Friday, 14 September 2018

Hari Pertama hingga Terakhir di TS Solartech


Harini merupakan hari terakhir aku bekerja di TS Solartech. Aku mula berkhidmat di sini pada 3 Oktober 2011. Hampir 7 tahun pengalaman aku sebagai Process Engineer dalam bidang solar cell manufacturing. Bertugas di sini merupakan pengalaman yang amat penting dalam diri aku. Kini, semuanya tinggal sejarah.

Di hari terakhir bekerja
TS Solartech merupakan company pertama aku bekerja setelah menghabiskan study degree di UTHM, Batu Pahat, Johor. Belum pun sempat majlis graduasi, aku telah diterima bekerja di sini. Alhamdulillah, aku tak melalui fasa mencari kerja dalam suatu tempoh yang lama. Tak sempat jugak untuk menanam anggur di rumah. (typical quote "menganggur").

Selepas tamat Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash, aku sambung diploma di Politeknik Ungku Omar, Ipoh pulak. Ipoh ni juga penting bagi aku kerana aku telah banyak lalui pengalaman pahit getir di sana. Zaman-zaman kejatuhan aku banyak di sini. Dari semua perasaan kecewa dan pahit getir itu lah aku mula menanam azam. Belum sempat aku menghabiskan peperiksaan akhir sem 6 di politeknik, aku diterima bekerja di Intel, Penang. Waktu ini aku berhadapan dengan kawan-kawan yang lebih pandai dari aku yang aku rasa diorang lebih layak untuk dapat tawaran pekerjaan. Tapi apakan daya, agak sukar untuk membaca fikiran orang lain. Diorang taknak, aku nak. Lebih baik aku rebut peluang. Diorang yakin yang diorang akan terus menerima tawaran universiti. Kesudahannya, rata-rata graduan politeknik ketika itu sukar mendapat tempat di universiti kerana bersaing dengan pelajar lepasan matriks dan STPM. Aku juga tak berjaya sambung degree lagi masa tu. Sekurang-kurangnya aku tak duduk di rumah. Aku terus bekerja, mempunyai pendapatan dan meraih pengalaman. Intel bukan calang-calang company. Amat bagus untuk dapatkan pengalaman dan build network. Apa yang aku dapat hasil bekerja di sini ialah pendapatan yang cukup bagus sebab aku pulun buat kerja overtime. Bayaran sangat memuaskan. Aku pun dapat perbaiki skill presentation dan lebih berani untuk bercakap di hadapan orang. Sekali lagi, aku tak merasa perasaan stress mencari kerja. Selepas aku habis last paper exam diploma, terus aku ke Penang untuk kerja di Intel.

Aku menjalani latihan praktikal di Flextronics, selepas habis exam sem akhir degree. Aku mula mencari kerja sebenarnya sejak dari sem akhir lagi. Masa pulun mencari tempat praktikal, aku pun cari kerja jugak. Rasa terluang jer mesti aku buka jobstreet. Cuti Sabtu Ahad masa praktikal dulu, memang aku duduk dalam bilik jer. Cari kerja. Berhenti mengadap laptop untuk mandi, makan, tidur, solat jer. Lain-lain semua aku cari kerja. Dalam dok sibuk preparation presentation praktikal, aku dah menerima tawaran bekerja di TS Solartech. Paling mengejutkan aku adalah aku akan dihantar ke German untuk menghadiri solar cell process training dengan Schmid.

Aku rasa lega sebab aku belajar pun tak pandai, results hampeh. Cita-cita hangat-hangat tahik ayam. Tapi aku dah sampai ke German di mana yang lain masih mencari kerja. Ada juga kawan-kawan kondem aku kata tak ke mana pun dengan pointer macam ni. Aku banyak buat silap, tu yang pointer aku macam ni. Aku menyesal kerana sia-siakan zaman belajar aku dulu. Aku taknak dah repeat sem untuk perbaiki pointer aku sebab aku perlu keluar juga dari environment ni. Aku perlu menjadi seorang yang baru. Baru dari segi pemikiran, motivasi, semangat. Aku nak tinggalkan kehidupan tu cepat-cepat. Aku consider diri aku gagal semasa kehidupan aku sebagai pelajar ijazah di UTHM, Johor. Ada juga rasa modul-modul pembelajaran aku tak effective. Bukan melahirkan graduan yang berkualiti. Tapi aku tak nak ulas banyak, sebab aku lebih mengakui kesilapan-kesilapan aku sejak dari semester pertama lagi. Kadang rasa macam menyesal tinggalkan Intel demi segulung ijazah.

Dalam umur aku macam ni, dengan melalui pelbagai kekecewaan di zaman study, mana mungkin aku punya banyak wang untuk ke negara luar. TS Solartech telah menghantar aku ke German adalah satu rezki terpijak orang kata. Aku bersyukur sangat-sangat sebab memang ngam timing untuk aku bina kehidupan baru. Aku dapat semangat baru. Aku berazam untuk menjadi orang yang bermanfaat. Aku nak gunakan sebaik mungkin peluang yang ada. Sewaktu kakiku berpijak ke bumi German, menitik jua air mata aku. Dalam hati, aku berazam untuk menguasai kursus training solar cell ni, aku berazam taknak lagi buang masa dan membodohkan diri sendiri dengan perkara tak berfaedah. Aku nak enjoy betul-betul berada di German. Aku nak lupakan segala apa yang telah berlaku dan segala pahit yang telah aku lalui. Aku bina diri aku yang baru.

Perjalanan ke German sangat panjang. Aku bersama bos, Process Manager dan rakan Process Engineer yang lain bersama-sama ke German. Dari Penang Airport ke Changi Airport, kemudian sama-sama mengharung flight berjam-jam untuk turun ke Frankfurt. Trip ini sangat mencabar sebab jalan-jalan dengan bos. Bos aku tu ialah owner TS Solartech ni lah. Dia lah tauke kilang ni. Kami saling kenal mengenali antara satu sama lain masa trip ke German ni. Sampai di Frankfurt, Schmid dah siap tunggu kami dan bawa kami naik van untuk ke Freudenstadt. Jetlag. Flight berlapis-lapis. Naik van pulak 3 jam lagi untuk ke Freudenstadt.

Kami menginap di Hotel Schwanen, Freudenstadt. Sorang satu dapat bilik masing-masing. Selesa. Nikmatnya terasa berada di German. Aku menghirup nafas baru di sini. Setiap pagi kami akan turun ke cafe bawah untuk sarapan dan bersiap-siap naik shuttle untuk pergi training di Schmid. Suasana training di German bukan biasa-biasa seperti di Malaysia. Training di sini lebih kepada suasana santai. Tak stress. Aku duduk depan sekali. Makanan dan minuman yang disediakan mewah-mewah belaka. Boleh confuse, datang makan jamuan ke datang training.

Pioneer team bersama ahli majlis tertinggi haha

Ada juga hari yang kami kena travel jauh sebab machine yang kami nak belajar tu tak ada kat Freudenstadt so kami kena naik bas yang disediakan untuk ke daerah lain seperti Niedereschah, Duningen dan Karlstein. Seronok naik bas dalam perjalanan yang panjang sebab aku berpeluang tengok negara orang. Hari minggu, bos bawak kami naik train dan shopping di Stuttgart. Confuse lagi. Pergi jalan-jalan ke pergi training ni. Masa ni aku tak pandai lagi untuk travel ni. Kalau aku tau, aku lajak jer pergi Switzerland. Terlepas pula peluang nak ke Switzerland.


Di hari-hari terakhir kami di German, salji mula turun. Sedih aku nak tinggalkan German. Entah bila lagi boleh aku sampai. Tengok, sekarang ni pun aku tak sampai sampai lagi ke sana. Seronok dapat pengalaman luar negara dalam usia yang masih lagi mentah. Mentah apanya umur dah 24 masa tu.
Schmid ialah company yang buat machine solar cell untuk kilang aku. Selepas seminggu aku bekerja dengan TS Solartech, aku terus ke German untuk training. Risau juga kalau aku tak sempat untuk majlis konvokesyen. Nasib menyebelahi aku. Elok jer aku sampai Malaysia, terus aku dan keluarga ke Johor untuk majlis graduasi. Agak kelam kabut juga. "Kawan-kawanlah" yang tolong uruskan segala bayaran dan persiapan untuk majlis konvokesyen.

Sebenarnya, masa aku terima tawaran bekerja di TS Solartech, aku cari kat google map, tak jumpa pun kat mana kilang ni. Rupanya kilang ni belum siap lagi. Kami menumpang office di Tek Seng Holding yang merupakan mother company. Hampir 6 bulan juga kami kat bangunan Tek Seng. Tumpang office, tumpang machine. Aku berpengalaman dalam process hiring staff seperti technician, facility, maintenance sebab aku dan 5 lagi rakan merupakan batch pertama yang bekerja di TS Solartech. Number badge aku ialah 0001. Kau ado? haha.

Sewaktu kilang masih dalam pembinaan
Selepas hire staff, aku berpengalaman menurunkan segala machine dari kontena dibawa khas dari Germany. Kesemua machine ditumpangkan di kilang Tek Seng. Masa tu memang hitam lah aku. Turunkan machine panas-panas tu. Kayuh basikal lagi, untuk semak balik machine-machine yang diturunkan. Check. Process Engineer pun buat kerja-kerja macam ni. Yerlah. Sebab kilang pun belum siap lagi.

Bangunan kilang TS Solartech siap sekitar bulan March 2012. Kami beramai-ramai mencuci bangunan kilang. Macam nak masuk rumah baru, mesti kita bawa segala penyapu dan mop untuk cuci. Aku pergi kerja pun masa tu pakai track suit jer untuk membersihkan kilang. Pernah masa earthquake berlaku, kami turun mencicit lari ke bawah dengan penyapu masing-masing. Pengalaman sungguh.
mencuci kilang setelah siap dibina
Selepas seminggu cuci kilang, company aku hire mover untuk move kan machine dari Tek Seng ke Solartech. Segala macam orang German turun TS Solartech untuk pasang machine. Aku pun dapat jumpa la balik kawan-kawan masa training kat German. Banyak main jer. Sambil teman orang-orang German ni pasang machine, sambil tu dapat kawan-kawan baru di negara sana.

Ketika machine baru sampai

Dah siap pasang machine, training lagi. On job training. Terus belajar macam mana nak run machine. Machine aku yang paling last, aku tengok jer lah machine orang lain run dulu. Menyibuk sikit-sikit. Machine aku Cell Sorter, first run masa birthday aku. 13 September 2012. Selepas siap semua machine dipasang, orang-orang German yang pasang machine aku semua sorang demi sorang balik ke negara diorang. Sempat lah ambil contact diorang  dan sebahagiannya kami masih keep in touch di facebook.

Dari tahun ke tahun aku bersama kilang ni. Makin lama kami makin maju. Tahun 2014 dan 2015 paling rancak sekali. Banyak order. Push production to the max. Dari 1 line, kami berkembang sampai 4 line. Kami di dalam process team masing-masing buat experiment untuk naikkan efficiency solar cell. Sehinggalah tahun 2016 sekitar bulan August, production dah start slow. Kurang order. Hal ini berlaku kerana US mengenakan tax yang tinggi terhadap pengeluar solar cell dari China, Malaysia dan Taiwan. Tahun 2017 sekali lagi kami berada dalam keadaan tenat kerana China dah stop installation solar panel dan tiada lagi permintaan pembuatan solar cell dari negara luar. Kilang aku turut terkesan akan hal ni. Tapi ada jugak pihak yang mengatakan hal ini kerana SST, GST, Najib, Tun M. Aku tak senang dengan komen-komen tersebut. Siapa yang bekerja dalam bidang ni sekarang sebenarnya? Kilang ni start slow dari tahun 2016 lagi. Tiada kaitan dengan pemerintahan Malaysia sekarang.

Solar panel sendiri buat punyaa












Kini 2018, kilang aku tak lagi boleh bertahan. Aku pun dah tak tahan pergi kerja tapi takde kerja. Tak tau dah apa aku nak buat kat sini. Aku rasa low motivated. Selesa teramat sangat. Lemau sehingga menjadikan diri aku malas. Aku suka kerja di sini. Suasana harmoni, aman damai. Tiada tekanan sosial. Berada dalam keadaan ni lah aku gigih berusaha mencari jalan untuk berhijrah ke luar negara. Aku rancang untuk terus bertahan dengan TS Solartech sehinggalah aku berpeluang berhijrah ke mana-mana negara. Dalam tempoh menunggu visa aku granted, seluruh warga TS Solartech digemparkan dengan notis penutupan kilang pada 15 September 2018. Semestinya, para pekerja semua diberi wang pampasan.

TS Solartech memberi nafas baru untuk diri aku meninggalkan kisah pahit yang telah aku lalui zaman belajar dulu. Peluang bekerja di sini merupakan rezki untuk aku mulakan kehidupan baru. Kini ianya menjadi pengalaman bersejarah. Hari terakhir aku bertugas di sini ialah pada 14 September 2018 iaitu hari Jumaat. Pelbagai ilmu aku dapat tentang solar cell manufacturing. Aku ada di setiap perkembangan company ni. Dari bangunan tak siap, sehinggalah naik bangunan sebelah. Dari takde meja / cubical sampai lah ada. Dari takde laptop, sampai dapat laptop sorang satu. Dari takde kantin, sampailah ada kantin. Dari efficiency 16.2% sampailah 18.7%. Dari slurry wafer sampailah ke dws wafer. Dari 1 line, berkembang hingga ke 3 line. Kat sini aku dapat menikmati makna "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Aku sangkakan aku dan suami akan hantar surat resign. Rupanya tak, sebab masa aku tunggu visa, company terlebih dahulu beri notis penutupan kilang. Yeah, it is happy ending for me, but not others. While others struggling for looking another job, I was busy for migrate preparation. Aku dan suami bekerja di company yang sama dalam department yang sama. Rehat pun sama-sama. Cubical office pun sebelah ajer.

Mungkin ini adalah perkara yang rare. Alhamdulillah, rezki aku. Allah susun cantik. Kena dengan timing. Sedih memang sedih. Sedih sebab meninggalkan pengalaman yang sungguh bermakna kat sini. Dapat ramai kenalan. Pulak tu, semua orang baik-baik. We can mix all level. Takde makcik bawang, no social pressure. Takde rasa menyampah kat rakan setugas. Akhirnya, semua orang akan meninggalkan TS Solartech bersama-sama. Akulah yang pertama, aku jua yang terakhir. Hari terakhir di sini penuh dengan aktiviti mengambil gambar buat kenangan, bersalam salaman. Tawa, riang, air mata. Semua berlaku dalam satu hari. Tak lupa juga, hari terakhir ni kami semua sign surat MSS. Pampasan untuk kami kerana diberhentikan kerja.

Terima kasih TS Solartech kerana memberi aku peluang, membuka pintu ruang untuk aku insan kerdil ini, memberi ilham untuk aku berhijrah dan keluar dari zon selesa. Keselesaan berada di sini membuka ruang untuk aku menilai tujuan hidup dan apa long term planning aku dan suami. Aku akui ada juga kekurangan, "but the grass is not always greener", mana-mana company pun ada juga kekurangan dari segi benefit, working environment. Semua itu aku anggap ianya adalah satu cabaran. Mana tahu satu hari nanti aku dapat yang lebih baik dalam perjalanan career aku, kan. Buat semua rakan - rakan, semoga berjaya. Semoga kalian dapat kerja yang lebih baik dan terus maju ke hadapan di masa akan datang.

Bersama rakan di saat akhir

Selamat tinggal, TS Solartech.
Kini hanya tinggal kenangan.

2 comments:

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...