|
The Lily |
Aku nak share beberapa tips untuk ke Perth :
- Bila dah ada target untuk bercuti ke Perth, korang kena decide nak roadtrip sampai ke Albany atau layan Pertch CBD jer.
- Kalau layan Perth CBD jer, 5 hari cukup dah.
- Kalau nak roadtrip sampai ke Albany dan sampai ke Lancelin Sand Dunes tu, better korang spend 7 atau 8 hari.
- Kalau layan roadtrip, better korang pergi in a group supaya kita dapat share duit petrol, sewa keta, accomodation, groceries.
- Kalau layan Perth CBD jer memadai naik public transport.
- Tak perlu IDP (International Driving Permit) untuk sewa kereta. Memadai pakai lesen kita sahaja.
- Beli insuran kereta betul-betul. Memandu kat sana high risk terlanggar kangaroo.
- Kalau musim panas, better pakai face mask sebab lalat suka hurung. Lalat hinggap ke muka sebab kita bercakap dan merembeskan air liur, tu yang lalat mari.
- Shopping souvenir wajib kat Megababes. Owner orang Singapore. Friendly and nice person.
- Freemantle Market dibuka pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad sahaja. Rancang dan beli tiket flight sebaiknya. Seronok beli buah-buahan kat sini.
- Albany sangat cantik, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke bandar Albany.
- Elak memandu di waktu malam.
- Berhati-hati jika drive ke Blue Boat House. Jalan agak sibuk.
- Banyak Malaysian restaurant di Perth. Tak usah risau nak mencari makanan halal.
- Join group Tips Cuti Cuti Perth. Banyak info dikongsikan.
- Perth Airport ada surau di pintu arrival. Berhampiran kaunter car rental.
- Beli simkad di airport siap-siap.
- Wajib cuba Dare Coffee. Sedap. Pasti nak lagi.
No comments:
Post a Comment