Sunday, 26 August 2018

Khao Yai Trip : Day 9 : From Padang Besar to Bukit Mertajam

Kami turun dari traindi Station Padang Besar pada pukul 9.17am waktu Thailand. Kiranya, pukul 10pagi Malaysia lah.

Kami beratur untuk cop passport untuk melepasi border di antara Thailand dan Malaysia.
Di dalam satu bangunan. Di kaunter yang berlainan. Kemudian kami melalui pemeriksaan kastam dengan jayanya. Ada la kena jawab beberapa soalan sikit.

Turun jer dari train tengok ada satu gerabak jer yang ada di belakang. Hehe
Tiket KTM train ke Bukit Mertajam pagi tu, terlepas lah pulak. Tiket pukul 12.25pm jer yang sempat. Gap masa terlalu lama. Kami letak bag luggage di pejabat sepupu kami kat situ. Kemudian kami bertiga menapak ke gerai makanan di kompleks membeli - belah di Padang Besar. Naik flyover, turun.. kemudian menapak ke kedai-kedai situ. Taklah jauh mana pun. Tak perlu ambil teksi. Jalan kaki pun boleh.

Lapar. Masing-masing belum mandi.
 Masa ni lah baru dapat rasa keletihan yang amat sangat. Badan lunyai. Anak aku teruja naik KTM pulak. Ni first time naik KTM. Dari Padang Besar ke Bukit Mertajam RM12 seorang. Anak aku free.

di dalam KTM Train. Masing-masing busy dengan handphone
Aku dapat lihat pemandangan sepanjang perjalanan menaiki train. Cantik juga Malaysia ni yer. Menghijau jer. Sedih pulak mengenangkan tak lama lagi aku akan meninggalkan bumi Malaysia.

Malaysia tanah airku
Setibanya di Stesen Bukit Mertajam, kami menaiki Uber untuk ke rumah yang jaraknya ialah panjang sejengkal. Bayar 3 ringgit jer.

La... itu jer post aku untuk hari ini?? Pendek jer oi. Takpe lah. Aku malas nak edit dah. Harap kome sudi membaca.

Till next travel. Bye!

No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...