Wednesday, 21 March 2018

JEJU Trip : Tips



This is Seongsan Ichulbong. A view from the ferry on the way to Udo Island

  1. Beli prebook meal awal-awal untuk flight AA. Kalau onboard lebih mahal RM22. Chicken Lasagne sedap!
  2. Disarankan bercuti ke Jeju secara berkumpulan. Dapat kongsi bayar penginapan, kereta sewa dan petrol.
  3. Lebih elok sewa kereta. Tidak digalakkan menaiki kenderaan awam. Mahal dan banyak bazirkan masa.
  4. Groceries di Jeju sangat mahal. Disarankan bawa makanan sendiri dari Malaysia. Beras pun kami bawa dari Malaysia. Tak perlu declare.
  5. Petrol sangat mahal. Rancang perjalanan dan itinerary satu arah. Pergi berkumpulan adalah satu bonus di mana kita boleh share duit petrol.
  6. Kalau berada di Jeju lama, dapat weekly discount untuk beberapa penginapan di Airbnb.
  7. Jika pergi Jeju berkumpulan / berkeluarga dan mahukan penginapan di Airbnb, mulakan carian dengan memasukkan bilangan orang "seorang / dua orang" terlebih dahulu. Jika dapat yang berkenan, barulah mesej host dan beritahu host bahawa kita pergi bersama kumpulan yang besar dan stay seminggu. Boleh dapat discount.
  8. Habiskan duit syiling / tukar mana-mana kedai kerana duit syiling tak dapat ditukar di money changer apabila pulang nanti.

No comments:

Post a Comment

Sambung Belajar Master in Engineering Science : Telecommunication Engineering di UNSW, Sydney

Aku rasa Electrical Engineering susah, jadi aku lencongkan sedikit ke Telecommunication Engineering. Asasnya sama sahaja, iaitu Electrical d...