Post ini viral actually selepas aku share di group BBM (Bagpacker Buddies Malaysia). Tempat ini belum dikenali ramai mungkin kerana Hatyai terkenal sebagai tempat food hunter. Mostly itu aktiviti orang dewasa yang suka makan. Apa kata sambil korang hunting food, korang datang ke Pruksa Park, Wine Village bagi yang membawa anak kecil. Pasti diorang suka.
|
Pruksa Park |
Kami menaiki tuk tuk untuk ke sini. Perjalanan tak jauh. Lebih kurang 5 minit dari Hotel Grand Plaza. Pemandu tuk tuk biasanya memanggil tempat ini sebagai Wine Village. Dibuka pada pukul 4.30petang. Free entrance. Amat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.
|
Feeding sheep |
|
feeding rabbit |
|
Taman Burung dalam sangkar hijau |
Di sini terdapat wine restaurant. Tetapi kita bukan nak berkunjung ke sini pun. Kita nak feeding animal di park bersebelahan wine restaurant. Kita boleh feeding animal seperti rabbit, burung, sheep dan merino. Rekaan bangunan di sini juga menarik untuk dimuat naik ke dalam instagram.
|
Wine Village |
Semasa pulang, kami dibantu oleh pengawal kawasan ini untuk mendapatkan tuk tuk. Mereka juga mengawal kenderaan parking dan lalu lintas. Biasanya orang yang datang berkunjung pasti ramai. Hatyai kan syurga buat warga Malaysia.
|
Mini windmill di hadapan rabbit park |
No comments:
Post a Comment