Kalau nak susun itinerary ke Hatyai, Khlong Hae Floating Market ni boleh jadi di antara tempat terawal untuk dilawati selepas melepasi sempadan Bukit Kayu Hitam.
Kami ke Khlong Hae Floating Market untuk mencuba pelbagai jenis makanan. Memang ramai manusia kat sini. Jangan mimpi lah untuk bersenang-senang.
|
Floating market |
Walaubagaimanapun, parking banyak disediakan dan diasingkan mengikut jenis kenderaan. Bas, motosikal, dan juga kereta. Ada orang menjaga traffic. So, senang dan dijamin ada parking.
Selesai parking, kita boleh nampak satu hall besar. Kalau ada event apa-apa, kat sini lah diorang buat. Macam aku pergi haritu ada festival makanan thai. Dah la kat floating market pun banyak makanan. Kat sini pun ada jual makanan. Syurga makanan Thailand ni.
|
kami ke sini pada trip pertama. Trip kedua tak singgah dah. |
Surau juga disediakan. Korang boleh solat di sini. Untuk melepasi border tu mesti ambil masa juga kan. So, boleh solat di sini. Ataupun korang boleh singgah solat di Masjid Songkhla. Ala... yang macam Taj Mahal tu.
Antara makanan yang aku cuba kat sini ialah ikan mackerel bakar. Sedap. Cili pencicah tu yang kick. Harga makanan di sini agak mahal juga. Yerlah. Tempat famous ramai pengunjung kan.
|
Ada kontroversi yang mengatakan belum tentu diorang ni muslim. Wallahualam |
|
Sekali makan, nak lagi. Aku snap pulak tak cantik |
|
Gerai jualan. |
Menurut pemerhatian aku, meja dan bangku yang disediakan tidak cukup untuk menampung jumlah pengunjung. Sana sini toksah cakap lah. Ramai pelancong dari Malaysia. Anjing pulak merata-rata. Kadang tak sedar silap-silap ada di bawah kaki. Loya pulak tekak nak menikmati juadah.
|
Bangku dan meja makan yang disediakan |
|
Area sini ada meja. |
Aku suggest, korang beli makanan apa yang korang nak pastu korang bawa ke atas. Jauh sedikit dari boat-boat tu. Yang tu bersih. Belah atas tu di kawasan gerai menjual pakaian siam.
Tandas juga disediakan. Sediakan duit syiling ya.
|
Tandas di sebelah sini manakala surau di hujung sana pulak. |
No comments:
Post a Comment