Hari ke 7 di bumi Thailand ini sekali lagi kami ke Chatuchak Market. Semalam tak puas kan? Harini kami repeat. Uber kali ni letak kami kat pintu Chatuchak Market.
|
Sempat bergambar di sini |
Harini semangat tu datang lain macam. Dah puas rehat semalam.
Kami jalan-jalan 3 beranak dulu di market ni.
|
Rugi pula tak beli kasut ni |
|
Sekitar Chatuchak Market |
|
Panas di Bangkok. Sejuk di Khao Yai. |
Lepas meronda dengan anak kecil, kami lagi sekali ke warung Kah Jak dan suami aku take turn pergi cuci mata. Aku layan anak aku makan. Mujur tak meragam. So far, overall memang dia ok jer. Compare pergi Perth haritu dia asyik cranky jer.
|
Tak kacau orang |
Lepas tu aku pulak take turn cuci mata.
|
Aku rembat baju tema gini untuk kami 3 beranak |
|
Baru ada kesempatan untuk usha souvenir |
|
Berkenan. Kalau beli nanti laki aku bising plak. |
Lepas dua-dua kami laki bini take turn meronda, kami decide nak balik jer. Dah takde idea nak ke mana. Pergi tempat shopping pun masing-masing taknak shopping. Kami pun menapak balik nak dapatkan uber. Elok masa kami nak menapak balik, kami terkejut tengok ramai orang bersidai atas rumput berehat santai. Aku tengok masing-masing duduk atas tikar. Teringin jugak getus hati kecilku.
Tak lama lepas tu husband aku tunjuk ada orang sewakan tikar. 20baht untuk satu tikar. Takde limit masa. Akhirnya kami pun terpengaruh, sewa satu tikar.
|
Anak aku seronok lepak macam ni |
|
Chatuchak Park |
Lagi sekali, kami laki bini take turn jaga anak. Ada orang tanya kenapa aku buat gini? Benda simple. Aku kesian jugak lunyaikan anak aku untuk pi travel. Dengan cara ni, anak aku tak letih, dapat main dan rehat dengan santai, sambil tu kami laki bini leh melangkah laju mencuci mata di tempat yang ramai orang. Aku kalau nak shopping memang tak suka husband aku ikut sekali. Jadi macam terencat tak dak nur untuk beli apa pun. Jadi lebih baik kami gilir-gilir. Sorang-sorang enjoy di Chatuchak Market tanpa ada gangguan anak ghiau lah apa lah.
Tak lama lepas tu, anak aku boleh lena atas tikar tu, angin pulak sepoi-sepoi paham bahasa. So, aku leh pusing lama sikit kat market ni. Bukan beli apa pun, saja pusing-pusing amik gambar.
|
Market ni ada banyak pintu. Ini pintu yang terdekat dengan Park ni. |
|
Tuk tuk berderet berhampiran pintu park |
Kat sini cepat jer gelapnya. Orang sekeliling masing-masing dah angkat punggung dan beredar dari tikar tapi kami masih lagi di sini. Anak aku tak mau bangun pulak dia. Elok nyamuk dah mari, kami bangun cepat-cepat dan anak aku kata nak pegi night market. haha. Semangat. Kami pun menapak ke hujung taman untuk ke JJ Green Vintage Night market lagi sekali.
|
Anak aku nak layan ni sebenarnya. |
Suami aku pegi mencari makanan sesuap nasi untuk isteri dan anak nya. Aku suka satay di sini. Lain dari yang lain. Semestinya halal. Kemudian suami aku meronda tengok apa yang menarik. Kami ulang aktiviti macam ni dua hari. Santai sungguh. Layan jer kepala. Relax. Aku pulak sekadar pusing-pusing ambil gambar di sini.
|
Sekitar JJ Green Vintage Night Market |
|
Serious happening market di Bangkok ni |
|
Kedai kedai hipster |
|
Favourite kami laki bini. Barang bundle |
Kami pulang awal sedikit malam itu sebab aku nak kemas bag untuk pulang ke Malaysia esok. Jadi, kami meninggalkan tempat terakhir lawatan kami di bumi Thailand. Kami menaiki teksi menuju ke Baan Mina Apartment.
No comments:
Post a Comment