Hatyai sekarang jadi trending. Sana sini orang Malaysia bercerita tentang keenakan makanan di Hatyai. Ada yang tak boleh move on. Ada yang terigau-igau dan termimpi-mimpi. Aktiviti food hunting boleh terlaksana jika ke Hatyai. Makanan semua sedap-sedap belaka. Tidak memerlukan belanja yang besar pun, anda boleh melancong ke luar negara. Hehe.
Daging Bakar Harimau Menangis di Kaitod decha. Kalau tak cukup, mesti akan menangis. |
Banyak kedai beli insuran kereta di tepi jalan |
Kalau korang masuk ke Thailand di hari cuti, memang akan beratur panjang. Berjam-jam korang boleh merampuih dalam kereta. Tu aku suka ikut Ban Prakob dan aku elakkan pergi bercuti di musim cuti sekolah. Cuti sekolah, aku mereput. Sejak dok Ostolia ni idak la mereput. Everyday is travelling day.
Nak cop di border, korang kena turun kereta untuk pihak immi ambil gambar korang. Selesai cop, korang kena drop form dekat sini. Parking kereta dan beratur di kaunter untuk declare.
Kat sini untuk declare form bawa masuk kereta atau motosikal |
perjalanan sejam memandu dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai |
Dalam perjalanan balik masuk ikut Bukit Kayu Hitam semula, oleh kerana beratur panjang dan terlalu lama, kami risau terlepas waktu solat. Rupanya ada surau dan tandas disediakan di sini. Cumanya, nak ambil wudhu tu kawasan agak terdedah. Korang pandai2 jagalah aurat semasa emngambil wudhu yer.
No comments:
Post a Comment