|
Thames Valley, Khao Yai |
Kat sini aku nak share beberapa perkara yang korang patut tahu kalau korang plan nak ke Khao Yai :
- Aku cadangkan korang sewa kereta dari Bangkok kalau nak explore Khao Yai.
- Kalau drive kereta dari Bangkok untuk ke Khao Yai makan masa selama 2 jam.
- Jalan raya dan pemanduan sangat selesa dan selamat.
- Tidak perlu International Driving Permit (IDP) jika sewa kereta di sana.
- Ada jugak yang naik train dari Bangkok untuk ke Khao Yai. Boleh turun di station Pak Chong. Perjalanan menaiki train makan masa selama 5 jam.
- Boleh sewa motor untuk explore Khao Yai. Biasanya sewa motor disediakan oleh pihak hotel. Tapi hotel tertentu jer yang ada.
- Masa yang ideal untuk ke Khao Yai adalah pada hujung November hingga awal January sebab masa ni bunga matahari blooming. Suhu pun sejuk. Sejuk - sejuk aircond gitu.
- Ada beberapa kedai makan halal yang boleh kita makan di Khao Yai. Walaupun tak banyak pilihan, tapi ini pun dah memadai.
- Disarankan spend 3 hari (full), 2 malam di Khao Yai. Sebenarnya 3 hari pun tak cukup. Tapi 3 hari ni cukup untuk sesiapa yang rush dan tak banyak cuti tahunan, untuk explore tempat wajib di Khao Yai.
- Kalau nak ke Chok Chai Farm, kena spend separuh hari di sana. Ada farm show.
- Sesuai bawa kanak-kanak. Tiada aktiviti yang terlalu adventure.
- Very instagram worthy. Cas power bank penuh - penuh. Gambar mesti banyak. Pastikan memory banyak. Hehehe.
- Sesiapa nak bergambar di Sunflower Farm, boleh pegi kat Maneesorn Sunflower Farm, sebelah Panther Creek Resort tu jer.
- Banyak hotel / hostel murah juga di Pak Chong. Ada gerai makan halal di hadapan Halal Mart.
- Khao Yai terlalu banyak tempat tarikan. Ada yang berbaloi pergi, ada yang krik krik. Study dan tanya orang untuk jimatkan masa percutian tu nanti supaya percutian anda lebih berbaloi.
salam, sister... tentang kereta sewa ni, mmg tak perlu permit ye? sbb ada jugak mencari dari eazy car rent tp dorg mcm nak permit jugak... ada tips tak nak sewa ke sana. sbb tak de permit... cuba nak kurgkan kos
ReplyDeletecuba survey kt kayak.com dulu..tgk yg mana murah.. sy survey kt situ and jumpa Argus Car Rental murah.. tak perlu permit. guna lesen kita jer
Deleteok... saya try disitu... terima kasih tau bagi tips.
DeleteDengar kata bahaya drive di Bangkok. Ada apa2 tips nk prepare x
ReplyDeleteInshaaAllah selamat.. sy haritu tak tau pulak cerita2 drive di thailand ni bahaya. sy drive dari bangkok ke Aranyaphratet pastu ke khao yai dan balik semula ke bangkok. Fuh... jauh drive pusing thailand. Jalan raya diorang bagus2.. hentian lebuhraya pun sempoi
DeleteInshaaAllah selamat..
ReplyDelete