Thursday, 12 July 2018

Merancang Percutian ke Khao Yai

Hati mana yang tenteram dan aman jika hari berlalu seperti biasa , takde hala tuju. Aku jadi libang libu. Gedik jer tangan nak bukak website AirAsia. Selepas balik dari Perth, aku ada gol lain, tapi masa tu lambat lagi nak capai, aku kena simpan duit untuk capai gol tu. Gejolak hati ni mana nak boleh lawan. Dalam flight ke Perth dulu, Wafiya sangat cranky. Habis bising satu kapal terbang. Aku jadi fobia nak fly dah. Tapi aku dah lama tak travel, bajet pun tak banyak. Jadi, aku merancang mana-mana percutian dari Penang Airport dengan bajet hanya RM600 jer untuk tiket flight.

Aku taknak fly dari KLIA2, penat. Fobia kisah dulu. Aku pun survey mana-mana destinasi dari Penang Airport dan aku pilih BANGKOK untuk destinasi percutian kami yang terkejut dan bajet kecil. Short getaway lah konon nya sebelum capai gol utama tu. *eh tadi kata nak simpan duit untuk capai gol* Bangkok murah sikit compare ngan Singapore :P


Bunga matahari boleh dijumpai pada bulan November hingga January
Aku bukan dari background keluarga kaya. Kerja pun tak hebat mana. Tapi dalam masa setahun ini banyak hutang yang dah aku langsaikan. Aku jadi lapang dan selesa apabila monthly komitmen semakin bulan semakin berkurangan. Pesanan aku, kalau nak travel, jangan pakai kereta mahal-mahal, jangan berhutang atau mempunyai high komitmen, kalau ada hutang macam PTPTN semua tu, langsaikan cepat, cuba cari jalan untuk selesaikan yang utama ni dulu.

Lifestyle aku, kat rumah takde TV, ada internet dengan komputer jer, tak makan mcd dah 3 tahun, tak tengok wayang dah, boling ke karaoke ke... semua tu aku tak pegi. Takde masalah pun bagi aku. Ok jer. Leh hidup aman sentosa. Mungkin faktor usia kot yang mempengaruhi lifestyle aku. Kalau aku nak tengok movie, suami aku download kan. Kalau melekat depan tv ni payah. Laki bini nganga depan tv, sape nak uruskan rumah dan anak.

Berbalik ke topik asal, sebenarnya ada terselit keinginan kecil untuk ke Khao Yai. Aku tertarik dengan Khao Yai sebab ada tempat - tempat macam di Europe. Aku kan rasa macam pegi Europe tu mimpi jer. Tak mampu lagi untuk ke sana. So, aku rasa kalau ke Khao Yai ni dapatlah satu dose kecil untuk mengubat keinginan aku ke Europe. Kira cover balik lah. Untuk ke Khao Yai, airport paling dekat ialah di Bangkok. Turun di Don Mueang boleh atau Suvarnabhumi pun boleh. Mana-mana pun takpa.

Tujuan utama ke Khao Yai
Aku dan suami juga peminat bundle. Ada dia cerita tentang Aranyaphratet atau lebih dikenali sebagai "Syurga Bundle" / "Bundle Heaven". Tauke - tauke dan otai - otai bundle di Malaysia mesti tau lubuk bundle di Aranyaphratet ni. Mula - mula aku rasa macam mustahil untuk masukkan Aran ke dalam itinerary aku, tapi aku cuba study distance dulu. Lagipun aku tak terikat berapa hari untuk berada di Thailand sebab aku takde tiket penerbangan balik. Aku beli one way jer. Penang to Don Mueang.

Aran - syurga bundle
Selepas menelaah semua bagai menyiapkan tugasan pensyarah bagi (dulu assignment aku tiru jer.. tapi bila buat itinerary totally original from me), kami sepakat untuk bergerak dari Penang ke Bangkok drive ke Aranyaphratet dulu dan lanjutkan ke Khao Yai kemudian balik ke Bangkok dan Penang. Haaa... gitu.. Kami sewa kereta untuk ke semua daerah tu. Aku letak bajet tak lebih RM100 sehari untuk sewa kereta. Dalam Bangkok pulak kami plan untuk naik tuk tuk jer atau uber dan teksi. Tiba - tiba aku rasa misi ni adalah misi besar yang perlu dirancang rapi sebab tak ramai share pengalaman ke sini. Mungkin tak ramai ke sana kot.

Jadi, ini route aku :

Penang > Bangkok > Aranyaphratet > Khao Yai > Bangkok > Penang

selama 9 hari

dengan bajet RM3000

terdiri daripada aku, suami dan anak perempuan berusia 3 tahun

route perjalanan kami

So, sekarang aku nak cerita satu persatu catatan perjalanan kami pada awal Januari yang lalu.

Till then. Bye!

No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...