Aduh. Peritnya rasa nak habiskan catatan kembara di bumi Thailand ni. Haha. Tapi ku gagahkan juga menarikan jari jemari untuk menaip. Bukan saja dapat jadikan panduan untuk korang. Malah, ianya dapat jadikan kenangan untuk aku.
Jadi, pagi tu kami breakfast di cottage. Rupanya, cantik jugak cottage ni. Aku memang limitkan satu malam tak lebih RM100. Dan memang boleh dapat kalau bercuti kat Thailand ni. Kalau bagpackers, korang memang banyak pilihan hotel. Pendek kata, bercuti cara bagpackers atau style orang bujang, memang boleh jimat. Aku ni jenis hati tisu sikit. Aku takmau tinggalkan anak atau suami aku di rumah untuk aku keluar travel. No no no! Nanti kang laki aku pulak yang tak mandi. Hahaha.
Duit sama-sama cari. Sama-sama rasa. Kenapa perlu aku keluar travel sorang-sorang? Bukankah aku keluar bekerja untuk family juga? Jadi, aku heret la bertiga-tiga untuk gi bercuti jalan-jalan. At least, suami aku dan anak aku dapat belajar juga dari pengalaman pergi travel ni.
Korang-korang yang bujang di luar sana tu. Pergilah merantau. Pergilah lihat negara luar. Pasti korang akan belajar sesuatu dalam diri korang. Percayalah!
Ok. Back to the topic. Lepas aku entertain anak aku makan, at some time dia nak daddy dia plak layan dia makan. Jadi aku curi masa untuk pergi ambil gambar sekitar cottage ni. Sejuk. Berangin. Sejuk-sejuk aircond macam tu. Aku hairan lah. Memang Khao Yai ni sejuk ke apa. Dok menjadi tanda tanya dari semalam lagi. Haih.
Kami menuju ke Maneeson Sunflower Farm. Kami guna waze, search Panther Creek. Sebab lokasi nya sebelah-sebelah jer. Sempat juga aku tengok Panther Creek ni ada apa. Sunyi. Sepi. Aku nak jimat masa. Jadi aku nak luangkan masa di Maneesorn Sunflower Farm yang utama.
|
Maneesorn Sunflower Farm |
Bayar 80 baht untuk entrance masuk. Takde pondok ke apa pun. Orang-orang situ jer yang collect entrance fee. Tanah lembut. Agak melekat tayar gak la. Masa nak sampai sini, kami hampir patah balik sebab tengok takde bunga dah. Pokok-pokok dah sembah bumi. Tapi kami ni jenis meronda takde hala tuju kadang tu, kami jumpa gak port yang bunga sedang berkembang.
Parking tepi ladang tu jer. Ramai la promote suruh try kuaci depa. Lek lu weh. Wa nak tengok bunga matahari lu.. hehe. Aku tukar pakai selipar jer sebab tanah melekat kat kasut. Husband aku pakai selipar dia beli kat Rongkluea Market tu la citer dia. Haha.
|
Panjat atas deck ni |
|
shi banjer daddy |
Kami bergambar dulu. Ada deck tinggi untuk lihat keseluruhan sunflower farm yang terbentang luas. Cuaca elok. Pagi pulak tu. Tak panas pun time aku pegi ni. Nyaman jer. Anak aku dapat belajar. Sunflower. Seronok dia. Sambil makan kuaci. Hehe.
|
Anak aku 90cm. So, korang leh agak ketinggian sunflower ni |
Lepas puas bergambar. Sebelum bertolak ke tempat lain. Aku check dulu. Gambar-gambar memuaskan atau tidak. Sattle. Baru kami gerak. Sedap gak kuaci ni. Aku suka yang madu tu hehe. Senang. Takyah kupas. Bodek skit. Dapat la percuma sepeket.
|
Kuaci panas-panas sedap oo. |
Kemudian kami ke Primo Piazza. Dalam 18 minit dari Sunflower Farm ni. Kat sini boleh bawa anak-anak feeding alpaca, merino dan donkey. Bagi aku, merino dan alpaca ni jarang lah kita leh jumpa kan. Donkey tu zoo-zoo kat Malaysia ada jer.
|
Sang merino. Kemain nama spesies dia |
Bayaran masuk adalah sebanyak 100baht seorang. Simpan tiket tu dan korang leh guna untuk makan aiskrim kat dalam ni. Keratan tiket akan digunakan kat barn untuk feeding alpaca, merino and donkey.
|
Primo Piazza |
|
Nice place |
|
Bunga segar |
|
Ada juga bunga matahari kat sini |
|
Nice place in Khao Yai |
Bila anak aku dah start cranky, kami bergerak ke Salasa Hill. Restaurant Halal tepi jalan. Mudah nampak. Ada surau. Tapi staff tak pandai cakap english. Aku order menu main tunjuk jer. Sedap juga. Not bad.
Selesai berehat, kami terus singgah ke Palio Khao Yai. Tak jauh dari Salasa Hill. Sejengkal jer oi. Dari tepi jalan dah nampak dah. Palio Khao Yai ni banyak kedai-kedai souvenir. Beza dengan Primo Piazza. Aku mula-mula confuse gak. Rupanya Palio Khao Yai ni beza degan Primo Piazza.
|
Palio Khao Yai |
|
Ada tangga untuk naik ke atas |
Palio Khao Yai ni free entrance fee. Selalu orang datang ambil gambar, lepak minum kopi jer. Kalau Primo Piazza tu sebab orang nak tengok alpaca, merino dan donkey. Kami walk around, ambil gambar jer. Sedap amik gambar kat sini. Banyak port menarik untuk dipotretkan yang akan menarik perhatian orang ramai untuk ke Khao Yai.
|
Banyak port menarik |
|
Pelbagai jenis souvenir |
Habis pusing, kami masuk kereta dan menuju ke The Hobbit House pulak. Agak jauh rupanya. Adoi. 45 minit drive ke atas lagi. Nasib baik lah suami aku sanggup drive lagi. Risau juga aku kalau dia tak larat dan bebal keletihan. Anak aku pun lena dalam kereta.
Perjalanan ke Hobbit House dihidangkan dengan pemandangan yang menarik sekali lagi. Kami jumpa tasik dan juga Wind Turbine. Wow! Thailand pun ada wind farm ek? Kenapa Malaysia takde?
Lagi sekali kami jumpa tasik di Thailand. Rupanya tasik ni ialah Lam Takhong Dam. Kami menyelusuri empangan ini untuk ke Hobbit House (Baan Suan Noi). Di sebelah kiri ada pemandangan tasik, di sebelah kanan pula ada wind farm. Menarik. Tapi jalan ni tengah under construction. Agak jem sikit.
|
Belah kanan ada wind turbine dan flyover yg masih dalam construction |
|
Belah kiri ada tasik. Kuat anginnya |
|
Perjanalanan menuju ke Hobbit House aka Baan Suan Noi |
Tak lama lepas tu kami pun sampai di Hobbit House. Since anak aku lena dalam kereta, aku pun bergambar sorang-sorang jer lah menggunakan timer. Haha. Ajer sedih. Kat sini ada orang collect duit parking.
|
Boleh sewa costume kt sini |
|
Boleh sewa untuk menginap di sini |
|
Hobbit House |
|
Little Santorini. Kecik jer. Satu bangunan ni jer. |
Kami terus pulang menggunakan jalan sengaja sesat untuk melihat perkampungan di Pak Chong. Saja ronda-ronda masuk kampung. Sebelum pulang ke cottage, kami singgah di Halal Friendly Mart. Tak jauh dari cottage.
|
Di luar kedai ni pun ada gerai halal |
Sampai cottage baru nak rasa letih gila. Malam tu aku review balik tempat-tempat yang dah pergi.
No comments:
Post a Comment