Hallasan Mount
Oleh sebab anak aku terpengaruh dengan kartun Peanut, dia sangat teruja dengan snow. Jadi, aku teka mungkin masih ada salji berbaki di kaki Gunung Hallasan. Tapi trail mana yang harus ku pilih? Sebelum sampai ke Jeju, aku ada bertanyakan pada Jeju Taxi Tour. Ahjussi driver taxi tersebut memberitahuku Eorimok Trail boleh menikmati salji. Tidak jauh dari tempat penginapan kami, kami menuju ke destinasi pertama kami di mana salji masih ada lagi.
Kami boleh explore takat ni jer. Lepas dari ni tak boleh dah |
Tengok! Masih tebal salji nya. |
Buat kenangan. My second snow. |
Eorimok Trail, hanya bayar per car entrance 1800KRW. Kami bergambar dan anak ku bermain salji dengan teruja. Kami tidak boleh naik ke Gunung Hallasan kerana tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap. Jadi kami menghabiskan masa dengan mengambil gambar sahaja. Bersiap ke tandas terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Nampaknya kami tidak dapat mengikut itinerary pada hari ini kerana kejarkan salji sebelum cair di jalanan. Tapi aku dah susun itinerary siap-siap mengikut arah. Jadi tiada masalah. Kemudian kami menuju ke Mysterious Road.
Mysterious Road
Pada mulanya kami tidak dapat menikmati kemisterian jalan ini. Kemudian kami singgah kedai di tepi jalan untuk membeli buah oren dan kami bertanyakan kepada jurujual tersebut apakah kemisterian jalan ini. Dia memberikan kami sebotol air untuk di golekkan di jalan. Kami golekkan berkali-kali dan kali ketiga botol digolekkan barulah kami nampak kemisterian jalan ini.
Ok, kita ambil satu situasi di mana kita sedang menuruni bukit. Di depan mata kita, jalannya curam. Setelah botol digolekkan menuruni jalan, sampai satu ketika, botol itu berhenti dan mengundur menaiki bukit, botol itu datang ke arah kita. Ajaib kan?
Ambil satu pula situasi di mana di hadapan kita jalan itu menaiki bukit, matikan enjin kereta dan biarkan gear berada pada "N". Didapati kereta tersebut menaiki bukit dengan sendirinya. Setelah berpuas hati, kami pun beredar selepas 10 kali ulang alik jalan misteri ini.
Setelah mengingkari itinerary, saya cuba mengubah semula itinerary untuk memastikan kami berjalan pada arah yang sama. Kami mengisi masa dengan melawati Woljeongri Beach. Kelainnannya pantai ini ialah di sepanjang persisiran pantai, terdapat banyak kedai kopi dan instagrammable spot untuk kita bergambar. Cuaca sangat sejuk. Kami tak mampu bertahan lama dengan angin yang kuat. Masing-masing turun dengan cepat untuk bergambar dan lari masuk kereta semula.
Di persisiran pantai Woljeongri |
Kami buka bekalan makanan untuk makan tetapi suhu sejuk seperti tidak mengizinkan. Tapi kami makan juga untuk mengelakkan keletihan atau masuk angin. Ahli keluarga yang lain makan laju-laju dan masuk dalam kereta tapi aku ni jenis makan lambat, makan banyak pulak tu, masa aku nak tambah nasi, bekalan makanan aku terbang ditiup angin. Aku pasrah sehinggakan roll tissue terbang pun aku wat tak reti jer. Sedih. Aku nak makan lagi ~
sembunyi di belakang tandas untuk mengelak angin kencang |
Masa masih ada lagi sebelum malam menjelang, aku perlu ingkar lagi pada itinerary, aku cuba masukkan Jeju Dongmun Market untuk mengisi masa. Setibanya di sana, terdapat pelbagai jualan dari baju, bahan mentah, seafood, chocolate, buah buahan, dan souvenir. Kami cuma membeli buah buahan dan chocolate. Souvenir aku rasakan macam mahal sangat setelah di convertkan ke RM.
Syurga buah oren di Jeju |
Comel ahjumma ni |
Kami membeli hotteok seperti yang dicadangkan oleh Jeju Muslim Travel. Rasanya sangat enak. Makan ketika panas di musim sejuk sangat dinikmati. Ada Hotteok sayur dan ada Hotteok sugar. Dua-dua sedap. Kami repeat, beli lagi sebab sedap sangat.
hotteok |
Selesai membeli chocolate dan kekenyangan hotteok, kami pulang ke rumah airbnb kami dan masak untuk makan malam. Malam itu, aku cuba susun semula itinerary mengikut suhu dan cuaca jangkaan esok.
makan malam kami pada hari tersebut |
No comments:
Post a Comment