Boleh pulak lupa nak tanya, mungkin excited sangat dah habis terus blah camtu jer. Adeh.
Aku pun telefon pihak IDP semula, diorang kata tunggu diorang email.So, memang betul diorang cakap 14 hari selepas exam. Minggu pertama aku wat derk jer lah. Hari-hari yang mendatang seperti biasa. Minggu kedua tu aku dah start tak senang duduk. Aku rasa bagai masa berlalu dengan begitu lambat, macam SLO-MO kat camera handphone tu.
Aku godek-godek kat internet. Aku ada nampak satu link tu macam kita boleh tengok results. Tapi tak tau bila. Hari lain aku pi lagi kat website tu. Aku baca betul-betul balik, dia kata camni..
12:00AM Australian Eastern Daylight Saving Time (AEDT) on the 13th day after the test
Boleh check kat sini rupanya.. haih |
Kome teka lah sendiri yer. Hahha.. |
Kemudian IDP ada kasi email bagitau tracking number. Nasib baik aku cerdik pi check kat website. Mana ada keluar results kat email. Haih. Aku start tracing tracking number. Part ni yang aku merampuih ni. Boleh pulak dia pi mai pi mai sekeping results aku tu. Dah dari Penang , dia pi Nibong Tebal, pastu pegi naik balik ke Butterworth. Aduhai Saleha...... *cry*
Aku nak cepat weh. Dah berapa hari progress aku tergendala sebab ni. Candidate lain yang dok Pudu, Banting, Ipoh semua dah sampai. Aku punya hat Gunung Semanggol tak sampai - sampai lagi. Silap aku boh alamat kampung. Baik boh alamat rumah pengasuh jer. Masuk hari ke 3, Rabu aku tak mau tunggu dah. Aku cakap nak pegi amik sendiri. Tapi masalahnya aku keluar kilang pukul 6ptg. Nasib baik pihak diorang membantu jugak. Kasi aku datang kol bape pun, guna pintu belakang. Walau lambat, kecewa aku balik kerja dan terus pecut amik results kat Butterworth tanpa memikirkan nak makan apa untuk berrbuka demi sekeping results IELTS.
Akhirnya, sampai ke tangan ku juga sekeping results bernilai RM845 dan kos postage RM20 dengan tol dan minyak ke opis Airpak di Butterworth. Menyesal bayar postage. Huhu. Eh overall mesti lah lega dah dapat results kan. Tapi kesusahan hati ini perlu diambil kira juga ni.
Results aku tak tally dengan apa yang aku lalui haha. Reading tu aku lost dapat tinggi pulak 6.5. Speaking tu mungkin yang part 3 tu dia tanya A, aku jawab B. Tah pape. Overall aku dah leh meet requirement conditional offer yang aku dapat tu. Tapi submit lambat gila. Merata results ni pegi.
Tapi aku ada target, aku akan ambil lagi IELTS ni mungkin lagi setahun sebab aku nak meet requirement untuk Permanent Resident. Baik aku bersedia lebih awal. Tapi simpan dulu hasrat ni. Susun strategy dulu. Nanti dah sampai sana aku akan mengorak langkah menuju puncak dengan izin Yang Maha Esa. Sekarang aku nak practise baca laju-laju.
Habis, cerita IELTS aku! Wassalam.
Untuk pautan pantas, sesiapa yang nak soft copy material latihan IELTS, boleh subscribe my telegram channel dan download material dari situ.
No comments:
Post a Comment