Thursday, 24 May 2018

JEJU Trip : Day 4 : Jusangjeolli Cliff, Yeongmeori Coast, dan Yellow Cafe

Pagi tu tak macam hari sebelumnya sebab hari tersebut kami bergerak awal, kalau tak pukul 10pg baru nak gerak keluar. Kami gerak selesa selesa jer sebab kami ada 8 hari di Jeju. Oh yeah!

Jadi, pagi ni kami gerak awal sebab petang dijangka akan hujan, tengah hari dijangka akan mendung seketika. Kami menuju ke Jusangjeolli Cliff.

Ini gambar aku tangkap sendiri ok bukan google
Sebenarnya masa sampai tu kami semua takut nak turun kereta sebab sejuk. Angin kuat. Jadi, kami ke tandas dulu. Sape nak pergi tandas, turun dulu, aku turun kemudian sebab nak meregek bagai baju sejuk, stokin, gloves.

Masa aku tengah meregek kat bonet kereta, ada kereta sebelah orang korea tu dia berkenan benor dengan tudung aku. Dia kelebek tudung aku dan cakap Korea yang sepatah haram aku tak paham. Cakap depan depan pulak tu. Nasib baik mulut tak berbau. Terkedu aku diperlakukan sedemikian. Aku pakai Bokitta masa tu dengan corak buah naga design Istabrak. Hot design gitu. Tak mustahil lah dia kena kagum sebab nak dapatkan design ni, aku kena bertarung di medan perang.

Jadi, lepas ahli kumpulan ku selesai melawat tandas, kami pun nak pergi lah tengok Jusangjeolli Cliff ni tapi tak tahu mana pintu masuk nya. Oleh itu, kami merayap dulu kat kawasan sekitar ni.

Sini ramai jer yang offer tangkapkan gambar
Ahjumma suruh cakap Kimchi
Bokitta Istabrak yang ahjumma tu dok kelebek
Ahli jemaah ke tandas
Takde apa sangat area ni. Kami taknak buang masa lebih lagi, jadi kami cari jugak pintu nak ke Jusangjeolli Cliff. Rupanya kena beli tiket dulu. Ada tiket kaunter dia. Bayaran dikenakan sebanyak ... Oh aku lupa berapa... 1500KRW kot. Selalu harga macam ni jer entrance fee. Kecuali Jeju Folk Village. Mahai yakmat.

Kami kena menapak sikit untuk ke cliff ni. Ada tangga jugak untuk ke deck view. Subahanallah. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Terima kasih Air Asia kerana buat penerbangan ke Jeju, kalau tak, memang tak sampai lah aku ke Korea ni sebab tak minat K-pop.

Petak-petak tu bukan ukiran manusia yer. Ianya semulajadi
Sambil tengok pemandangan tu hati-hati tengok tangga
Cantik sungguh Pulau Jeju
Meninggalkan cliff yang cantik
Kemudian masing-masing masuk dalam kereta. Kuncup segala rasa sebab dari sejuk tukar panas pulak. Kami ke tandas dulu sebelum balik. Masa nak keluar dari parking tu rupanya ada cas parking. KRW1k rasanya. Kemudian kami ke Yeongmeori Coast. Nampak macam nak mendung. Aku jadi cuak sebab Yeongmeori Coast ni dibuka memang bergantung keadaan cuaca.

ada canola flower
Masa sampai ni pun kami blur2 tak tau pintu masuk. Angin kuat. Sejuk. Turun kereta pun malas. Kereta kami sampai goyang-goyang ditiup angin. Dah turun tu kami berlari-lari ke sana sini mana tah pintu masuk nya. Sudahnya kami berlindung di bus stop sebab tak tahan sejuk. Berbungkus segala kain pun tetap tak dapat lawan sejuk ni. Kami teruskan jugak demi Yeongmeori Coast. Elok sampai, memang tutup. Cuaca tak mengizinkan. Bila air pasang memang akan tutup. Air surut jer dia buka sebab kita nak berjalan sampai ke tebing dan tembok laut tu kan.

memang tutup lah citer dier
Terdapat satu kapal di area Yeongmeori Coast ni. Jadi, kami habiskan masa di situ. Boleh masuk ke dalam kapal tu rupanya. Aku masuk dan rasa seram sebab gelap. Ada pameran dan gallery.

macam dalam citer dongeng
jom naik ke atas ship  ni
trek ke Yeongmeori Coast
sekitar kawasan
atas kapal
segak segak mama mama aku ni
Masa nak balik tu cepat-cepat kami atur langkah. Sejuk woi. Tak tahan. Kecewa sikit sebab tak dapat masuk Yeongmeori Coast. Teringin nak pegang tembok dinding tu sebenarnya. Ligat kepala aku berfikir bila pulak nak datang balik ke Yeongmeori Coast ni. Menapak balik tu adalah beberapa kedai kopi kat sini. Comel-comel. Ada kedai tu pasang lagu kuat gila. Macam happening pulak jadi nya kat situ.

coffee shop
masa menapak balik ternampak ni tepi kedai. Minum air kelapa ke deme ni
Tiada cas bayaran parking dikenakan. Tandas kat sini ada lagu. Semua tandas kat Jeju ni memang best lah citer dier. So, lepas tu kami tak tau nak ke mana. Kalau ikut arah, dah dekat dengan Yellow Cafe. Aku pun terlelap dalam kereta sebab matahari dah muncul, silau mataku. Last-last kuyu dan terlelap. Sedar-sedar ape Play K-pop pulak perginya. Rupanya semua dekat-dekat. Play K-pop, Yello Cafe, Ripleys Believe it or Not, Teddy Bear Museum, semua dekat. Korang boleh jalan kaki jer dan letak kereta di satu tempat.

Haa kiri tu Ripleys Believe it or Not
Tak minat. Depan Yellow Cafe jer
Ripleys Believe it or Not
Kami mengopi kat Yellow Cafe. Disebabkan aku terlelap. Maka aku orang paling lambat turun sebab meregek dalam kereta. Lastnya aku turun pakai selipar jer.

minum petang
suasana dalam cafe
Cadang nak beli buat kenangan. Tapi tak beli pun
Lepas tu dah tak tau nak ke mana. Kami pun balik rumah. Rehat santai. Macam tu lah kami jalan - jalan di Jeju ni. Memang target dan tema kali ni taknak bergerak pantas atau kejar masa. Santai sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...