuk korang. Tengok list di atas. Bukan tak apply. Even aku tak yakin, aku apply juga. Aku apply macam-macam cara jika ianya memberi peluang untuk aku tinggal di luar negara. Setahun dua pun jadilah. Actually since 2014 lagi. Offer dari universiti boleh dapat. Tapi bila apply scholarship, awal-awal lagi aku kecundang sebab pointer degree. Kalau dapat tajaan yuran universiti luar negara, tak pe lah, aku cuba juga untuk belajar ke peringkat master asalkan dapat peluang tinggal di luar negara. Tudia. Taksub sangat ni. Jangan salah faham. Aku cuma nak cari pengalaman yang lain dari yang lain untuk mencipta sejarah dalam seumur hidup aku. Bukan sebab aku benci Malaysia atau negara luar lagi bagus. Bukan. Aku cuma nak keluar seketika dari Malaysia untuk belajar sesuatu yang baru, yang lain dari norma kehidupan biasa kita di tanah air sendiri. Supaya pandangan aku terbuka. Supaya pengalaman mematangkan fikiran.

Dengan student visa yang aku dapat ni, InshaaAllah aku boleh kumpul duit untuk apply work skill visa yang membenarkan kita stay permanently. Kalau masih stay di Malaysia, aku kena kumpulkan RM. Dengan peluang yang ada ni, aku boleh kumpulkan AUD. Tapi itu cuma perancangan lain jika dah stay di Australia.

Buat masa sekarang, aku rasa ini cara yang terbaik (guna student visa) untuk beri aku pengalaman tinggal di luar negara. Kalau aku tak suka life sini, aku still boleh balik ke Malaysia. Aku boleh belajar dengan santai di kolej ni. No stress. No exam. Aku boleh dapat qualification from Australia sekaligus pengalaman tinggal di luar negara. Course ini disarankan oleh agent yang bersesuaian dengan background study dulu. Taknak nanti proses application visa jadi rumit kalau lompat bidang jauh. So, aku follow jer. Tak kisah pun. Still boleh lagi catch up level gini. I dont mind any city. Any country. Kalau UK, kita kena ambil higher education, kena ada tajaan dan degree tak boleh bawa dependant sekali, so aku fokus Australia jer sebab boleh study any level. Kolej mana yang aku dapat, aku akan stay di situ, tak kisah Melbourne ke Perth ke Sydney ke asalkan dapat offer letter dan berjaya masuk secara sah.

LIVE + WORK + STUDY

Aku akan ceritakan lebih detail lagi step by step untuk panduan korang yang nak stay luar negara atau nak sambung study di Australia. Boleh guna panduan ni sebagai rujukan.


You can Live, Work and Study here. Asalkan ada duit. Semua boleh.


36 comments:

  1. Tertunggu untuk next entry. ��

    ReplyDelete
  2. wow great sharing! nnt nk baca jugakkk next part 👍🏿 mmg bukan senang kan nk buat sesuatu tu..tp mmg salute lah sbb sgt berani untuk gerak je jugak. alhamdulillah if suami pon ok je nk migrate jugak adela kekuatan jugak nk redah kan, kalau tak dh tmbh satu hal lain pulak..moga dipermudahkan segala urusan kat sana yea insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. bila baca sampai habis rasa seronok dapat belajar kat negara orang tapi bila kenang proses yang rumit tu erm terpaksa fikir dua tiga kali. yup nak belajar kat australia ni ada duit semua boleh jalan. tak sabar nak tunggu entri seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Thank you for this sharing. very informative.

    boleh tahan juga 'cabaran' tu ye terutama dari segi kos. All the best di tempat orang.

    ReplyDelete
  5. seronok baca pengalaman orang. teringi juga nak migrate ke negara lain tapi itulah, mcm step pula nak kena ikut. teringin jugak nk ke australia sbb selalu tengok orang travel ke sana, tengok gambar semuanya nampak seronok. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  6. Seronok baca pengalaman orang yang stay di negara luar. Bukan mudah untuk daoatkan PR sesebuah negara ya. Banyak juga step yang kena buat. Macam nak apply visa pun kena betul betul decide yang mana sesuai kan. By the way bila ti ggal di negara orang sebenarnya beri kita satu pengalaman yang menyeronokkan

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing these insights it's good to know and if I have the chance in the future I'll love to move to the city I love.

    ReplyDelete
  8. Thanks sebab share step-by-step in detail.
    Lots of new information there. Really helpful. Thanks

    ReplyDelete
  9. Bagus lah ada juga niat nak pergi luar negara dan bekerja kat sana tapi buat masa ni memang tak mampu lagi tak cukup cash on hand tu hehehee but good info yang boleh banyak ambil kat sini...

    ReplyDelete
  10. Good tips untuk keluar dari Malaysia. Lain orang lain impian dan cara hidup dia kan? Can't wait for the next entry!

    ReplyDelete
  11. Tu lah..yang penting kena ada duit baru semua boleh jalan. Kagum dengan kegigihan dan keazaman nak berhijrah ke Aussie. Tak pernah terfikir pun agak susah juga ye nak migrate. Huhu. Hope urusan awak mudah la kat sana :)

    ReplyDelete
  12. teringin nak tau apa jadi seterusnya.. dulu pernah juga berangan nak migrate tapi takde kekuatan sampai sekarang dah beranak pinak pulak.. haha..

    ReplyDelete
  13. best baca cerita ni sebab banyak info dapat dan pengalaman tu ajar kita yang baca ni lebih faham dengan jelas situasi kalau nak migrate. pernahlah ada impian nak migrate tapi sekarang pun dah 30. lagi meningkat umur, lagi susah kan. btw all the best kat tempat orang. moga Allah mudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  14. Sesekali tak salah keluar negara utk migrate atau study.. klau diberi peluang nak je ke negara org..even my cousin mmg belajar dan terus bekerja disana. Diaorg happy dan ada 4 org anak yg lahir disana.tgk macam best tapi perlu banyak pengorbanan la kan..

    ReplyDelete
  15. Wahhh menariknya. Banyak info boleh dapat lepas baca ni. Kalau diberi peluang, saya pun nak merasa hidup di negara orang juga.

    ReplyDelete
  16. Don't know if I will ever be able to migrate to another country but I would like to think that there's a small shop small

    ReplyDelete
  17. Wow a very intricate comprehensive post about your desire to travel to another country. wish I could do the same as well but I have settled down here and I don't think I wanna disrupt my family and children's life anymore. Still it is fun reading how you go to great lengths to explore and find ways to fulfill your dreams. :)

    ReplyDelete
  18. Nice interesting post to read. Never been easy to work or migrate at other country. Best of luck to you!

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. hi kak, sy came across blog akak psl migration sbb sy teringin sgt nk migrate especially to perth. by reading your experience, rasa nk cuba and susun balik plan tu cumanya sy nak confirmkan is studynet tu first platform untuk nk cuba masuk australia secara study ke? sy nk cuba masuk pakai skill visa tp obviously mahal and susah sbb sy tk dpt any offer from sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca blog sy. studynet tu agent kalau nk guna student visa. kalau nak apply sendiri kolej2 atau universiti pun boleh. Kalau skill visa tak dapat offer dari sini pun takpe. try independent work skill visa subclass 189. IELTS or PTE kena high score dan dptkan skill assesment. Contoh kalau Engineer, kena dapatkan assesment from Engineer Australia. Good luck. Semoga tercapai apa yang dihajati.

      Delete
  21. love your entry..terlajark sampai sini masa google 'hijrah ke australia'. keep updating.. salam dari Bahrain dear... umi azrini... (guna akaun anak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... from Bahrain :) thanks dear sudi baca... saya harap moga bermanfaat

      Delete
  22. Bestnya, mmg niat hati nk migrate to other country. Nk cari pengalaman. Insya Allah, suatu hari nnti. Boleh akk share agent yg sah utk bantu g aussie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..kalau ada niat, teruskan tekad.. tak rugi mencuba.. boleh search Fusion Oz atau Studynet.. trusted agent

      Delete
  23. Salam sis..saya ada email sis..kalau boleh check dan respon..saya bertanya soal visa yang sis guna tu walaupun saya dah baca apa yg sis share..tQ

    ReplyDelete
  24. salam sis... bestnyaa baca blog sis ni.. semngat pulak rasa! sis.. saya nk tnya, klu kita pkai student visa, pstu dalam tempoh pengajian tu,.. boleh ke kita sponsor mak kita dtg melawat kita kat sana? or adik bradik yg lain.. boleh kita sponsor utk diorng dtg melawat kita? mohon pencerahan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apekah yg sis maksudkan dengan "sponsor". Kalau bg sy and migration term, "sponsor" tu maksudnya kita nominate ahli keluarga utk dptkan visa, biasanya term macam ni boleh dipakai kalau kita duduk regional area/PR... kalau pakai student visa, nak mak ayah datang melawat kita kt sini, apply visa melancong, beli tiket kapal terbang dan fly. itu saje. Visa melancong boleh stay 3 bulan.

      Delete
  25. As'salam, Im only here this year 2022. a bit late for the posting. Cuma nak tau more about ways to migrate to Australia. Currently Im engaged with agent to apply for university Feb 22' intake. Boleh tau masa visa application tu, we have to proof source of income and bank statement to proof we have worth of 1 year living cost? And sis cari rumah melalui agent ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, we have to show financial proof, like saving account, bank statement. Yup, sy cari rumah melalui agent, boleh tgk apps Rental, Domain, Realestate

      Delete
  26. Assalamualaikum, saya juga berhajat untuk migrasi ke sana memandangkan saya dah tiada siapa-siapa di Malaysia. Jadi boleh tak klau x keberatan suggest atau list agen yg betul-betul boleh membantu saya menyempurnakan hajat ini. Insyallah sy pemegang deg & master but i know i still not work until i could fine the right direction to go there..there have a lot competition outhere..could u please guide me Mdm Diyana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ada degree dan master, boleh cuba tengok skill independent visa (apply PR from Malaysia), tak perlu guna agent. Process very straight forward. Ataupun boleh cari scholarship university utk buat PhD.

      Delete
    2. https://www.diyanasahariman.com/2020/07/visa-kerja-di-australia-things-you.html
      ini link utk apply visa kerja which is PR visa.

      Delete

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...