Monday, 22 October 2018

Apa yang perlu dibuat setelah tiba di Australia

Setibanya di Airport Sydney, kami mencari grab untuk ke rumah sewa. Kami bertiga struggle menolak trolley dengan 4 luggage dan dua lg handcarry  ditambah pula dengan anak kecil. Angin meniup kencang. Agak sukar bergerak.

Tiba di Sydney Airport
Grab sampai, tapi apabila dia nampak Wafiya dia tak boleh bawa kami sebab Wafiya perlu duduk di car seat. Hanya taxi 13cab yang boleh bawa Wafiya tanpa car seat.

Kami pun berpatah balik dengan segala luggage menunggu taxi. Letih.

Tambang sebanyak $50 untuk sampai ke rumah. Agak mahal. Jaraknya dekat. Tuan rumah(uncle Philip) sudah menunggu kedatangan kami.

Setelah sampai ke rumah sewa, borak-borak dengan tuan rumah, dia bawa kami pergi beli simkad dan Opal Card.

Kami pilih simkad Optus sebagai telco provider. Sedikit kekeliruan untuk membeli simkad. Tiada nombor tertera di kad. Beli starter pack, set up di phone dan boleh pilih number phone yang disukai di dalam telefon.

Kemudian kami ke bank berhampiran untuk membuka akaun. Bukan boleh terjah jer sebenarnya. Kena set appointment. Kami set appointment untuk buka akaun keesokan harinya. Bank di sini tidak menggunakan sistem angka giliran. Semua urusan yang mengambil masa yang lama memerlukan untuk kita set appointment. Urusan yang kecil-kecil hanya beratur untuk ke kaunter.

Hiasan dalaman bank di sini sangat menarik. Tak rasa macam berada di dalam bank pun. Ada disediakan chocolate untuk pengunjung bank. Machine ATM pun tak banyak. Ada satu jer. Mostly berurusan secara online.

Bank pun cantik
Kami pulang ke rumah. Mandi dan berehat. Menanti hari esok untuk ke bank buka akaun.

Malam itu kami dinner dengan tuan rumah kami di restoran Korea halal.

...

Keesokan harinya, kami suami isteri membuka akaun dengan seorang staff India barangkali. Wafiya menunggu dengan sopan. Menyedari bahawa Wafiya sangat behave, pegawai bank tersebut memberi Wafiya sekeping kertas lukisan dan pencil warna serta tabung Helicopter. Kagum dia melihat Wafiya yang tak banyak ragam. *masa tu jer la* haha.

Buat pertama kalinya kami menggunakan Opal card menaiki bas ke city. Aku perlu daftarkan diri ke kolej. Wafiya dan suamiku turut serta.

Setelah mendaftarkan diri, kami ke pejabat agent. Buat pertama kali berjumpa dengan agent. Selama ni cakap dalam phone jer. Harini baru dapat berbual panjang.

Kami lunch di Shalom restaurant Indonesia. Terkejut makan kt Aussie ni, memang harganya mahal. Pada lah dengan dia punya portion. Portion besar. Satu meal boleh share dua orang.

Kenyang makan di Shalom kami pun menuju ke mercu tanda Sydney, Australia untuk mengambil angin dan melihat sekitar apa yang ada di sini. Cuaca dingin dan angin meniup sepoi-sepoi bahasa.

Seperti mendapat nafas baru, apabila merenung ke arah Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House, hati ini meruntun pilu. Tinggallah seluruh ahli keluarga di Malaysia. Selamat tinggal zon selesa. Selamat tinggal kerjayaku. Selamat tinggal rumah yang baruku beli. Selamat tinggal negaraku. Di sini, kami mulakan hidup baru. Inilah yang kami usahakan sekian lama. Inilah perkara yang mustahil aku rasakan satu ketika dulu. Merantau dan berhijrah ke negara orang. Dengan hikmah, kami meneroka.

Terselit rasa sayu

Moga Allah memberkati penghijrahan kami sekeluarga..



2 comments:

  1. Nanti bila2 down boleh baca balik entry ni..stay strong mummy Wafiya!

    ReplyDelete
  2. You really know your stuff... Keep up the good work!
    demande de visa indien

    ReplyDelete

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...